Saturday, October 31, 2009

Perangai manusia dalam peperiksaan

Dalam dunia ada macam2 periksa.atau mudah sikit nak taipnya exam.tak kira exam nak lulus amek lesen,exam nak naik pangkat atau exam nak lulus temuduga.jenis2 manusia yang menduduki exam pon macam2 gaya dan telatah.aku baru lepas exam,final exam ekceli.berada dalam dewan sebesar2 umat kau dapat lihat macam2 pesen.

Pesen 1

Jenis yang suka keluar pegi tandas.baru start nak jawab soalan no 1 da rasa nak pegi tandas.samada isi perut nak terkeluar sebab brekfes ngan roti cicah neskepi atau makan nasik lemak pedas gila babi kat gerai selekoh masjid.selalunya skorer dalam exam.selalunya lah.

Pesen 2

Yang jenis kejap2 tunduk bawah tengok kaki.apa ntah dia tengok kat bawah.anu dia terkehel kot.jenis ni selalu nya skor jugak dalam exam.kahabar angin mengatakan jenis ini mempunyai belaan di celah2 kangkangnya.

Pesen 3

pesen ni agak slumber.ketas jawapan ngan ketas soalan macam sama je bagi dia.30 minit pertama adalah masa untuk gelabah.kemudian diisi dengan tido di atas meja.30 minit terakhir kemudian gelabah sekali lagi.ni jenis tak baca langsung.

Pesen 4

Kejap2 leher jadi panjang.ukuran panjang nya bergantung kepada jarak meja kawan di sebelah2 atau di depan.kalau panjang ke belakang jodohnya sah2 kena halau keluar dewan peperiksaan.ini jenis study tak khusyuk.dalam kepala banyak benda musykil dan serba salah.

Pesen 4

Mata liar.tengok ketas jawapan member sebelah macam nak telan orang.dah la tulisan member kecik2.jadi tepaksa juga kecikkan mata sekali,kalau tak kompem tak paham apa member tulis.ini jenis study tak abes topic.kalau kantoi ngan pegawai periksa pon takpe lagi sebab takde bukti.

Pesen 5

Jenis ni agak bising.itu pun dengan member yang dia kenal je.dewan exam selalunya senyap sunyi.takat bunyi belek ketas ngan bunyi pensel tekan tu biasa.ini jenis yang suka ‘’pssst’’ orang.samada nak suruh member angkat ketas jawapan atau bagitau jawapan( dalam bahasa isyarat yang dah dipersetujui )kat dia.

Pesen 6

Jenis otak genius.baru 15 minit menjawab dah susun2 ketas dan segala jenis pensel atas meja lalu hantar.pesen ini boleh menyebabkan seluruh warga dewan angkat kepala dan sebut “pehh,terer sial” kepada beliau.situasi ini juga mungkin bagi orang yang masuk exam dengan sejuta tawakal dalam hati tapi tak study.biarkan.





leg note : ahhhh

Wednesday, October 28, 2009

nak mandi pon payah(entry takde air)

tepat pukul 5 petang.aku dah redi tunggu kat tangga rumah nenek aku.dengan berseluar pendek.baju gambar spiderman,aku fokus menanti munculnya bayang2 kema.lain2 geng dan budak2 kampung sebelah dah ade kat tempat yang dijanjikan.sikit punya lama aku tunggu.tunggu bas pon tak lama macam ni.

petang ni akan jadi peristiwa bersejarah bagi budak2 kampung aku.perancangan dah lama termeterai.wang hadiah dah bagi 50 sen sorang.tu pun aku mintak kat pakcik aku.aku takut nak mintak kat nenek.sah2 makan ranting kayu.itu belum masuk pakej kena leter sehari suntuk tanpa henti.hadiah piala pulak biyan(penganjur)dah pegi beli pagi tadi.dengan beskal pujaan biyan yang beliau modified dengan barang curi,awal2 pagi dah berkayuh pegi kedai weng.sape dapat nombor satu maka dapatlah piala yang cantik tu.nombor dua ngan tiga dapat jugak piala.tapi kami buat sendiri ngan tanah liat sungai.ada skit macam world cup punya piala la dia punya design.kami buat dengan seluruh jiwa raga kesukanan.sumpah buruk!

