Monday, September 28, 2009

persoalan perubahan:entry ilmiah

ubah,perubahan dan berubah.klise yang selalu aku dengar dari mulut sesiapa yang aku kenali dengan nama kawan.seseorang yang ingin berubah,semestinya dari tak baik kepada baik.dan daripada baik kepada lebih baik.kalau ade orang dari baik mahu berubah kepada jahat sila jumpa aku.mungkin aku dan kawan2 aku boleh sepak kau secara borong.free of cas.mahu?

asalnya manusia itu sudah molek benar.suci luhur.jadi tugas ibu bapak kau main peranan untuk kasi corak2 kau itu supaya jadi macam apa bila besar nanti.yang penting masa kecil kau sudah power akhlak dan bicaranya.aku doakan semua anak2 masa akan datang begitu.ubah itu maksudnya tukar atau pun baiki,lebih kuranglah.itu apa yang aku fikir.kau fikir cara lain mungkin lain sedikit maksudnya.ada lagi maksud yang lain?perubahan itu sesuatu yang asal dan sudah tidak sama lagi macam dulu.berubah pula sesuatu yang sama sekali lain kerana perubahan yang berlaku.

ubah satu kerja yang senang.membuat perubahan senang.berubah juga pasti berlaku dengan senang kerana kau sudah ubah,membuat perubahan dan seterusnya dikira sudah berubah.tapi untuk mengekalkan perubahan itu untuk satu jangka masa yang lama sampai kau mati kalau boleh sangat susah kan.contoh kalau kau fikir kau mungkin seorang yang tidak baik.dan kau ingin berubah kepada baik.kau rasa senang bila sudah berubah menjadi baik dan kau ingin berubah lagi kepada lebih baik.kau berubah lagi.kali ini lebih baik.sampai satu tahap kau rasa sudah cukup baik.(konon).tapi hidup kau masih lagi panjang.Tuhan masih belum ambil nyawa.dan kau ingin berubah lagi menjadi lebih baik dari situasi lebih baik edisi pertama.bagaimana?rata2 aku lihat ramai yang tewas.mereka akan menjadi tidak baik semula.perubahan yang mereka tidak sedari kerana merasakan diri masih lagi baik,sebenarnya dari kaca mata orang lain rupanya tidak baik.ataupun perubahan kepada baik yang kau buat cuma sesetengah hal saja,dan sesetangah hal lagi kau semakin menuju ke arah tidak baik.satu lagi perubahan yang tidak kau sedari telah berlaku semasa sesetengah hal lain itu telah kau ubah jadi baik.mistik kan?aku pun hairan.

kau ingin ikhlas dalam belajar.jadi kau berusaha lebih keras supaya lebih pandai dan lebih bijak menjawab soalan.itu juga perubahan untuk lebih baik.tapi kerana sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan kau terpaksa masuk exam dengan sekeping toyol atau kau jawab exam dengan meniru semata2 kerana tidak mahu gagal.atas dasar kau sudah menjadi baik kau bagi tiru orang lain pulak.dengan alasan pahala kau akan berlori2 masuk akaun pahala.sudah berubah kepada baikkah begitu?

atau kau sejenis kasanova+buaya yang suka mainkan kaum hawa.mengkaji punggung gadis dan meneka dara atau tidak saja kerja kau.untung nasib kau dapat.dan kemudian kau telah berubah kepada menjadi setia kepada yang satu atau memilih untuk solo sahaja.itu satu perubahan dari tidak baik kepada baik.tapi kau masih beraksi romen sakan setiap hujung minggu dengan gadis pilihan kau itu.tangan pegang tetek dan konek masuk lubang.gadis kau stim semacam,suka sebab kau setia padanya.apa yang kau ubah sebenarnya?


kau minum arak.dan kau rasa kau dah terpesong jauh sebab dah sah2 kau tau arak itu haram.ada dalam Al-Quran pun.jadi kau berubah dan berhenti minum.itu sudah sangat baik.tapi kau tukar plak isap ganja,kena syabu dan telan ekstesi sebab rasa2 kau sume tu takde pun tulis dalam Kalamullah.dulu kecik2 bodoh sangat kot.perubahan jenis afrit mana kau buat ni?

kau suka free hair.kau rasa cantik berfree hair sebab kau salu pakai rejoice 8 dalam 1.konon rambut kau lurus bersinar macam iklan dalam tv.satu masa kau ubah pakai tudung plak.nampak lagi cantik dan ayu.sopan dan manis seri muka.kau punya saham naik melonjak2.ramai kumbang datang usha kau.puji kau cantik gila babi.tapi orang taktau kau pakai tudung sebab pakwe kau yang suruh.ikutkan bukan kau nak pakai sangat pun.saja amek hati jantan kau.walaupun kau tau menutup aurat tu wajib untuk perempuan sejak dari azali dan bukan ikut suka hati perut kau je nak pakai bila2.bila kau tukar pakwe tudung kau campak dalam kotak pandora.simpan buat kenangan.konon jantan kau edisi kedua,ketiga atau seterusnya lebih sporting,tak memaksa dan open minded.bodoh,ini perubahan jembalang tanah namanya.



kau......pikir la sendiri!




