Friday, September 30, 2011

bergerak secara gerila part 1

kertas kerja gerakan gerila gua :


masa gerakan :

-10/10/2011 petang skit lepas member member gua balik keje.
-takpun awal sikit kalau dorang ponteng keje awal.
-bergerak lepas baca doa menaiki kenderaan dan doa tolak bala.


pos gerakan :

-warung Makcik Jah tokey meehun sup dan air berkarbonat cap Murni.latitud 35.7 utara dan 76.9 barat.ATA pukul 6 lebih lebih.


misi gerakan :

-berchant/menyanyikan lagu semangat patriotik sampai lupa daratan kepada pasukan bola sepak gua(gua bukan ultras sebab ultras negeri sejumlah kecilnya bangang)
-membooo pemain lawan sambil menyelam sambil minum air memprovoke penyokong pihak lawan dengan ayat ayat mencarut super pedih dan sumpah seranah supaya menimbulkan pergaduhan.


alatan lengkap gerakan :

-helm of dominator(20 damage 5 armor),kasut peter Pan untuk terbang,poket doremon,dan
skill shuriken rasengan.dan beberapa doa pelindung.
-melantik seorang bookie bagi mengganggu kesejahteraan perlawanan.kemenyan,mangkuk bakar kemenyan dan seorang bomoh supaya pihak lawan tidak nampak gol pasukan gua terletak di mana.


visi gerakan :

-jangan balik awal kalau kalah.lawan boo dengan boo.botol dan bedil hanya akan dibaling jika ref dan lineman macam celaka.
-membakar bendera dan kerusi dilarang sama sekali.





p/s : gua cari gambar gerila mau kasi kertas kerja gua lagi mantap.tapi gugel dah hancorkan niat suci gua.


Untitled





Tuesday, September 27, 2011

ni kalau gua cakap ni mesti lu tak nak pecaya




gua malas gila nak apdek

Untitled

dah ade page.melayu hebat seantoro donia.jangan belajar.main bola je.wat the puck!


32531_122230144476478_107275485971944_168897_4644003_n

this pikcer is story about what is insaid mai breng rait naw!

Thursday, September 22, 2011

Dah tiba masanya gua dikenali.seterusnya menjadi blogger terkenal.like a supesta!

step pertama adalah dengan memperkenalkan diri gua kepada khalayak ramai dengan jujur.





''Salam sejahtera semua,''


''saya Aaron Aziz dari kota bharu''


''temui saya di http://karatzyn.blogspot.com/''


Selamat berkenalan........




ok,lu dah kenal gua kan?tata!






p/s :sebuah entry berkonsepkan minimalis tadika dari gua.sekain!

Monday, September 19, 2011

maki'style

dari minit pertama gua dan kuncu kuncu dah start misi caci maki hamun.segala jenis mak bapak sumpah seranah gua dan team gua bagi.passing tak betul gua maki.bola kena kepala reff gua maki.tanduk bola macam bajet gol padahal jauh lagi pun gua maki.apa apa saja yang gua nampak tak kena di mata gua yang tak pakai kontek lens ni sume gua maki.


dah letih main maki maki gua order air bayar sendiri.kering tekak juga maki orang ni.Didi mintak gua belanja gua buat buat tak layan.tak nampak ke gua tengah serabut ni?beli la sendiri.pehh air tawar nak mati.tapi gua tak maki.maki rezki tak baik.gua pandang ke apis.mata tengok game tapi tangan update page.player kena tukar kena update.player tendang sipi sipi baham tiang kena update.player jatuh tesembam sepak kaki sendiri pun update.bukan main.admin katakan.biarkan.biar gua je yang rasa sakit hati menghayati permainan gampang macam ni.sangat bangang tak kena tempat.