air sungai tengah naik.almaklum sekarang musim hujan.duduk dalam rumah hari2 memang lah membosankan bagi budak jahat macam aku.lagi kalau kena mengaji pagi petang.tak buat berbirat lah badan.setakat ranting kayu pokok langsat aku dah imun.kalau batang kayu api besar lengan itu memang aku takut.tapi hari ini kebetulan nenek aku sibuk.ntah ape benda hal orang tua.aku tak campur.

air sungai mengalir laju.cuaca menunjukkan tanda2 normal.time hujan gerimis ni lah waktu yang sesuai.calon2 yang bertanding untuk wakil kampung aku 7 orang.kampung sebelah 7 orang.aku wakil nombor 3.sambil2 tu aku try jugak intai2 kat hujung jambatan.kot2 la kalau nenek aku ada terpacak kat situ.tertengok cucu dia bakal jadi atlit terjun papan anjal tak ke mampos.peristiwa kena libas ngan buluh sebab menggagau udang galah kat sungai tahun lepas datang balik.dia punya takut sampai aku nak naik rumah pon kena tunggu tengah malam,time dia tido.masa panjat tingkap dapur nak masuk rumah aku tersepak periuk atas meja dapur.bersepai gulai kuning ikan masin feveret pakcik aku.tu pasal kena la aku kena libas.tang tu jugak.owh nenek....

aku tengok bawah jambatan.ni kalau terjun ni ada la dalam 5 saat baru cecah air.ahh benda kacang.hari2 aku lompat dari jambatan ni.itu musim tengah kemarau.air tengah cetek.ni kan plak musim air hulu naik.langsung tak wujud tanda2 ketakutan.yang horror nya pas lompat kena berenang lawan arus.sape paling jauh pegi dia la yang menang.mulanya aku was2 jugak,tapi kalau menang dapat wang hadiah 5 ringgit.besar beb.aku tak kebulur sangat piala biyan beli tu.aku rasa lagi mahal piala yang pakcik aku susun atas meja dia.macam2 jenis.sampai aku pon dah tak larat nak telek.

last2 yang aku dapat batang kayu nenek aku jugak.kena hayun dua tiga das.5 ringgit ntah kemana.sape menang pon aku tak tau.tengah tunggu turn nak terjun pakcik aku datang suruh balik.
anak harun mana ntah yang report kat dia.mulanya aku tahan taknak nangis tapi macam cilanat keluar jugak air mata.budak kan.dua tiga hari pastu nenek aku tukar kepala paip biasa kepada paip shower.kononnya supaya aku tak pegi mandi sungai lagi.rasa macam mandi kat hotel 5 bintang.lagipun zaman aku tu aku rasa yang pakai paip shower ni umah orang kaya2 je.seminggu jugakla aku tinggalkan aktiviti feveret aku tu tapi lama2 bosan.aku rasa aku boleh kena parkinson kalau tak mandi sungai.nenek aku pon dah tak larat angkat kayu.kalau dia tengok aku balik umah ngan mata merah2,tau la dia aku baru lepas pegi.tak kuasa dah nak marah.

sekarang dah takde budak2 kampung aku yang mandi kat sungai tu.yang pegi buang sampah ade la.bodoh betul!






leg note : bangun tido nak mandi.bukak paip air tak keluar.notis takde bagi.rupanya kolej takde air dari malam sampai ke pagi.rasa macam haram jadah time tu jugak.baru la aku teringat betapa senangnya dulu kalau aku nak mandi.




