Friday, February 26, 2010

selamat berselawat

Selamat Menyambut Maulidur Rasul baliklah kampong amek cuti ke ponteng keje ke lari dari umah sewa ke mana mana je asal balik kampong kau jumpa mak bapak adek bradek sanak saudara waris waras sepupu sepapat rakan rakan sume orang yang kau nak jumpa buat majlis selawat macam aku biasa pegi masa muda muda dulu tiap tiap malam ada kalau kat kampong.

Selamat Bermuhasabah sempena kelahiran Nabi Muhammad S.A.W nabi junjungan kita semua.
Amin!





leg note : err..gua da angkat Sony DSLR A230.cara tak?huahua

Thursday, February 18, 2010

dah 100

apa nak cakap ah.entry 100 ada ke orang buat anniversary.haha

xpelah,semoga apa yang aku hasilkan lebih baik dari sebelum.insyaAllah amin.

cuti?takde maknanya!

Tuesday, February 16, 2010

aku ke lain

baru tiba di stesen bas pekeliling.tujuan aku mahu ke Temerloh.saja saja je kot.err..ada hal lah senang cite.awal pagi aku sudah bangun.baru nak tanya tiket bas da bising pakcik tua kaunter jerit tiket ke temerloh da habis.yang ada cuma jam 5.30 petang nanti.gila hapa aku nak tunggu lama lama.baru pukul 10 kot.jadi pusing ke kaunter lain yang destinasinya ke mentakab.bas mentakab lalu jalan yang sama cuma mentakab jauh sikit dari temerloh.aku nak turun tengah jalan je.tapi harga dia sikit lari lah.costing dah.cait!

ramai juga manusia masa tu.jadi aku keluarkan henset bajet yang dekat 5 tahun umur dia.kabur kabur da sikit dia punya skrin.cis.aku perhatikan setiap gelagat yang ada disekeliling aku.tetiba je rasa nak mengumpat dalam henset.rata rata ramai kaum hawa dari lelaki.jenis yang datang kapel macam sama banyak dengan yang solo.meriah.aku lepak tepi dinding yang ada pokok kat tepi.teduh sikit.nak duduk pun tak tegamak pulak sebab sangat kotor apa.aku benci kotor.

ada 2,3 orang awek depan aku cakap tak henti henti.junior kolej aku arasa.dan baru daftar kelab bakti siswi kot.kat beg dorang masing masing ada badge '' aku benci sampah'' lebih kurang lah.tak jelas.kat kaki dorang besepah plastik orang buang.kotak rokok.dan macam macam.kesian organiser program tu.ko punya matlamat tak tercapai le.

budak budak jantan sume sunyi sepi.tolak aku sorang,aku taip ni pun sambil senyum senyum.happy kan aku?haha.korang muka masam gila.ye la,aku tau panas.awek awek yang solo dan nampak lonely pon sama.mimik muka ketat dan macam tahan kentut.ye la,aku tau panas.

bas ke mentakab jam 11.30.awek awek depan aku masih tak berhenti bercakap.dari hal jepun datang ke Malaya sampaila ke filem avatar 2009.aku pun tak dengar sangat sebenanya.kadang kuat dorang borak.kadang macam ngumpat aku.ye la,aku tau aku hensem.eyh,dia pandang aku!

halwa telinga aku dah tak sanggup nak tatang cite cite lebat orang depan aku ni,so aku amek rokok danhil selit kat bibir cucuh ngan lighter sampai berasap.terus minahS tu lari.jauh sikit.mmm...aman dunia.

dalam bas pun masih lagi tak berenti becakap.'jaguh betul orang orang mentakab ni'(aku pikir).jadi untuk tidak serabut aku cuba bermeditasi menggunakan aliran ortodoks india.tak sampai 10 minit mata dan darah dalam saraf saraf otak aku berhenti mengalir sejenak.








leg note : cara aku bermeditasi dalam bas aritu.rare kan?


Saturday, February 13, 2010

soal peluang - rebut intai atau curi

peluang yang ingin disentuh disini adalah tentang kerjaya.masa depan dan titik mula ke arah sesuatu yang bakal merubah diri sendiri.sebagai contoh,apa yang ada dalam kepala aku adalah tentang dua peluang yang masing masing ada kelebihan dan kelemahan tersendiri.

dua dua peluang adalah jenis perniagaan.contoh: di sebelah kanan adalah berniaga makanan.di sebelah kiri juga berniaga makanan.andaikan proses ini dalam kepala otak anda dan ia masih belum bermula.kerana anda terpaksa memilih antara salah satu darinya.aku guna pakai penunjuk kiri dan kanan bukan bermaksud berniaga(kiri itu)adalah seperti jadi tokan dadah atau bapak ayam yang mendatangkan untung lebat dan dosa seribu tahun,keduanya adalah perniagaan yang baik.cuma aku letak perbandingan tunjuk supaya lebih faham.

sebelah kiri ialah peluang yang bermodal kecil dan mendatangkan keuntungan kecil namun berterusan.di sebelah kanan pula peluang yang bermodal besar dan mendatangkan keuntungan besar dan ianya juga berterusan.konsep yang sama macam sebelah kiri.cuma modal dan keuntungan sahaja yang berlainan.dan dua dua adalah peluang yang sama jenis.

masalahnya ialah mana yang patut kita pilih sebab ianya peluang yang sama dan ianya juga berisiko sama.sebijik.dan masalah lain ialah modal.contoh kalau mahu berniaga gerai kuih muih yang bermodal kecil atau membuka restoran yang bermodal besar.dan modal untuk kedua dua nya masih berada dalam situasi "boleh diusahakan''.maknanya modal boleh didapatkan.usahakan.cuma peritnya berlainan lah.mengikut peluang yang akan kita ambil.keduanya masih berkisar tentang berniaga makanan kan?dan masa depan keduanya juga sama kan?risiko sama kan?sebab motif kedua duanya adalah PELANGGAN.

kalau memilih yang kecil.rasa sangat rugi kehilangan peluang yang besar.kalau pilih yang besar.rasa sedikit bodoh kerana yang kecil pun tidak cuba lagi.mahu lagi yang besar besar.mahu belasah kedua dua pun(kalau boleh)nanti dikatakan agak tamak.tidak mahulah jadi macam anjeng gonggong tulang yang khusyuk pandang dalam air.aku sangat konpius.