Tuesday, May 31, 2011

gua dah ok

bizi?sape bizi?gua?gua bizi?sape cakap?




kaki gua seliuh.gua pegi main futsal malam tu..macam biasa gua jadi striker yang maha ganas dalam team gua.sebab kalau nak suh teammate gua yang lain jadi penjaring sume badan montel montel dan comel macam afdlin shauki.gua nak jadi keeper,sebab gua suka pegang benda benda bulat.kekekekeke.tapi dah gua dari belakang gol sume pakat tolak tolak gua sampai gua tercampak ke depan.gua on je..

oleh sebab cara gua main yang hebat dan terlalu banyak skill longkang dan di fewwit oleh awek awek orang lain yang hot maka gua dijelesi oleh pemain lawan.mereka menerjah betis cun gua dan gua terguling bak kucing kurap dan terus terseliuh.sebab kaki gua seliuh lah gua takleh nak post entry.percaya? wajib percaya..sebab gua dah standby bedil 50 peluru sebelah gua ni..kalau tak caya..Panggg..Panggg..sorang sorang gua bedil.


gua balik umah dengan hencot hencot.sakit gila.time gua nak solat serba tak kena.nak duduk antara dua sujud dan tahiyyat adalah dua rukun yang seksa gua nak buat masa tu.nak je gua isytihar diri gua uzur tapi mak gua awal awal lagi dah asah pisau tetak daging kat dapur.

''bab solat ni kamu jangan nak uji mak.mak ni nampak je ayu.ayah kamu penah ajar mak sampai kunci 5 silat gayung pesaka.sekali mak kunci kamu lumpuh kamu seumur hidup'' ugut mak gua dengan muka bengis sambil laga laga pisau dengan batu asah.tak kena langsung aksi pisau dengan ayat silat nya masa tu.

gua pasrah.kaki gua sakit tak terperi.sebab tu gua surrender main blog untuk 2 3 hari.urat dalam otak gua dia punya link sebaris dengan urat buku lali.kalau kaki sakit otak takleh nak jalan.fikir gua secara medikal.













yang gua heran.boleh plak gua main fesbuk!



leg note : alhamdulillah.kaki gua dah baik.syukur..syukur..


Thursday, May 26, 2011

bolasepak

227302_205241346181032_165876240117543_522016_5181405_n

ni idola gua sekarang.ni gua pau iklan dalam fesbuk untuk tatapan.cuma gua sedih sampai tak dapat nak tidur pasal team TRW gua kalah 2-1 semalam dengan t-team.gua bukan suka sangat nak menyibuk pasal bola dalam malaysia ni sebab bagi gua baik gua layan EPL atau LaLiga 10 kali lebih bagus.tapi sejak gua berubah angin kampong ni semacam satu bobohizan/bomoh semangat dah seru gua supaya jadi fanatik dan hasut gua beli tiket bola dan berbisik supaya gua pegi duduk dalam stadium.bukan kehendak gua sebenarnya.bukan.

28 Mei ni lawan Pahang.arap arap gua tak kecewa untuk kali kedua.sekian




go more kelate go more!


Friday, May 20, 2011

hari jumaat gua

lepas aje solat jumaat.gua balik rumah dulu makan nasik.energy kena mantap.performance kena bagus.gua ada misi nak pegi bandar.gua nak jalan jalan ke KB Mall ejas awek cun yang seksi.gua nak try iman gua bleh tahan ke dak dengan godaan awek hot ni.kalau mengejas dengan perut lapar biasa tak dapat.paling koman pun kena caci.

gua lalu jalan biasa nak pegi bandar.kena masuk bandar dulu kalau dari rumah gua.kalau ikut jalan lain dia jadi jauh sikit.gua naik motor biasa memang slow and steady.tak penah gua bawak laju laju.kalau gua kat kl dulu lain lah.bawak slow adalah haram bagi gua.kalau kat kl lah.

tengah tengah syok bawak motor sambil layan angin lalu membawa diriku yang sepoi sepoi.tak semena pakcik kuda putih lalu sebelah gua,dengan laju nya.beliau berenti kat traffic lite kat depan nun.tangan lambai lambai mintak orang ramai berenti.gua gelabah gear satu,selalu kalau tak Sultan gua ni mesti Tok Guru gua nak lalu.gua ejas perlahan ke bahu jalan.gua jarang kurang ajar atas jalan raya,sikap buruk yang memang gua tak suka.