Monday, October 26, 2009

kesempatan yang sedikit jarang ada

hampir sebulan mungkin.jaringan network di sekeliling tempat kediaman menghadapi masalah.walaupun bukan semua penempatan wireless nya suck tapi tempat aku paling teruk and very2 asshole.asshole tu macam lubang jobor la gamaknya.jadi hari2 kehidupan kini cuma tidak belayar tenet je lah.itu saje yang kurang dalam hidup kini.dan agak rasa macam haram jadah jugak la.uspot madafaka basted!

pagi nanti sudah start first paper final exam.dan lagi tiada minggu ''study week''.kenapa mesti sebut minggu study week ah?macam minggu minggu study la kalau diterjemah dalam melayu kan.pedulikan.anak harun mana la yang makruhkan study week ni aku tak tahu la.yang nyata aku tiada masa untuk revise langsung.kau ingat kalau masuk exam kepala kosong jawapan aku boleh betul semua?ntah2 kertas aku dulu kau campakkan dalam tong sampah.ini marah secara rawak.jadi kau tak akan tahu siapa yang aku marah.harap maklong!

lagi mencester united.kalah lagi.loser macam bapok.lain kali kalau dapat bola terus counter attack sampai depan pintu gol,gelecek skit sepam dua pastu rembat laju2.taktik halus macam tu pun nak kena aku ajar jugak ke.bodoh la kau ferguson.bape kali dah aku cakap ko campak je barbatov.kau ngan dia suka layan bontot agaknya.3 kali repeat 3 kali jugak ko kalah.aku ade jugak syak Torres ngan Ngog pakai ilmu hitam Niyang Merepek.gol tak cun pon.biasa2 je.kekalahan paling bangang penah terjadi dalam sejarah Man United vs Liverpool kot.naseb la aku da tukar team lain.takdela malu sangat.sian kat paeh almegico ngan aloster.kau duduk semeja ngan fan liverpool yang 5 kali ganda lagi ramai memangla sakit jiwa dol.aku ade sedikit kecewa jugak lah.sedikit.


owh,harap2nya maka bapak aku ade mendoakan kejayaan anaknya nan satu ni.semua yang masuk U la.nak final da kan.

Gud Luck lah.insyaAllah selamat!







leg note : 1st gol Liverpool semua jerit macam syaitan.3 kali ulangan gol yang sama selepas tu pun masih lagi bersengaja jerit macam syaitan.memang anak buah syahitan merah.anak harun!

Thursday, October 15, 2009

payah benor kalau jadi abang

adik pompuan aku.sudah kawen,ade anak sorang.boy,bukan nama dia.maksud aku bayi laki.nama anak dia syed mohd amin.akan hensem dan bijak macam aku jugak bila besar nanti.sebab kecik2 lagi dah kiut miut.lusa adek pompuan aku akan berpindah kerja dari kelantan ke kota kinabalu.jauh benor.

petang tadi dia mesej nak jumpa kat alamanda.janji melayu pukul 9 malam.laju je aku setuju,sebab bukan jumpa saja2.ada extra date,dia nak belanja main bowling.dia blum tau bro dia ni ade tangan sakti khas untuk men bowling.macam tangan penjejak awan cap tatu unikorn.cuma aku punya takde tatu.tahik lalat ngan bulu roma banyak la.

jam 8 aku da siap siaga.pakai kasut kickers.sembur deodorant baru beli.pastu pegi curi sweter wan.tunggu dia mesej je dah sampai ke belum.dia cakap nak mesej dulu kalau nak gerak.aku turun bilik kassim beli rokok sedap.sebab rasa macam lama lagi je nak pegi aku isikan masa dengan layan game dota.pakai dua hero dua penjahat gila babi punya susah nak lawan.pc fudail takde speaker jadi kena pakai earphone.sumpah tak dengar pape melainkan bunyi laga pedang ngan suara penjahat mati.

memang syok abes main menatang tu.


sejam lebih kemudian.......dekat2 jam 10
ade 8 miskol.3 mesej.

mesej 1 "long,datang tak ni?aku da sampai"

mesej 2 "long,kalau datang terus pegi kat bowling ek.kami pegi ramai2 ngan family abang ipar sekali"


mesej 3 "kau cakap nak datang,lama gila aku tunggu.aku kol pun tak angkat.last2 laki aku yang ganti ko main.nasib baik aku pegi ngan family abang ipar.kalau tak ngan amin ni sekali aku gelek.huh"



aku reply "nik,aku tertido"







leg note : betul lah hiburan tu melalaikan(basuh baju)