Saturday, September 26, 2009

perjalanan jauh tak kurasa.kerna hati menyumpah saja

salam syawal.belum panas bontot sampai kat kolej aku dah bukak laptop semata2 nak tulis menatang ni.tangan ketar2 lagi sebab dekat 10 jam aku berumah dalam keta paeh.ini pagi tadi punya angkara,ingatkan gerak pukol 10 pagi jalan raya akan kosong dan sepi.amek kau.baru kuar simpang umah dah jem.lahanat sunggoh.raya ke 7 tahun ni penuh dengan sumpahan dan kata2 kesat penghuni kereta kancil dari warga kelantan.memang best

bukan sebab kemalangan.bukan sebab roadblock.bukan jugak sebab kete rosak.dari mana datang mahkluk bernama kereta seramai2 mungkin dalam jajahan negeri kelantan hari ni aku taktau.yang aku tau sume pemandu bawak keta selaju 50 km/sejam sahaja.bodoh,keta BMW mahal2 speed 50.baik kau naik basikal macam mat salleh ngan bini dia ikut tepi jalan kat Bentong tadi.rilek semacam dengan beg besar kiri kanan.tapi tu pon bodoh jugak,Malaysia ni panas la mangkok.mati2 aku ingat kau naik unta tadi.cehh

malam raya aritu aku gerak pukol 5 pagi dari kl.tutop kedai da pukol 2.kelam kabut kemas2 barang terus gerak balik kampong.naseb tak jem.jalan kosong sampai kat korner pon boleh tibai speed 100.macam naik keta api.tu kazen aku yang bawak.bekas pelumba haram bentong-lipis.bawak keta macam haram jadah.semata2 nak kejar supaya sempat solat raya kat kampong.sedihnya tak sempat jugak.terpaksalah aku ngan dia bertakbir raya dalam keta di gua musang.sebak gila babi

10.30 pagi di hari raya baru sampai kampong halaman.aku da terlepas takbir raya,solat raya,beraya umah tok imam dan berdoa di kubur.selalu macam tu la rutin raya cucu cicit Wan Minah.masa aku sampai tu pun ngam2 giliran umah atuk aku menerima tetamu,sedara mara jugak yang datang pon.maka habislah aku kena tiau ngan makcik,pakcik dan atuk2 sedara yang lain.kepala hotak nak kelentong dan menjawab pertanyaan pon dah terlalu letih sangat.jadi diam sudah.yang tak bestnya duit raya di tangguh ke tahun depan sebab kononnya aku dah kaya jual baju melayu kat kl.hampeh.alasan tak konkrit langsung nak pakai.pokai lagi la aku bulan depan gamaknya.uhuk

sekarang sangat letih.baik aku tido.aku berniat nak puasa 6 insyaAllah.taktau la boleh ke tidak






leg note : ade sape2 buat open house?












Saturday, September 19, 2009

semoga ketemu lagi ramadhan

ni malam ngelast aku nak gi bertarung nyawa kat downtown.dan sepanjang malam ni jugak aku akan gerak balik kampung halaman.jem ke tak jem ke bukan masalah aku untuk aku pikir.macam monyet lah jugak terasanya dudok kolej sorang2.walaupun ade lagi makhluk2 asing yang tak reti nak balik macam aku,tapi dia punya background sepi memang takleh nak tahan.kacip jadinya.

abis je berbuka ngan roti telur sekeping.aku goreng sendiri.try jengok2 bilik jerry,tengah tebongkang tido dalam bilik gelapnya.dapatla ngepau rokok sebatang.malas gila aku nak keluar.dah,mau siap2 pegi meniaga.korang da beli baju raya?wahaha

okeh,ini last entry ramadhan.aku da mintak maaf.malas la nak mintak maaf dua tiga kali(basted).

Friday, September 18, 2009

cara terbaik gua mintak maaf.mungkin

esok petang 3 lagi ahli pasukan gelak terlampau akan pulang ke kampong halaman.shazel ke perak,anis ke bukit kayu hitam dan fudail ke johor.ahli paling awal balik kampong ialah the encik azim al biruni.beliau pulang bersama faiz ke kelantan.ye,dia paling awal balik.setelah peristiwa hitam semasa cuti sem lepas beliau ditipu oleh seorang rakan sekereta bernama syafiq.kerana masalah teknikal,rancangan beliau untuk pulang bercuti ketika itu telah berganjak seminggu lewat.kesian beliau.makan dan minum sebatang kara.jadi,cuti raya ini beliau nekad untuk pulang awal bersama rakan yang boleh dipercayai.lebih awal dari cuti yang diberikan oleh pihak universiti.beliau sungguh kurang ajar.


kassim baru gerak pagi semalam.meninggalkan kedainya dengan 100% kepercayaan kepada sekutunya safwan.bermakna esok tiada lagi penjual rokok tegar disini.tiada lagi keributan untuk berbuka ramai2 walaupun semuanya mungkin berpuasa sejam sahaja setiap hari.tidur jam 6 pagi dan bangun jam 6 petang.sangat hebat puasa tahun ini.syabas untuk semua ahli pasukan.dan takkan ada lagi segala jenis air tebu,roti john,karipap dan kuih lembik(ini safwan salah beli)yang lebih2 tak habis untuk dilahap waktu tengah malam.


puasa tahun ni memang first kelas.penuh dengan aktiviti tengok movie hari2.pegi karaoke lepas berbuka dan tidur sepanjang masa.kehadiran kelas yang tidak mencukupi ditipu helahkan dengan memfotostet kertas cuti klinik kawan2 kemudian diliquidkan tarikh dan nama dan difotostet sekali lagi untuk kegunaan sendiri.bijak macam haram jadah.


semoga kalian yang diluar sana memperolehi keberkatan ramadhan tahun ini.saya jeles dengan anda.saya menyusun 10 jari memohon kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang saya mengomen,membalas komen atau menulis entry yang membuatkan anda terasa.saya tidak berniat dan tidak menujukan kepada sesiapa sebenarnya.kalau saya salah jugak saya mintak maaf,kalau anda tak maafkan itu salah anda.bukan saya.haha




Selamat Balik Kampung

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

Kepada Semua Muslimin dan Muslimat





Thursday, September 17, 2009

bukan untuk dikesalkan.cuma agar hati lebih tenang

patut ke kalau aku mesej?
patut ke kalau aku setakat bertanya khabar?
berbaloi ke kalau aku buat macam tu?

kalau tak,kenapa aku rindukan dia?
kalau tak,kenapa hari2 dia je?
berbaloi ke kalau aku buat macam tu?