80 minit game berlangsung.gua mula rasa bibir gua kebas.rasa macam tebal je.gua syak gua punya maki dah tukarkan proses kejadian air liur gua jadi racun.sampai pakcik depan gua sama naik hangin macam gua.bukan beliau sorang.semua yang ada di pihak scoreboard.bukan gua je yang nampak kebenaran depan mata.dan bukan sekali dua benda ni berlaku.


gua balik rumah dengan rasa sakit hati yang amat sangat.gua bukak astro layan Manchester lawan Chelsea.gua tengok gol smalling cun punya terjah jaring.pastu rooney tambah azab chelsea.lagi nani hensem kasi hantam sama itu the blue.gol fernando torbangang takyah kira dah.kalah tetap kalah.3-1.gua senyum je,tenang hati gua tengok game epl.cantik.menang dan cantik.


malam ni dua dua team merah gua menang.itu Red Warrior sama Man United.tapi mengenangkan team feveretest gua walaupun menang 4-0 dengan sarawak.tu pun gol pertama minit 81.gua masih terasa benci untuk tersenyum.main macam tahik!



yang penting alhamdulillah kena ada.












p/s : lu tak penah maki pemain bolasepak?hipokrit.penipu besar.







Saturday, September 17, 2011

Khun Sabai dee mai khap

golok atau juga dikenali sebagai sungai kolok memang terkenal sebagai laluan perdagangan antara penduduk selatan thailand dan rakyat kelantan.mereka menjalankan perniagaan seludup minyak petrol,bedil bedil dan mercun,barangan pakaian dan banyak lagi.ada juga yang mengimport barang barang keperluan harian seperti minyak masak,kicap sotong,perasa tomyam ala thai dan banyak lagi dalam kuantiti yang sedikit supaya tidak ditembak soldadu atau dikenakan cukai rasuah atau duit kopi oleh sesetengah imigresen durjana ketika menyeberang samada dengan melenggang jalan kaki atau dengan perahu yang berbayar sebanyak rm1.50..

sejurus selepas maghrib semalam kedengaran 2 das letupan bom yang jelas bukan merayakan Selamat Hari Malaysia telah meletup berhampiran dengan hotel Marina yang memang femes kepada kaki kaki betina satu kepala rm150-250 boleh hentam sampai ke pagi berkondomi atau pun tidak.

juga kepada kaki kaki disko dan kaki togak stout bajet mahal yang selama ini kerek macam binatang setakat pegi disko belah siam babi apa sangat la kau nak eksen sangat,sekarang dah kucar kacir.ada beran kau nak pegi lagi?

kepada sahabat handai dan saudara seagama islam gua yang menetap disana,gua doakan kesejahteraan lu orang.jaga diri dan insyaAllah Allah sentiasa bersama kamu.









Tuesday, September 13, 2011

kompem.bukan kondom.

gua dah buat research.gua dah singkap sejarah dari zaman portugis sampai lah ke era komunis.gua dah jumpa titik(bukan tetek)mula sejarah penjajahan negara kita.gua lebih hebat dari Prof Zainal Kling.gua lagi hebat dari kisah pokok melaka.ada sesape penah jumpa pokok melaka?karut.

gua lah penyingkap sejarah terhebat di abad ini.gua takwil segala jenis tohmahan perasan bapak bapak pemikir semua.ni bukan kebenaran seekers.apa bangangnya gua nak cari menatang tuh.gua bukan Mustika,bukan jugak majalah Mangga mahupun Maskulin.tapi gua adalah pencari kebenaran disebalik kebenaran yang jahil.gua dah jumpa sebenarnya....





Malaysia kompem tak pernah dijajah!





aci kerat ibu jari gua










p/s : yang pernah dijajah ialah tanah melayu!

Saturday, September 10, 2011

kerana lu bodoh atau diperbodohkan?

kerana pak abu punya penangan.abes berterabur kucar kacir sejarah Malaysia yang selama ni gua sama lu orang junjung tinggi.gua punya mindset dah di brainwash bahawasanya 31 Ogos tiap tiap tahun gua kena standby bedil yang power semata mata nak celebrate kebebasan.dengan baju gua pintal buat bentuk segitiga pekup muka macam ninja,gua akan turun padang memuqaddimahkan acara.


berduyun duyun pak pikir cerdik pandai mengolah semula sejarah yang dah 54 tahun gua anuti.sampai gua rasa macam ilmu sejarah gua sebenarnya sesat.


sesapa yang dapat A1 subjek sejarah masa PMR dulu.lu tak payah nak kerek sangat la.sebab pada gua lu sebenarnya fail.ha.....ha.....ha - gurau biawak,2011





leg note : lu ngan gua sekali sepatutnya kena repeat balik paper sejarah,kot!

