Sunday, November 22, 2009

mat nor chapter 2

mat nor mengiring ke kanan.kendian mat nor mengiring lagi ke kiri.letih mat nor mengiring,mat nor pandang atap rumah sendiri.mulut mat nor kumat kamit membaca sesuatu.mat nor pon taktau apa yang dia baca.mat nor cuba baca apa yang mat nor belajar kat sekolah.mat nor baca doa tido.lepas.tapi masih tak boleh tido.mat nor cuba kira biri biri.bapak mat nor cakap kalau tak boleh tido cuba kira biri biri.mana tau boleh.last last letih mat nor mencongak sampai ke jari kaki.banyak sangat biri biri dalam kepala mat nor.belum campor lagi yang pak jamaludin bela kat hujung kampung.ada la dalam 500 ekor lebih lebih.

mat nor garu celah peha yang rasa gatal gatal.takut juga mat nor kalau kalau ada pacat celah kangkang.umah mat nor dekat dengan sawah padi.memang tempat asal usul pacat.mesti la banyak.tapi mat nor belum lagi terlintas nak bela pacat.mat nor tak takut dengan pacat.apatah lagi lintah bulan,lintah darat pon mat nor tak takut walaupun mat nor tak penah jumpa.kalau jumpa ular tedung selar tengah jalan pon mat nor acah acah pakai ranting kayu je.berani betul mat nor.

mat nor tau kenapa dia tak boleh tido.semalam ade awek sweet kirim surat kat mat nor.ayah mat nor tak tau.mak dia pon sama tak tau.dalam surat tu tulis macam macam.mat nor heran macam mana budak pompuan sebaya dia boleh karang surat panjang panjang.tapi mat nor tak boleh baca semua.banyak sangat bedak awek sweet tu taruk sampai tak nampak tulisan.mat nor tiup pelan pelan.habis muka mat nor putih putih kena bedak.pedih mata.

mat nor baca satu satu.lepas baca satu perenggan mat nor senyum.mat nor lipat balik surat awek sweet tu.mat nor simpan dalam laci meja.mat nor memang macam tu.mat nor tak nak terburu buru baca sampai habis.nanti feel dia cepat tawar.mat nor rasa dia hensem sebab dapat surat.mat nor rasa dia digilai awek awek darjah satu seantero kampong.tapi mat nor tak riak.mat nor bersyukur kerana ada orang menyayangi dirinya.mat nor tau dia masih belum cuup umur untuk pikir pasal cinta.apa la yang mat nor tau.setakat terjeling buah dada usu timah masa tolong panjat duku aritu pun mat nor rasa macam tengok cite otromen kat astro.sesungguhnya mat nor masih lagi budak yang luhur dan suci.tapi dalam hati mat nor ada rasa sikit best.mat nor rasa nak lagi baca surat awek sweet sampai abes....





bersambung....................















saya hari ini

sedang melepak di cafe sekitar sekitar umk.beberapa hela saja dari rumah saya.cuma kena bonceng motosikal lah kalau mau datang.jadi saya tumpang kawan kawan yang sama sama ade laptop dan mahu men tenet tapi tak mampu nak beli broadband sebab ekonomi lembap nak mampus sampai bapak bapak kami tepaksa catu duit untuk beli benda itu.

tadi saya tonton astro tengok bola liverpool lawan manchester city.saya sekarang penyokong man. city.saya minat gila man city.konon.6 bulan yang lalu saya soh fegesen buang barbatov tapi beliau memperkecilkan idea unik saya,hanya kerana beliau ade skandal dengan barbatov.bodoh betul fegesen.dia dah kehilangan seorang penyokong fanatik yang sanggup order teh ais sampai 5 gelas hanya untuk lihat Man United main.

saya sorang je yang sokong man city.adek bradek saya yang menonton bersama termasuk bapak kesayangan saya sokong liverpool.kali kedua saya berada dalam situasi tertekan dan terancam akan tindak balas penyokong liverpool kalau man city dapat score dan menang.mungkin saya kena tido diluar bersama cengkerik atau pon menumpang dirumah jiran jiran saya untuk semalaman sampai kemarahan penyokong liverpool beransur kurang.kali pertama adalah ketika saya bersama kawan kawan di maulana flat bosnia menonton perlawanan liverpool lawan Man United.saya terselamat dari dibakar dan dihentak dengan kerusi kerana liverpool menang masa tu.basted punya liverpool.kata saya dalam hati bila fans liverpool(kawan kawan saya)menjerit seperti setan bila bola masok gawang man u.


tadi liverpool seri 2-2.hati saya lega kerana duit seringgit saya selamat dalam pertaruhan dengan adik saya yang baru menjangkau usia 13 tahun.kami bertaruh senyap senyap tanpa pengetahuan bapak saya dan yang lain.duit tersebut saya pakai untuk order neslo ais dengan sedikit ihsan dari kawan kawan saya untuk mengelakkan dari menjadi pekerja tambahan di family kopitiam ini.


saya sayang Manchester City.dan saya benci liverpool.maaf!