aku rasa nak tanya dia baju raya tahun ni kaler apa
aku rasa nak tanya dia nak gi beraya umah sapa
aku rasa nak tanya dia berapa ringgit dapat duit raya
owh,macam haram jadah rasanya
berbaloi ke aku buat macam tu?

betul ke apa aku pikir ni?
betul ke bayangan masa depan aku ni?
kenapa aku mesti bayangkan begitu?
shit

Allah Lebih Maha Mengetahui
tak payah tanyalah
tak payah buat apa2 lah
tak payah nak sibuk2 lah
tak payah
tak payah
tak payah



ya Rabbi
gembirakanlah hatiku dengan segala apa jua keadaan.Amiiin.....






leg note : biarlah ia berlaku dengan sendirinya.




kenapa letak gambar?

gambar bontot je pon.oleh kerana gua pemalu jadi apa yang kau akan nampak adalah cuma bontot gua.gua takkan sesekali melucutkan topeng saitan yang gua pakai selama ni.sekian terimas!

sebelum nak beraya kenala balik raya dulu.

owh.macam tahik.gampang.dan bangang sekali.aku benci uspot upm.aku tak tahu nak marahkan sape jadi tunjuk perasaan dalam blog sudah.rasa da 3 ke 4 hari aku tak on9.ni la jodohnya kalau malas keluar duit beli broadband.padan muka aku.

ramai student yang da balik kampong.macam seronok.memang la seronok,gila.tapi aku maintain.cool.super hati keras dan kering.balik raya je pon,apa nak heran.semalaman aku meniaga semalam ramai customer ucap selamat hari raya.lagu sudirman jadi background situasi tersebut.jadi hati kering dan konon keras ini terusik.naseb tak menitik air mata kat situ.haram jadah.cover..cover..

aku masih belum tahu bila mahu balik.owh bukan,bila boleh balik.ikut2 kan memang sekarang pon aku nak balik dah.naik bas lompat ke,tren lompat ke kapal terbang lompat ke pedulik hapa.tapi amanah sebagai penjual baju melayu tak boleh dikhianati.jadi aku stay sahaja sampai crew2 kapal layar bagi lampu hijau.tumpang orang kenala berhemah kan.mana boleh aku paksa dorang balik sedangkan kete dorang yang punya.haha.gila babi.

mungkin malam jumaat.mungkin malam sabtu.tapi aku sangat kompem balik malam raya.nampaknya bijik mata lahabau semua dah macam mesin kuda.langsung tak ingat kampung halaman,ketupat rendang dan sanak saudara.yang ade dalam kepala hotak dorang cuma untung.agaknya la(ini fitnah)

apapun.balik tetap balik.aku nak bertakbir ngan orang kampung.aku nak bersalam cium tangan.aku nak lawat kubur.aku nak main bunga api.aku nak tengok baby2 kawan2 aku.banyak la bodoh.









leg note : time ni la paling bagus kau nak beli baju raya.harga dia da jatuh.

tips dari aku:paksa jugak penjual tu jual harga yang kau nak.lepak la sampai pagi pon.kompem dapat.haha

Sunday, September 13, 2009

orang tua2 cakap kalau kena siku atas belakang boleh jadi bodoh

Razali Bin Idris memang kejam.jahatnya bukan main.body type jaguh angkat berat dan kasar.tinggi dan agak tegap.aku kadang2 jadi heran apesal dia jadi cikgu.bukan polis ataupun bonzer club.tangan dia sangat besar.kalau tampar lembu,agaknya mati lembu tu kena langgar lori.jari2 dia pon sangat keras.kau bayangkan kalau sekelopak buah tangannya melekat atas belakang kau gara2 tak siapkan kerja sekolah.sekali libas kena terus ke tulang sumsum.nasib tak lumpuh je murid2 darjah 5 kuning.tengok rambut tepacak ngan misai dia pon budak2 dah mengigil.kalau dari jauh kau dengar dia berdehem memang ketar lutut.walaupun kau tak buat salah.sebab kau akan kena tomoi jugak atas belakang dengan kesalahan yang cikgu razali reka sendiri khas untuk kau.padan muka.

kenapa aku cite pasal dia?Tuhan je yang tau.sebab bila diingat sangat kelakar.setakut manapun aku dengan dia.keje sekolah tetap jugak aku tak siapkan.pernah menitis air mata kena tinju atas belakang.dan aku tak penah rasa nak saman cikgu tu sebab masa tu takde undang2 yang cakap boleh saman cikgu.adela rasa nak pancitkan tayar kete.itu je la benda paling jahanam aku dapat pikir.

sekarang.aku agak mungkin akibat kena debik tu antara muslihat cikgu tu untuk melihat aku berjaya.dan perasaan takut itulah yang membuatkan murid2 yang sezaman dengan aku untuk lebih rajin dan bersungguh.
agaknya la!





leg note : seminggu lagi nak raya dah.best kan?

Friday, September 11, 2009

henset kena sesah,bukan orang lain.jiran kita juga

PERINGATAN


kawan kosmet ku baru kehilangan henset tersayangnya semalam.seorang gadis suci murni.tak penah pegang tangan lelaki bukan muhrim.tak penah dating kat taman bunga atau taman klcc.pakai baju lengan tak panjang tak sah.bercakap bila perlu sahaja.suka ketawa dan dengar orang buat lawak dan aku tak penah dengar sekalipun dia cakap bodoh kat orang.

beliau sebenarnya dari Midvalley.baru lepas shopping sakan.dan sedang menunggu komuter ke serdang dengan penuh senyuman.henset ade dalam poket suar jin dia.aku tak tau kat mana dia beli suar tu.tanya dia.sedang enak2 bergurau senda dengan rakan2nya,train datang.beliau berasak2 dengan rakan2 dan sekumpulan warga indonesia(konon marah dipanggil indon)yang muka spesis ala2 Duta S07(aku minat dia).biar sahaja mereka itu di gelar geng badut,mudah kau nak paham cerita selanjutnya.