tiba tiba ada dalam puluh ratus ribu mamat naik motor pakai tshirt hijau lambang bulan konvoi lalu tepi gua.gua ingat kan ada orang belumba helikopter.terkejut gak gua.mana datang ummah skit punya ramai dari belakang.habis jalan dorang kongker.baru gua teringat kat Dewan Gelanggang Seni hari ni ada himpunan 10 ribu belia gelombang hijau.syok plak gua tengok dorang konvoi ramai ramai.rasa semangat politik gua naik serta merta ke tahap fanatik.

gua kensel niat nak ejas awek hot.benda tu gua bleh buat lain kali.lagi pun gua hensem tahap dewa.baik gua join konvoi.ada jugak pekdahnya pada gua.ada jurukamera naik keta dok amek amek gambar gua.ahh,benci tol paparazi ni.gua bagi signal terus masuk konvoi sekali.mana mana mamat yang cam motor cup prix gua dah hon bagai.gua angkat tangan tanda terima hormat.

tak sabar gua nak tengok paper esok.kalau lu terbaca tajuk ''10 000 gelombang hijau'' ada la tu gambar gua.paling senang lah nak cam gua dalam ramai ramai tu.gua pakai baju melayu sepasang kaler maroon!






leg note : beli harakah.kompem ada....

Monday, May 16, 2011

sebab musabab gua ucap selamat hari guru

Untitled

gg






leg note : terpaksa,otak gua kosong!

Wednesday, May 11, 2011

good morning tu selamat pagi

harini gua bangun awal.maksudnya bangun awal pagi tadi dan TIDAK TIDUR SEMULA macam kelmarin,kelmarin dahulu dan sebelum sebelum itu(sejak sebulan lalu).

gua start motor hantar adik gua pegi sekolah.mak gua pesan beli roti canai masa balik sebab kedai roti pakcik ghani kat kampung gua tutup.adek gua sekolah sama dengan sekolah gua dulu.sekolah ugama area bandar.bezanya gua dulu kayuh basikal 7KM.adek gua selesa dengan bas atau menyalahgunakan gua sebagai drebar.femes sekolah gua.satu negeri orang kenal.sekolah elit lah katakan.tapi gua tak pernah elit,gua pelesit.

masa balik gua usha kedai roti canai pagi tepi tepi jalan.gua tak tahu asal payah sangat nak jumpa.roti canai petang tak payah cakap la.jakun sangat kalau takde.ni pagi punya.kalau gua kat kl tak payah cari.dalam satu bangunan tu 3 ke 4 kedai mesti ade orang tebar roti.mesti kedai roti canai.

gua potong jalan masuk ke kawasan Industri Padang Tembak.setelah sepanjang jalan balik tadi kedai nasik pagi je yang kongker.kecewa lagi gua.langsung tak nampak orang menebar roti.kalau tujuan gua nak cari nasi pagi,dah beratus bungkus gua tapau dari bermacam kedai dan beraneka lauk.masalahnya mak gua nak roti canai.gua anak yang soleh,jadi gua kena usahakan mencari.lagipun mak gua antar gua belajar sampai menara gading semata mata supaya gua tahu membezakan yang mana roti dan yang mana nasik.

tak jumpa lagi,gua lencong masuk kampong Panchor.tengah gua sekodeng kedai,gua di hon dari belakang.ashraff (chip)anak haji badar,dengan motor ex5 nya datang sondol sondol ekzos motor gua.naseb la gua tengah bizi,kalau tak gua dah turun bagi penampar dua tiga das.

chip : ''woi kacak.beli nasik ke.jauh lu drive,sampai ke sini.hahaha''

gua : ''tak ah.gua cari roti canai la.satu kampong dah gua pusing.tak jumpa.lu tau mana port?''

chip : ''gila,kedai mad sebelah taman lu je kan?sebelah balai polis lama dulu''

gua : ''ye ke.mana gua tau,gua baru sebulan pindah sini''

chip : ''mangkok.belagak nak mampos.kampong sendiri pon kucar kacir.moh follow gua''

dan gua berjaya beli roti canai 4 keping.sebelum tu gua ngan chip dah balun nasik pakai duit mak gua.gua ikhlas belanja chip.


sekian.






leg note : otak kurang bermaya akibat cuaca panas!