Wednesday, October 14, 2009

mat nor 1



mat nor baru masok darjah 1 tahun ni.dulu mat nor tak penah sekolah.mat nor tak kenal apa itu tadika.mat nor jarang keluar rumah.mat nor bukan anak yatim.mat nor masih ada mak bapak.buktinya dalam surat beranak mat nor ada nama bapak ngan mak dia.bukti sahih lagi satu ialah ade seorang pakcik tua dan makcik tua yang salu panggil dia dengan panggilan 'nak'.jadi mat nor pikir itulah bapak dan maknya.otak mat nor tak la pandai sangat.tapi mat nor reti kira 1 campur 1 jadi 2.mat nor tahu kalau jawab 3 memang sah sah salah.mat nor sedar dia bukan bodoh.cuma mat nor ade sedikit masalah pemikiran.mat nor cuma obses untuk berfikir macam orang dewasa.mat nor sendiri pon tak tau macam mana dia boleh berfikir sebegitu handal.mat nor tengok mak bapak dia tak la hebat sangat.keje kuli.tanam sayur je pon.kalau mak bapak dia peguam ke doktor falsafah ke paham jugak kenapa dia jadi camtu.tapi mat nor tak kisah.mat nor tau Tuhan tu Maha Berkuasa.

mat nor tak keluar rumah bukan sebab mat nor takde kawan.kawan mat nor sangat ramai.semua orang suka kawan ngan mat nor.tapi bila kawan2 sebaya mat nor ajak tangkap cicak,mat nor tolak.bila kawan mat nor ajak mat nor pegi laga ikan,mat nor cebik.bila kawan mat nor ajak mat nor main konda kondi,mat nor tak minat.mat nor lebih suka dudok rumah layan astro.umah mat nor ade astro.channel bersepah2.mat nor tak tau mana mak bapak dia cari duit bayar astro.mat nor tak penah tanya sebab sikap mat nor cuma suka berfikir sahaja.mat nor suka tengok channel sport ngan discovery channel.semalam mat nor tengok bola,manchester united lawan manchester city.mat nor kenal sapa itu barbatov.mat nor tau robinho punya skill boleh kasi city menang.mat nor paham kalau pengadil angkat kad merah tandanya player tu main kasar dan kena buang padang.walaupun mat nor tak paham omputih tapi mat nor boleh pikir seperti orang dewasa pikir.itu lah kelebihan yang mat nor ada.

kadang2 mat nor pikir kenapa bumi ni bulat.kenapa tak 3 segi.kenapa bentuk bumi tak macam rumah yang dia duduk.itu mat nor pikir masa tengok discovery channel.mat nor hairan walaupun bumi bulat tapi manusia yang duduk kat bawah tak jatuh ke angkasa raya.mat nor baru tau bumi ni ada graviti.mat nor ingat kan nanti dia besar skit dia nak pegi travel kat bumi yang bawah tu.mat nor nak tengok dia jatuh ke tak kalau duduk situ.rupanya sama saja.jadi mat nor kensel kan rancangan mulianya.


bersambung.....

tips paling mudah kalau kau nak melancong


aku baru register blog kat nuffnang.baca sikit2 apa sebenarnya bende alah ni.angguk sikit2.perkataan owh banyak keluar selepas itu.bijak jugak kepala hotak timothy buat mende ni.contest yang dorg iklankan tu macam agak best.itu pun aku tak ketinggalan untuk register.dah takde bende aku nak buat.buang masa demi masa depan yang gemilang masuk contest pon bijak jugak kan.aku cadangkan korang pon join la buang masa macam aku buat ni.1 sen pon tak rugi.kalau nak la.tak paksa.

kontes(aku melayukan)ni pasal 1 kapsul masa yang kau boleh letak apa saje benda yang kau nak survivekan dari celaka 2012 yang akan tiba dalam kapsul tu.banyak mana aku tak tahu.aku tengah upload dan simpan.banyak jugak aku taruk.dari ubat gigi sampai lah ke kain lap kaki.aku nak letak sejadah tapi macam menganjing kat tokey kontes ni plak.lagipun isu2 sensitif ni bakal merosakkan luck aku untuk menang Grand Prize.agak nya la kot.

okeh,sasaran aku cuma saguhati je(olok olok).jadi aku letak segala jenis benda yang bila tokey kontes tu tengok dia akan cakap "this is super duper crazy things and very nonsense"dan mendelete terus kelayakan aku untuk bertanding walaupun baru di peringkat saringan.pegi mampus lah.









leg note : baru letak 2 gambar.gila saspen!