yang herannya,geng badut itu tak naik pon train tersebut.cuma buat2 gaya macam berebut nak masuk train.konon berlagak sibuk dan kejar masa.selepas berebut2 naik tren kerana tidak mengikut peraturan beratur,dapat jugak kawan aku ni memboloskan diri dan duduk dengan tertib tanpa syak apa2.sebaik sahaja tren mulai tutup pintu beliau terdengar seorang pemuda menjerit ke arah geng badut tersebut sambil berteriak "woi,beg aku"dengan pandangan kelam kerana geng badut tersebut dah agak jauh dan tren sudah bergerak.

kawan aku ni terus cek henset dalam poket kot2 hilang.dan beliau mengeluh dengan mata yang berair.bukan kot2 dah.memang dah kena rembat.walaupun tidak diketahui siapa bertangan jahanam tu namun hatinya kuat menuduh geng2 badut tersebut.wallahua'lam







leg note : anda2 dan termasuk aku sendiri.berhati2 dan beringatlah!

pilihan terakhir kita

9 november 2009

timing tidur ku makin kelam kabut.berterabur dan semakin kronik.bila2 masa sahaja aku boleh tertidur.tapi simptom tidak dapat tidur malam belum dapat aku nyah jauh2 dari hidup.sungguh tahik rasanya berbanding rumet aku.dia hebat.bagai orang mengantuk diberi bantal.tak payah pakai bantal,atas lantai pon dia boleh tido semahunya.itu dia.bukan aku.aku semakin hilang kawalan untuk pegi kelas sesi pagi.menjadikan aku saspek utama dan bakal di highlight kuningkan namaku dalam etenden kelas.pussy betol.

aku anggap ini kelemahan sistem tubuh badan.ataupun sejenis jangkitan dari golongan anarchy dari budak2 aras bawah.menjadi burung hantu pada waktu malam dan waktu siangnya bertukar menjadi ular sawa batik.aku cuba perbetulkan sistem perjalanan hidup setiap hari.hope tomorrow will be better than today.
konon.

jadi,untuk selesaikan isu bodoh ini aku cuba tidak tidur.sampai tiba masanya.bila aku tak tahu.cubaan pertama adalah pegi kelas jam 8 pagi tadi.sangat kagum.tidak rasa mengantuk walau tidak tidur semalaman.namun jangkaan aku meleset.waktu tengah hari adalah waktu paling bangsat untuk orang yang puasa.
kuliah habis jam 1.mata sudah balam2.cuma ada gap sejam untuk rehat pagi tadi.kebuluran mula buat kacau.perut merayu2 minta diisi nasik dan air tebu kalau boleh.cilaka.waktu berbuka lambat lagi la setan.

mata semakin layu.wajah ayu gadis disebelah aku makin kurang jelas.kadang2 nampak macam muka monyet.owh sedari,bukan salah aku.ini ifek yang berlaku hasil eksperimen pertama untuk hari ini.balik dari kelas aku sudah tidak ada jiwa.tidak ingat apa2.yang aku tahu aku tengah berbuka dengan nasik ayam dan air tebu sedap pakcik bazar SS.90 % success!








leg note : risau aku kalau kelas sampai ke petang




Wednesday, September 9, 2009

tajuknya apa?

semalam


1. aku baru pas sahur.jadi turun pegi lepak kedai kassim.isap rokok danhill kat kedai kassim lagi kick dia punya high.sebab stok baru curi.bukan,baru beli.aku malas nak isap rokok banyak2 bulan posa ni(auta).jadi beli batang sahaja.dengar je bunyi azan aku naik ke bilik.baru bukak pintu aku tercium bau rokok.aik?bukan da azan ke tadi?bila aku masuk ade sorang mamat baik punya baring sambil men laptop."arini aku tak posa la"kata beliau.sambil sedut rokok dengan rakus.atas katil aku.lantak.

2.aku terbangun dari tido tepat2 jam 5.40 pm.aku tengok enset aku ade 1 reminder yang aku buat dua hari lepas.''kelas BI jam 5.tuan kena antar esaimen'' mampus aku kena leter minggu depan!

3.aku tersambung tido sampai pukul 7 lebih.kol azim mintak kirim dia plak makan kat luar.kerana mamai aku lupa nak mesej safwan ngan lan.sudahnya berbuka dengan air sahaja.owh,dan kuih sedikit.mujur dorang beli juadah lebih.aku sangat lapar.

4.laptop aku terjahanam jugak.walaupun aku dah cermat nak mampos menyalahgunakannya.babi la virus.abih aku punya player.


5.adik aku(pemberi hutang) mintak hutang dia balik ngan aku(penghutang).tak pasal2 kena gi bank.postpone la beli sweater giordano baru.cis adik aku!baru pikir nak pegi beli sabtu ni.





leg note : ini bukan malang.ini kecuaian.

Tuesday, September 8, 2009

mari berdandan macam bapok

aku baru rembat sebekas scrub dari watson.jenama apricot.terbang RM22 aku.1st time aku pakai scrub untuk mencantikkan wajah.auww.bapak panas.naseb tak luntur kulit tinted aku.macam kena tenyeh halia kat muka.rasa macam kena genyeh ngan lada pon ada.

macam ni ke rasa kalau pakai menatang ni.tak tau lah.belasah je.yang penting lepas basuh,muka aku licin macam belut sawah.ngeh






leg note : seminggu 3 kali

ini bukan penyakit

setiap hari makin lewat aku tido.aku takde masalah insomnia.apehal plak aku nak kena penyakit tu?bodoh.tapi rutin seharian aku penuh dengan benda2 yang kena kejar masa.dan banyak yang tak berfaedah.sekarang tulis blog kompem di awal2 pagi yang sunyi.yang menusuk telinga aku sekarang ni cuma deringan lagu tema nur kasih dari enset rumet aku.lena dia kena dodoi dengan lagu tu.orang ade awek macam tu la.aku pon ade awek ramai pe.tapi sume orang punya.bukan aku.