Monday, May 9, 2011

maxis to maxis free

semalam mak gua beli kek.tak penah sepanjang kurun gua hidup mak gua buat perangai versi mak datin macam tu.selalu kalau tak mee goreng,paling hebat pon kuey tiyau goreng ade ayam.tu pun gua tak makan.mesti gua kuar gi lepak mana mana sampai pagi.sian mak gua.

tapi semalam hari yang paling cakna dalam hidup gua.apa binatangkah cakna itu gua tak ambil peduli.cuma gua nak cakap hidup gua semalam sangat happy.jadi gua terjemahkan kehappyan gua tu dalam erti kata cakna.nampak marveles,ade metafora dan metallicanya tersendiri.

cyst gua yang kat umah 2 orang kasik gua adiah cokelat federer roshe.ntah betul ntah tidak gua eja tidak lah gua ambil pusing.yang penting pada gua adalah sebutan dan makhraj yang betul.bukan ejaan.dan isu yang paling best ialah semalam gua tak payah topup untuk kol beribu orang walaupun kredit gua cuma ada 10 sen.salah seorang peminat yang menerima panggilan dari gua adalah brader bongsu gua sendiri.

gua : ''der,lu katne''

brader gua : ''der,gua kat dapur.kenapa''

gua : ''tolong amek air kat gua segelas,gua kat ruang tamu yoo''

brader gua : ''astaghfirullahal aziimmm''





leg note : adiah gua brader gua yang abiskan!

Friday, May 6, 2011

teropong ke utara.ang mai la lagi....

perjalanan bermula dari kota bharu.terus ke tanah merah dan masuk gerik.di traffik light simpang 4 jangan masuk dalam pekan gerik tapi straight je tanpa belok mana mana.depan lagi ada RNR bintang hijau.depan sikit je lagi ada simpang 3,amek kanan.sini yang penting.jumpa simpang ni wajib amek kanan sebab jalan ni terus ke baling dan seterusnya masuk ke gurun dan akan jumpa highway ke bukit kayu hitam.

tetapi gua dah tersalah jalan sebab gua memang kayu bab jalan ke kedah.tujuannya ialah UUM sintok dekat bukit kayu hitam.masa kat RNR bintang hijau gua ade tanya sorang pakcik baik punya macam dafi.dia cakap terus je sampai jumpa kulim,then terus naik highway utara selatan then straight je ke bukit kayu hitam.gua yang dari azali memang patuh cakap orang tua tua nekad ikut kulim.koyak rabak wallet gua kena bayar tol pinjam duit adek beradek gua.dan jalan sikit punya jauh semata mata nak komfemkan niat dalam hati gua bahawa kalau jumpa highway perjalanan tidak akan sesat barat.

sesungguhnya ikut jalan highway naik di kulim adalah sangat jauh gila isim.dan gua menyumpah di setiap tol yang gua kena lalu termasuk tol 50 sen yang gua tersalah jalan.kena buat u-turn dan bayar dabel lagi 50 sen.sesungguhnya seringgit itu boleh bayar air teh o panas segelas.

lepas antar adek gua dan biarkan beliau terkontang kanting di UUM gua terus pegi rumah kuceng gemok.disitu gua lepak free selama 2 hari tanpa bayar makan dan minum termasuk elemen menggunakan tandas.malah gua di asuh supaya buat macam rumah gua dan menggunakan apa saja yang ada dalam rumah macam gua punya,waima mengejas awek nurse selang 2 3 rumah pon kuceng gemok tidak marah.gua ucapkan terima kasih tak terhingga beb.tak lupa encik helmi yang bawak gua jalan jalan makan dan amek angin di kuala kedah.superb!

masa balik gua shortcut dari highway terus masuk sungai petani.gua setting niat taknak bayar tol macam orang bodoh dari bukit kayu hitam ke kulim lagi.dari sungai petani masuk ke gurun kemudian ke baling dan jumpa simpang 3 yang gua mantion kat atas.gua kesian kat rakyat kedah yang sama je taraf hidup macam orang kelantan tapi kena seksa dengan berlapis lapis tol yang memang super bangang sebab tak lojik lah sangat pada gua.







leg note : awek awek pekan changlun sangat gojes!