Saturday, November 21, 2009

oh kawen

adik aku.umur baru 24 tahun.baru ke.ntah.keje tak tentu hala.dah ade keje benti pastu sambung keje lain.dah ade keje lain benti lagi sambung keje lain.ntah hapa hapa la perangai.dia la paling pelik.bermastautin di sekitar kuala lumpur.jarang balik kampong.suka lawan mak aku.ngan bapak aku dia takut.

ntah kenapa tetiba hari tu balik.terus salam ngan adek bradek.ngan mak bapak.kemudian menangis teresak esak sambil peluk mak aku.aku punya mak naik seram bulu roma.hilang berterabur segala ayat suci yang terkumat kamit di mulut masa tu.

"mak.acik nak kawen.tolong la pinjamkan duit"






leg note : dari pagi sampai ke malam aku gelak ngan bapak aku.berangan.samdol!

bebot

dah dekat seminggu aku terjeruk dalam rumah.mana la sangat nak pegi time musim air macam ni.matahari pon macam takde je kat area umah aku.dia punya tahap bosan memang macam haram.sikit sikit rasa nak tido.kalau tido manjang boleh benak lelabi kepala hotak.kata doktor falsafah ntah sapa dia ntah lupa da aku.lupa plak aku nak sedut muvi bebanyak dari network dak dak ni sebelum balik cuti tu.bengap bengap.nyesal plak dah.

rasa rasa dah 3 kali dalam setahun ni aku balik kampong.yang aku sendiri heran kenapa la aku tak pegi jenjalan kat bandar hatta sekalipun.bila budak budak kampong cakap pasal bandar kota bharu dah lain aku jadi cuak.rasa macam aku salah balik kampong.rasa macam aku bukan anak jati kota bharu.rasa macam derhaka pada penghulu kampong.rasa bersalah pada mat mat rempit jalan lundang.rasa gelisah nak sapa mat mat keta simpang 4 kubang kerian.

mana boleh aku taktau.mana boleh aku diam tak becakap sepatah haram.mana boleh.pepatah "biar bengap asal tahu semua" masih lagi aku amalkan.sekali sehari selepas solat maghrib aku kena baca pepatah tu sambil baca surat khabar sinar harian depan tv.

owh ye.jalan jalan di sekitar bandar dah lain.itu je.saya nak gi usha









Thursday, November 12, 2009

buat "projek"(bukan entry lucah)

seram gila rasa.tetiba rasa sejuk.jejari kaki mulai mengerekot.muka pucat lesi baru lepas bedak.ekceli ni la first time aku nak buat projek.dapat tajuk sikit gila babi punya payah kot.using remote sensing-orange spot control disease in oil palm.agak2 lepas ke kalau aku buat thesis dalam base melayu rojak.tulis shortform ke.kompem budak budak pendidikan base melayu buat mogok lapar sambil minum air botol mineral depan pejabat perdana menteri.

semalam baru tahu sape supervisor aku.lega jugak bila tau PA aku alias Dr. Siva yang jadi supervisor.dan luckynya aku tak temasuk dalam senarai pelajar pelajar yang di lelong ke sana ke mari oleh pihak fakulti.tajuk ade beratus ratus pun kalau salah pilih jodohnya memang kena campak.dapat pulak supervisor yang jenis suka breakfast menu daging rimau hari2 mampos la kau.aku syak kalau dia marah marah mesti keluar taring ngan belang tarung punya.tobat.

apa benda ntah hapa tu remote sensing tak tau la.agak agak macam nasik beriani gam boleh jugak aku tibai di musim kelaparan.nampaknya tepaksa la aku bukak balik kitab kitab darjah 1 sampai darjah 6 dulu dulu.kot ade sebut pasal benda alah ni boleh jugak aku study sedang sedang.foreplay orang cakap.baru mudah paham kalau baca dari basic kan?hahaha.aku rasa advantage ada di sekelilingku.

hiburan cuti sekolah tepaksa jugak aku lupakan untuk cuti ni.tiada lagi astro awana.hilang sudah astro ria.
kempunan aku nak tengok aznil dalam tom tom bak.sekarang ni dah masok musim keberapa ntah.selalu dapat jugak aku melompat lompat depan tv ngan adik adik aku menjerit dan menyanyi lagu tema dia.kalau nasib tak baik,benjol la kepala aku kena baling ngan senduk nasik oleh ibu tersayang.tu pun sebab aku lupa nak
solat zohor secara awal dan berjamaah.