malam tadi pegi karok.konvoi 6 orang ngan kawan2 aku pegi mines.harem jadah 1 lagu 2 ringgit.mula2 ingat seringgit je.nak jugak aku bantai 5 lagu.jadi terpaksa kerat 2 lagu dan pilih 3 lagu terbaik yang bakal aku sumbangkan.bukan berkira,cuma terlupa yang hari isnin semalam adalah public holiday.sepatutnya memang rega seringgit.ok,3 lagu pun dah cukup untuk aku test power.jangan risau,suara aku sedap nak mampos.tak caya tanya budak2 ni.

ape pasal bila nyanyi kena berdiri?aku tak paham.aku nyanyi duduk je.siap silang kaki.tak berubah pon sore aku.sedap semacam jugak.takde pon masa aku nyanyi lagu letto kalau berdiri jadi sebijik macam suara vokalis dia.suara aku jugak yang keluar.lagi sedap pe.oh,nak tergelak.

abis je berhibur.aku gerak gi downtown.kena meniaga lagi.kompem makan sahur tak payah bayar lagi.sume orang suka makan free.kau nak heran apa.dan aku beli selimut baru cap transformer.gambar optimus prime buat aku rasa tak sabar2 nak balik tido.







leg note : last2 tak tido jugak.imsomnia dah aku ni.

Monday, September 7, 2009

apa akan jadi kalau tak boleh tido

sekarang jam 8.20 pagi.hari isnin.hari ini cuti,cuti tandanya satu kewajipan untuk tido lewat.aku pon tak tau kenapa mata aku belum nak layu.menguap pon tak sampai2 lagi.dari semalam aku tunggu.harem jadah.

malam tadi aku berniat nak melepak kat downtown cheras.pas terawih trus pegi.asalnya nak tolong2 budak kampong aku yang bukak booth jual baju melayu kat situ.last2 aku pulak yang jadi jurual.memang dari awal aku da agak,kompem aku kena lipat baju ngan jadi promoter.dan mungkin sebab hari ini cuti,beduyun2 rakyat sekelian alam datang.start dari simpang tasik permaisuri sampai ke downtown kete beratur.naseb la aku pegi pakai motor.kalau tak sah2 kena parking dalam tasik.tang jalan kaki je kompem basah baju ngan air peluh.
pakai moto senang,kau cilok je mana ruang2 kosmos yang kau rasa2 boleh lepas.kena side mirror keta orang takpe,jangan peduli kalau dorang jerit "woi bodoh" atau pun "wei,buta ke?"kau terus je pulas minyak dan bila nak parking cari port yang tuan keta tadi takleh nak detect kat mana motor kau.sebab kompem dia mungkin akan hafal no plat moto kau untuk sesi balas dendam dan seterusnya mintak ganti.tapi kalau kau terus balik umah lain cite la.

belum sempat panas kusi aku duduk,da kena susun baju untuk customer order.walaupun tak bawak resume ataupun takde sesi interview aku cuba ikhlaskan hati jadi pekerja.jerit pekik mamat2 sebelah,belakang,dan bunyi2 lagu dari speaker super kuat kedai depan memang kasik telinga aku berdarah.layan je la.

tak sangka.hari raya jauh lagi nak sampai.aku pelik kenapa bersungguh2 sangat orang cari baju raya awal2 ni.baru 15 hari puasa.ada lagi 15 hari. ade sorang pakcik datang ngan family dia.pilih baju macam pompuan monopos.gila babi la lama.pas tukar,aku lipat balik.dia tukar lagi,aku lipat lagi.lagi dan lagi.last bekenanla sepasang.pastu nak match kan dengan anak2 dia punya baju plak.sikit punya payah gila babi aku nak cari.dah la baju beterabur.kau punya pasal la ni orang tua woi.kaler yang dia pilih tu plak memang stok latest.tak semua saiz ada.dan tak banyak yang kami ada.aku cari tak jumpa.kema cari takde.yan cari pon sama jugak.sarul lagi longkang,siap cakap nak pegi usha kat kedai tokey kot2 ada.setau aku tokey kat kampong.nak balik 7 jam perjalanan.rupanya dia pegi pekena mee sup sorang2.memang perangai mintak penerajang.oleh sebab tak jumpa baju nak dia tu,dia nak datang lagi minggu depan.ntah ye ntah tidak.da la kena sound ngan orang tua tu.

"kalau takde macam yang saya suruh cari ni saya nak bayar RM80 je.awak da bukak harga mahal saya customer pon boleh mintak tawar kan.saya nak bayar RM80 je"

kepala hotak kau pakcik.kau sape nak mintak2 macam kau punya kedai.kau orang tua paling tak sopan atas muka bumi ni.kau pegi la kedai sebelah.harga bukak da RM120.kau mintak less pon blom tentu dapat harga macam kami bukak.kau nak komplen pasal ape lagi?kualiti baju?kau telek tengok btol2.kau tarik2 baju tu kalau kau nak,tengok jahitan dia macam mana.kalau kau tarik putus benang aku kasik kau free.ingat kami order baju kat kilang beras?kau pegi kedai belakang kau tengok dorang punya baju plak.aku da usha awal2,sekali tarik kau akan tau baju tu boleh jadi panjang.tu namanya baju melayu mejik.kau belila kat situ.harga pon RM120 gak.