Monday, October 12, 2009

kerna dia aku plak yang merana

GANGGUAN PERKHIDMATAN USPOT

INFO: Gangguan Perkhidmatan Uspot

Kepada semua pengguna Uspot, dimaklumkan bahawa perkhidmatan ini akan mengalami sedikit gangguan secara tiba-tiba sepanjang tempoh bulan Oktober ini disebabkan masalah teknikal pada 'provider internet' TM. Dalam tempoh penyelenggaraan tersebut, pihak Uspot mohon maaf atas kesulitan yang berlaku. Sekian






leg note : aku nak lari dari sini!!

Saturday, October 10, 2009

jenis manusia yang kau rasa nak sepak

waktu : 21.00 malam.semalam
pelakon awal : 6 orang
pelakon tambahan : riot ramai2

tiba2 bunyik mesej kat henset

"us,turun bilik iman jap.ada hal nak bagitau.kami sume kat sini"

ada sekor mamat.berketurunan apek.non muslim.lagi buat hal ngan orang melayu macam kami.basted gila babi.bilik sebelah sebelah je pon ngan iman.ade ke curi duit orang.kantoi plak ngan cctv ciptaan iman.memang superb.terang2 nampak cina buncit tu yang ambik.gila saspen cite ni.macam cite jemsbon 007.ni dah setaraf 008 bagi aku.baru aku tau iman ni seorang pemuda yang berteknologi.

mula2 tanya kompem lah tanak ngaku.nua memang layak jadi cikgu.soalan tahap muet dia tanya.memang payah nak jawab.jadi kami bawak budak tu pegi bilik iman,baru syok nak terajang ke hapa ke.kasik apek tu sendiri tengok video klip beliau sedang angkat bekas berisi duit dari bilik iman.sebijik beliau,seluar yang sama dan masih lagi dengan tidak berbaju yang sama.tak mandi ke cina bodoh ni?hilang plak selera nak terajang beliau.

(aksi ganas di skip kan)...................................


maka,setelah pihak kami selesai dan puas hati.beliau yang masih lagi boleh di cam mukanya sebagai apek cina dibawa ke tengah2 blok.10 minit kemudian penuh dengan orang2.yang mana hilang henset,hilang laptop hatta motor sekalipon mencurahkan segala kemarahan kepada apek tersebut.yang hilang barang tahun2 lepas pon dikambing hitamkan kepada beliau.sungguh sadis nasibnya.tengah2 stim membuli beliau datang plak UTK upm aka pakgad haram jadah.oleh sebab dari jauh lagi dah nampak pakgadnya aura biru dari kete maka seramai2 yang riot tadi 'taruk' sikit sorang untuk kali terakhir kepada apek tersebut.sebelum beliau dibawa oleh pihak UTK plak untuk disoal siasat.iman pon kena ikut sekali.bagi keterangan.



30 minit kemudian.iman pulang dengan muka tak puas hati.
"pakgad lepas gitu je apek tu.aku plak yang disalahkan.buat tindakan sendiri pasang cctv.babi tol''






leg note : mcam cibai kan?







Thursday, October 8, 2009

malang yang berbau

first time dalam minggu ni bangun awal pagi.bukan aku suka tido tapi da memang kelas start tengah hari.apa jadahnya aku nak pegi awal2.basted.owh,tapi hari ni bangun awal sebab ade hal.tak penting tapi aku buat2 penting supaya tak tertangguh lagi setelah dah seminggu lebih aku postpone.

tengah2 mamai aku amek tuala terus pegi tandas.masa pandang cermin nak gosok gigi aku tengok wajah aku selepas bangun tido.memang hensem.patutla ramai bapok syok kat aku.najis.