Thursday, September 8, 2011

terbalik hari

takde yang bestnya entry ni.cuma gua nak tuning balik sifir siang malam gua ni ke asal.dah sebulan gua main keje malam tidur siang.skunk gua nak dia jadi normal macam orang keje gomen.berbulu betul gua tengok dorang tak penah langsung keje tengah malam.ke ada?pakgad gua tak kira!

raya ke 7 baru gua dapat beraya full version punya.sebab masa gua sampai umah dah pagi raya.gua nak solat raya tapi imam kat madrasah umah gua agaknya tak tahan nak membedal kueh raya orang kampong maka solat jadi awal tak seperti yang gua jangkakan.gua cuma sempat dengar imam bagi salam je.macam biasa,songkok baru gua tenung dalam dalam.gua letak atas tivi buat frame.nazak lagi solat raya gua tahun ni.

raya 2 gua tido seharian.sambil sambil melayan kanak kanak ribena datang umah gua.gua punya tido belum qadha sepenuhnya.jadi gua layan bebudak sambil tido.baru je bagi salam dah mintak duit raya.gua bangun gua luku kepala sorang sorang.tak matured punya budak.gua suh makan dulu,duit no 2.letih nak melayan.nak arapkan mak gua ntah kemana.adek adek gua pun ghaib pagi buta lagi.

raya ke 3 gua balik kampong sensorang.sebab kazen gua yang paling rapat ngan gua nak kawen.dia punya kenduri gua yang kena conduct.gua dah macam kembar dia dari kecik.dari misi selection lembu,decorate bilik pengantin sampai lah ke event cuci periuk kawah.raya ke 4 kenduri sebelah pompuan.raya ke 5 sebelah laki.

malam raya ke 5 pakcik gua nak gerak ke kl satu family.eksiden plak tengah jalan kena langgar mat motor.pecah cermin kanan.side mirror patah.tayar kanan bocor.body belah kanan lekuk.dari buat report sampai ke repair balik keta jadi cantik skit dari lepas eksiden gua jugak temankan.raya ke 6 gua abes kat kedai cermin,aksesori keta,kedai tayar dan bengkel ketuk body.maghrib baru setel.gua agak campor tolak tido gua masa tu dua ke tiga jam je.

nak jadi cerita malam tu jugak gua kena gerak dari kampung naik kl.ambik keta yang gua pakai masa meniaga bulan posa bawak balik ke kampung.sebab ada stok baju yang gua tinggal dalam keta nak kena return balik.duit tu.follow je la gua ni.mata gua dah hitam.gua tilik cermin lepas mandi masa tu sebijik muka gua macam ungka.mata dah kelabu,memang spesis beruk je la yang timbul.takdenya brad pitt ke orlando bloom ke.

sampai kl ntah macam mana,gua bajet bleh la tido tengah hari sampai ke malam.tapi sampai umah kat bangi dekat maghrib.gua sempat tido 4 jam.bangun mandi terus gerak balik ke kota bharu.gua sampai dekat dekat nak subuh.pakcik bongsu gua plak nak gua pegi kedah.tunjuk jalan.gua lupa gua kena antar adek pompuan gua pegi UUM.gua rasa gua punya kepala dah kosong.kalau ketuk dengan spanar boleh pecah dua senang senang je.mak gua yang kesian dengan gua terus offer diri ganti gua dengan syarat gua kena jaga abah gua.gua tak banyak cakap,ON je.pastu gua dah taktau pape pasal dunia sementara ni.gua dah separuh ke alam lain.








best sial tido!