bulan2 puasa ni kau jangan nak cari pasal.kalau aku bawak mercun bola awal2 aku pegi dudok jauh2.kasik cucuh sumbu,baling kat tepi kaki kau.kalau kena tepat kat kuku beraya kaki kudung la kau.dan sebab anak pompuan kau cantik aku paksa dia kawen ngan aku.kompem dia nak sebab aku ni maskulin la jugak.sepuluh tahun akan datang,aku hantar kau kat umah orang tua.masa tu kau takleh nak buat apa sebab kau dah lumpuh,aku bubuh racun tikus dalam air kopi kau.harta kau sume aku pindah milik atas nama aku.macam citer kaizer.baru kau tau kepala otak aku ni boleh bikin kau muflis.tapi sebab kau da tua,nak2 sekarang ni da nak dekat2 malam lailatul qadar.aku buat dek je.kalau kau datang balik minggu depan aku layan kau tip top.demi anak pakcik!!

tu baru semalaman aku kat situ.walaupun banyak lagi kerenah tapi itu biasa la.kau taknak kena tawar menawar kau pegi la keje kat giant ke,jusco ke.kompem orang tak banyak cakap.ambik dan bayar je.kalau kau tawar jugak walaupun kau da tau takde less or mega sale memang kau nampak sangat bodoh piang.jadi jangan buat.abis punggah barang masok keta dekat2 kol 5.baru nak terhegeh2 risau pasal makan,walaupun sebelum tu da bape kali aku cakap"ni kalau lambat tutup kedai ni tak sempat nak sahur ni".da sampai kedai order plak yang bukan2,sumenya masakan yang jenis menyusahkan tukang masak untuk masak cepat2.orang azan subuh ngam2 aku baru abis makan dan pekena danhill sebatang.cis,selalu sempat 3 batang.rasa nak cucuh lagi sebatang supaya puas hati.tapi mengenangkan aku seorang islam yang jayyid dan hanifammusliman maka aku simpan balik rokok itu dalam poket.

sarul antar aku kat downtown balik sebab motor aku kat sana.rasa letih gila,malas plak aku nak tido umah kema.rasa macam lagi bagus kalau aku balik upm.aku cepat2 start moto terus pulang.kat tengah jalan,ade roadblock plak.menatang jpj tak reti2 nak tido ke.kompem korang tak pegi solat subuh.ke sujud dalam trak tu je.kau tak sahur ke bang.ke memang tak puasa.lantak kau lah.aku memang clean,tak isap dadah.bukan lesen terbang.idup lagi.road tax je da mampos.tapi bukan motor aku.ko nak angkut,angkut la.sebelum tu kasi la aku tepon kawan aku dulu cakap motor dia kena bawak balai.sian plak dia tunggu aku antar kunci.

nasib aku baik dia tak cek roadtax.tengok lesen je.agaknya sebab gambar ic aku tu hensem sangat tu yang dia lepas tu.jerawat pon tak nampak.aku sampai kat kolej kol 6.30 pagi.singgah bilik kassim jap.aku tau memang dorang takkan tido lagi time2 macam ni.sah.dari jauh aku da dengar bising2 men game.aku agak dari malam tadi dorang start main.pakai LAN memang la layan.rosak anak melayu.pengaruh budaya kuning ni kami terima bulat2.aku pun sama.da antar kunci lepak sepam dua aku naik.bilik aku tingkat 5.eksesais tu biasa.lepas solat subuh aku buat keje apa yang patut.basuh baju yang aku pakai tadi.test tali pinggang aku baru beli tadi.pastu baru layan tenet.maka siaplah catitan untuk hari ini.noktah.






leg note : esok malam karaoke!








Saturday, September 5, 2009

aku cuba selesaikan masalah negara(titik)

rakyat malaysia semakin hari semakin bertimbun.dengan ruang yang sedia ada dan keluasan tanah jajahan yang makin hari makin mengecil perseginya sangat membimbangkan.ditambah dengan kebanjiran pendatang asing yang halal dan haram menyemakkan lagi negara tanah airku yang tercinta.aku cuba pikir bagaimana mahu mengurangkan populasi untuk mengecilkan jurang kepadatan negara Malaysia dan juga cara menggunakan tanah secara lestari.itupun kalau ade orang undi aku jadi Perdana Menteri malaysia ke 10.

1. hantar balik semua pekerja asing yang ada dalam malaysia sekarang.amalkan dasar negara tutup pintu.biar nampak tegas tapi berhemah.sume kompeni swasta atau kedai makan kena pakai rakyat tempatan untuk jadi pekerja.wajib pakai rakyat tempatan.tak kira cina,india atau orang asli sekalipun.kalau tidak kompeni bakal ditutup serta merta.kompeni yang melawan akan aku upah pembunuh upahan tembak kepala pengarah kompeni serta merta.aset aku sita masuk akaun aku.eyh..aku PM yang baik kepada rakyat.konon.pekerja plak otomatik jadi pekerja tetap.kontrak2 tak layan.sesekali tidak dibenarkan membuang pekerja sesuka hati kecuali keadaan syarikat hampir muflis.

2. ubah jadual waktu kerja seharian.start kerja pukul 10 pagi dan balik pukul 8 malam kepada pasangan suami isteri.ini akan memendekkan waktu bersama dan mengurangkan kadar suami menghenjut si isteri pada waktu tengah malam kerana letih gila babi.waktu kerja ini juga sesuai kerana balik sahaja dari kerja waktu malam memang kau rasa nak tido.kadar kelahiran juga akan berkurangan.

3. plan rekabentuk setiap rumah hendaklah lebih kepada memanjang keatas .atau lebih kurang macam rumah api sikit2.kalau nak renovate atau tambah bilik tidak boleh tambah tepi,depan atau belakang rumah.cuma boleh tambah bahagian atas sahaja.kalau kau ada anak 12 orang maka bilik anak kau yang bongsu ada kat tingkat 12.impak ini nampak berkesan jika untuk saving ruang penggunaan tanah secara mantan.