adik adik aku 3 orang sume dah pindah ke sabah.sume pakat dok jauh jauh.kalau dok dekat dekat senang nak kena pau ngan aku kata mereka.cis,dah keje pon bekira sejemput.tengokla aku dah kayap rayap nanti.tiga kali sehari aku hantar ufti ke rumah korang.tengok la.tengok la.kesian mak aku dudok sorang sorang.takde anak besar.anak kecik kecik ramai lagi.bapak aku tak cakap banyak.anak anak lagi jauh lagi dia teruja.sekali claim duit dapor sebulan sama harga dengan caj minyak kapal terbang.borosnya bapak.nasib baik duit bapak mengalir turun kat aku sekali.time kasih ye bapak saya.

member aku.adik beliau dah meninggal.tak tau sakit apa.selang 4 hari kedian member aku lagi sorang.umah sebaris je ngan member aku yang tadi.adik dia,pon meninggal juga.innalillahiwainna ilaihi raaji'uun.






leg note : Al Fatihah untuk mereka

Thursday, November 5, 2009

lagu untukmu(ini bukan meet uncle hussin)

kawan aku yang di sayangi.berpisah sudah dengan kekasih hati.umur perkenalan baru lagi suam2 kuku.tapi jodoh tidak menyebelahi.untuk kali ke berapa aku pun tak tahu.yang aku tahu setiap kali dia break dengan sesape atau berkenalan dengan yang baru.aku mungkin orang pertama mengetahuinya.mungkin lah.tak pernah aku bernafsu untuk tanya akuorang ke berapa yang tau.yang pasti aku akan tahu.

dan aku,sebagai kawan yang penyayang.ye,aku sayang kawan2 aku.macam aku sayangi adik beradik aku sendiri.macam.aku sentiasa ingin ada di belakang mereka,aku tak mahu nampak wujud jasad ketika senang sahaja.malah,aku ingin membantu walau keadaan mereka sentiasa susah sekalipun.selalu aku mendengar.menjadi pendengar bukan sesuatu yang senang.tiada sijil atau ijazah tertentu untuk menjadi pendengar.cukup sekadar kawan mencari aku dan meluahkan segala masalah.berbicara secara serius atau dalam keadaan gelak ketawa.walaupun mungkin di dalam hati punya seribu kekecewaan dan rasa ingin menangis.

aku tidak kisah tidak dipedulikan.sebagai manusia masing2 ada privacy sendiri untuk bersendirian.waktu sembuh dari kelukaan bukan boleh kasi tempoh tertentu untuk aku tentukan.diri sendiri yang punya kekuatan untuk merawat.aku hanya kawan yang sekadar membantu.mungkin seperti nurse yang menjadi assistant doktor.hanya memberi ubat dan alatan untuk bisa kawan sembuh.dan aku tidak kisah untuk menjadi teman dikala kawan memerlukan untuk jangka masa yang lama.kerana aku sayang dan suka menjadi kawan2 kamu semua.

biarpun aku punya tragis dan rintihan hati sendiri.dengan kamu semua disisi aku tidak risau kehilangan cinta sekalipun.bersendiri bukan sesuatu yang hairan pada aku.mungkin ajaib bagi orang lain.tapi aku peduli apa.hidup aku.





leg note : kawan2..janji nak breakfast kedai bismillah,pe barang tido tak bangun.palat!


Wednesday, November 4, 2009

today

salam pagi.ada lagi 4 hari sebelum paper last aku.walaupun kekadang ada sikit terasa bosan tapi sebab sudah terbiasa maka boleh buat dek je.lagipun banyak ruang2 kosong aku isi dengan member2.dorang pon sama lebih kurang macam aku.paper jarang2.

weekday lepas pegi mandi sungai gabai.buat babikiu.beli ayam 4 ekor lagi tambah sekor ikan pacu yang kassim pegi mancing dalam ladang 10.gila besar ikan tu.lebih kurang 14 kilo.sama besar dengan budak darjah 1 dia punya saiz.haha.tapi bukan kassim yang pancing.orang lain.malas nak cite.naik muntah aku amek gambar.tapi best!

aku punya bilik ada tetamu.kawan kepada rumet aku.nama shahrol.jap....ye kot.ntah.sambung master kat sini.oleh sebab proses nak dapat bilik bukan main payah maka tumpang disini sekejap.takpe.memuliakan tetamu beroleh pahala.moga diizinkan Allah.

aku belum lagi tidur.dah 3,4 hari macam ni.takpe,dah biasa.


leg note: itu je