4. setiap lelaki hendaklah mempunyai seorang isteri sahaja.kerana apabila lelaki beristeri ramai,dia akan mempergunakan semua isterinya dengan main pancut sahaja kedalam salur faraj si isteri2 dan melebarkan sayap kelahiran anaknya.kalau dengan 1 isteri boleh dapat 5 anak.dengan 4 isteri boleh buat 20 anak untuk 1 jangka masa.sangat rugi.baka sama je.resesif.kena plak da besar jadi penjenayah.mana larat nak jaga anak ramai2 kan.tanam pandai,jaga tak reti.

5. menubuhkan kesatuan orang2 kaya nak mampos dan kumpul dana dengan duit mereka untuk membeli tanah negara jiran sedikit demi sedikit dengan harga yang tinggi.lama2 boleh bikin negara baru untuk rakyat yang kekurangan.

6. mengharamkan pengambilan amah.tidak dibenarkan ada orang gaji kerana kerajaan sudah mengimport mesin basuh,seterika dan vakum lantai untuk kesenangan isi rumah.sesiapa yang malas buat kerja rumah akan dikenakan penalti RM 100,000 satu kepala.kepala kau dan bini kau.

7. mewujudkan sistem beli harga rendah,jual harga tinggi untuk saham tanah.maka berterabur orang jual tanah.sape nak tanam padi?sape nak tanam sayur?owh,itu saya tak fikir.kau la plak tolong fikirkan......








leg note : ini entry paling mengarut dalam hidup hamba!!

kau janji pastu kau tak tunaikan

tak kira fizikal manusia tu macam mana.dia hensem atau lawa atau bermuka pecah rumah.setahu aku mana ada orang muka pecah rumah.sume manusia kan sama cantik.kalau perangai suka pecah rumah itu sangat ramai.
bidalan orang kita.atau manusia itu orang kaya atau orang miskin.semua orang penah berjanji.suka berjanji dan tidak dapat dipisahkan dengan janji.jadi aku mahu cakap pasal janji sahaja.sebab banyak bodoh dan baiknya janji ni.dan ia berkaitan mungkin dengan balak kau,orang gaji kau atau jiran2 kat umah kau.ada dua jenis janji aku mahu bicarakan.

janji manis - kata2 yang diucapkan bukan sepenuh hati.cuma mau main2.atau pun memang suka buat janji.yang baik2 sahaja.jadi manis bukak sebab masa janji tu tengah kunyah batang tebu atau mulut keluar gula.tapi janji yang direka2 untuk sedapkan hati si pendengar.kalau buat untuk awek,awek itu bakal mengalami halusinasi khayalan kerana janji manis ni selalunya direka dengan super tipu sekali.orang macam ni patut kau sepak dan tanam mayat dia dalam lubang najis.sebab dia takkan buat apa yang dia cakap.saja bikin gempak.
buat kau terbuai2 dan apa yang kau dapat cuma bla..bla..dan bla..padan muka kau

janji kosong - ini lebih kurang sama dengan janji manis.cuma kadang2 bukan untuk ambik hati atau sedapkan cerita.cuma dia buat janji lepas tu dia buat dek.untuk awek,kalau dapat balak yang suka janji kosong sampai sepuluh kali.baik kau mintak clash.nanti takdela kau tenganga di kemudian hari sebab orang yang suka berjanji kosong mungkin isi poket nya juga kosong dan suka pau.jangan salah paham.ia langsung takde kaitan dengan klip video ustaz azhar pasal si isteri mintak maaf kat suami masa hari raya cakap"kosong-kosong".gila babi kelakar.

perjanjian - satu jenis kata sepakat yang ada hitam putih atau atas sebab saling percaya.banyak berkaitan dengan bisnes atau senang cakap pasal harta atau duit.tamadun moden sekarang memang kau tak boleh pakai sifat kepercayaan dah.nak2 pasal duit.walaupun dengan saudara kau sendiri.sebab kalau iman kau tak kuat,
sifat percaya kau akan ditukar jadi sifat sangsi syaitan nirrajim dan seterusnya kau akan jadi seorang makhluk yang suka makan harta gelap.sepuluh ringgit memang kau tak bekira,kalau sepuluh ribu?kalau kau ada harta spare satu milion mungkin boleh kalau nak buat bodo je.situasi buat bodo ni kau tak boleh nak beli nasik lemak telor mata kalau simpanan kau pun cukup2 makan.jadi jangan la bersikap bodoh.


akujanji - ini aku pun kurang paham sangat.cuma aku terfikir aku penah sain akujanji masa mula2 masuk U 2 tahun lepas.1 benda pon aku tak paham.lebih kurang macam undang2 macam mana nak hidup dalam U kot.
lupa.yang pasti,satu pun aku tak tunaikan.





leg note : aku janji ni last aku tulis pasal janji!!








Friday, September 4, 2009

saat aku lanjut usia

alhamdulillah.cukup setahun suda aku bikin ini blog.maknanya belum sampai ajal aku.moga2 aku panjang umor.amin.overall banyak kisah tentang hidup.asalnya mau tulis tentang sesuatu yang memberi manfaat.tapi aku pulak tak pandai nak olah ayat.aku sendiri pun kurang sempurna,apalagi nak tunjuk kat orang jalan untuk jadi berguna dan sempurna.bikin aku susah je kot.haha

saat rujuk balik entry lama2.

terperasan aku kurang letak gambar.ntah sebab aku tak suka atau malas letak.kadang2 gambar mampu memberi ifek yang lain kepada penceritaan.mungkin impak lebih sikit.kalau bercerita pasal awek boleh letak gambar awek.kalau awek cantik agaknya ramai orang akan puji.kalau tak cantik mungkin orang akan kutuk dalam hati.apa orang peduli kan.kalau cerita pasal kampung letak sekeping gambar rumah ntah rumah sape kau snap,cakap itu rumah nenek kau.cantik nak mampos.

tapi penting juga.asal bertepatan dengan cerita bolehlah.aku agak aku tak suka letak gambar.lagipun jujurnya aku tak banyak gambar.memang dalam hati mau angkat DSLR sebijik tapi belum boleh lagi.gunapakai orang punya sajalah.tapi tetap mahu beli sebijik.biarlah aku makan megi,minum air paip sekalipun.asal puas hati kan.lagipun itu bukan cita2 aku.itu kehendak saja.cita2 aku nak jadi bisnesman.

apa yang aku fikir peripentingnya blog ini menjadi rahsia sendiri.di luar pengetahuan siapa2.
walaupun dari kawan2 kau sendiri.tapi ada jugala yang tau.macam bebas mahu tulis apa saja.kau mahu mencarut pon boleh.kau mahu cakap kotor pun boleh.apa nak takut.bila menulis dengan emosi memang itu yang keluar.apa peduli pandangan orang pada kau.tiada seorang pun boleh cakap kau begitu begini cuma dari gaya kau tulis kan.hebat.

lagi.membaca dari bloggers lain pon ada sedikit kepuasan.walaupun ada setengahnya tak dapat
dikomen. bukan tidak mahu.memang tiada kotak komen.mintak maaf sajalah.setahun aku baca setahun aku tak komen.agak zalim juga kan.kadang ada juga rasa bosan.jadi baca saja blog orang.seberapa banyak yang boleh.
seramai mana yang aku suka.siapa yang aku follow maknanya memang aku suka gaya tulisnya.tak semestinya aku wajibulghunnah bagi komentar.apa hal aku nak komen kalau tenet macam siput khinzir.buatkan aku rasa hari2 mau marah.mau wifi di starbuck kurang kena gayanya.takkan aku mau tapau kopimate peket dari bilik dan bawak cawan sendiri nak lepak lama2 kat situ.ilang akal.mau marah sapa?sabar2 suda.kata puasa.

tak payah cerita la da berapa banyak blog aku usha dan baca.cuma malas mau add.sebab aku suka membaca.
kalau ada yang tulis blog dalam bahasa penjajah lambat sikit aku baca.melainkan ceritanya ada lain skit.ada 1 blog warga cina malaysia.dia tulis sesekali pakai BM,banyak pakai BI.kadang pakai bahasa ibunda.banyak cerita pasal rencah politik malaysia dan sikit2 global.macam bagus,jadi aku baca.dan aku suka.dari malam sampai ke pagi aku baca.tapi lupa bookmark.jadi bila mau cari lagi sekali lain harinya.memang takda jodoh.
kesian aku.

kepada pelontar2 komen.aku ucap terima kasih.tanpa diundang dan dipinta datang dan pergi.itu lumrah la.bukan ke hidup macam roda.kejap kau naik beskal bawak orang kat belakang.kejap kau pulak yang nak dok belakang,orang bawakkan.karutla aku.cakap macam orang gila.memang semua manusia ni gila.ada yang gila duit,gila kuasa.gila wanita.gila popular.gila cinta.kau je tak perasan.kan.tapi untuk pengkomen.anda buatkan aku macam diperhatikan.semua orang rasa begitu bila ada orang baca blog kau kan.terima kasih untuk itu.
lagipun jika saling tidak kenal,komen kau akan lebih jujur dan terbuka.tidak berselindung.aku suka begitu.
secara jujurnya,aku cuma ingin tulis dan tulis sahaja.samada ada orang komen atau tidak itu bukan masalah besar.kadang2 ada juga rasa keteringinan untuk dikomen.tapi perasaan itu aku buang jauh2 sebab aku paham tentang sikap manusia.aku sendiri pon kadang malas mahu komen.jadi tiada sebab untuk rasa down.dunia realiti diluar yang aku hadapi lagi mencabar.dan hari2 kena hadapi.mau pikir masa depan lagi.untuk bloggers dan followers.tengok isi ceritala bagaimana.kalau ianya mampu buat aku berfikir dan bertanya,aku akan tanya.bukan hari2 boleh tulis dengan penuh bergaya.kan manusia itu banyak kekurangan.fiil aku sangat aku tak faham.mungkin kena balik umah nanti tanya mak aku.


ini kesimpulan untuk anniversary blog aku.ulang tahun ni memang ada sedikit lain cara celebratenya kan.jadi agak panjang sikit tulis.takde pon aku suruh baca.jadi kalau kau bosan aku peduli apa.aku tak marah pun kalau kau marah.tapi bagus jangan marah.nanti aku dapat pahala berduyun2.kesian kau.







leg note : jangan percaya apa yang aku tulis!!




Wednesday, September 2, 2009

bulan puasa macam bulan biasa

dah 12 hari puasa.rasa bersalah sebab walaupun diuji dengan sedikit dugaan aku dah kalah dan mengurangkan pahala dengan tidak puasa 1 hari.maknanya aku baru puasa 11 hari berbanding orang lain.awal2 puasa da kena penyakit.nasib baik penyakit tu sangat bahaya.tapi rahsia ni aku takkan bagitau keluarga.nanti jumlah kutipan duit raya aku tahun ni akan menurun walaupun tiap2 tahun aku rasa jarang sangat aku dapat duit raya.

start dari hari tak puasa jugak aku dah tak pegi terawih.fungsi kombinasi yang sangat sesuai.niat tiap2 malam memang nak pegi.cuma sifat malas dan nafsu yang aku kontrol sendiri sangat kuat untuk aku lawan.tambah pulak budak2 ni pon perangai 8 x 8.sangat rasa tak best.puasa tahun ni paling kurang amal ibadah.kalau dah start tido lepas subuh jodoh bangun dari tido kompem pukul 5 atau dekat2 nak mahgrib.harem jadah.

kalau terbangun awal sikit sempat juga solat asar dan gerak pegi bazar ramadhan terus.senang je puasa aku tahun ni.langsung tak berpahala.kurang pahala.moga2 dengan buat entry sahur ni aku dapat kesedaran walaupun tak banyak.moga2.






leg note : ohh aku!!