da letak ubat gigi aku gosok gigi pelahan2.masuk gear dua nak tenyeh lagi dalam kerongkong tetiba.....prap!aku punya berus patah dua.bodoh betul tenaga batin aku.aku baru je beli berus gigi tu bulan lepas.







leg note : belilah berus gigi yang ori


Monday, October 5, 2009

ketika bulan mengembang.tipu sungguh

sekali sekala matanya melirik merenung jam.bunyi deruan kipas kuat kedengaran.mau tak kuat.nombor 5 beb.di sana sebatang tubuh lain sedang enak dibuai mimpi barangkali.eyh,bermimpi ke dia?pegi mampus.biar dia enak2 bermimpi.mana tahu dia sedang melayar bahtera dengan aweknya.mungkin dalam proses foreplay.haha.bangsat.

tangannya meraup muka.cis,berminyak.ini lah jadahnya kalau tak cuci muka.mata semakin layu,namun otaknya kuat mengolah menafsir sesuatu.alangkah indahnya kalau di waktu hening begini tengok cite blue.barua sungguh.astaghfirullahal 'aziim.jauh2 dibuang niat buruk itu.

seketika dia memandang ke tingkap.gelap dan sepi.pantas dia melihat semula ke hadapannya.ketakutan barangkali.jari2nya pula menggaru di kawasan yang gatal.sangat syok.berulang kali nafas di hela untuk membetulkan tune nafas.agak sesak terasa dalam dada.owh,hari ini kurang berasap,patutlah pernafasannya tidak sekata.

kemudian dia terdengar bunyi ngauman singa.makin jelas.makin kuat.dari mana pulak datangnya.di hela pandangannya ke arah tingkap.di amati betul2.babi la,budak2 bangunan sebelah tengok movie.anak harun.


jam rumetnya berbunyi.sungguh buruk dan dahsyat alarm yang rumetnya set kan.orang mati pon boleh hidup balik macam tu punya alarm.jadi,dengan sifat kerukunan dan silaturrahim sesama rumet.dia pegi matikan.mana mungkin rumetnya akan senang2 bangun kalau sudah bersetubuh di alam mimpi.jadi tutup henset lah,tak la mengacau dia kan.


akhirnya,aku baru mahu tidur.sekian wassalam.





Sunday, October 4, 2009

entry ini tiada tajuk.cuba bayangkan ianya tiada

pernahkah ini terjadi kepada kamu?tiada sebarang buah fikiran untuk buat entry tapi aku nak jugak menghasilkan paling bangsat pun sedikit.jadi aku cuba paksa diri untuk buat dan aku sendiri mau tengok adakah entry paksa diri ini jadi bodoh piang atau biasa2 saja.

(masih lagi tiada idea)jadi aku tulis apa yang sedang aku fikirkan sekarang.owh,pasal ex gf aku yang khabarnya mau datang semenanjung bulan ini.hari2 aku berkira2 bila dia akan sampai dan apakah yang akan berlaku jika dia ada disini.patut jumpa atau tidak.atau buat taktau sahaja.

aku sedang memikirkan masalah kewangan yang aku hadapi.dalam wallet cuma ada 2 ringgit.syiling dalam poket ada 70 sen.jadi esok aku cuma dapat makan nasi tengah hari berharga 2 ringgit.bakinya untuk beli rokok sedap(danhil).masalah seterusnya ialah bagaimana dengan hari selepas itu.harap2 baki dalam akaun bankku boleh beranak pinak.setel problem mungkin.

aku dalam halusinasi angan2 untuk menjadi orang kaya yang amat pemurah.ini disebabkan keadaan serba kekurangan yang aku alami sekarang.

aku masih lagi bingung kenapa belum ada lagi idea untuk menulis.betul2 palat








Thursday, October 1, 2009

klasifikasi untuk kaler biru

sudah lama tidak tengok laut.duduk2 atas batu dan tengok ombak.sambil2 tunggu sedikit malam untuk lihat matahari terbenam.aku terbiasa begitu waktu belajar di bintulu dulu.agaknya 3 kali seminggu aku pegi.sebab dekat ngan pantai.mula2 pegi 2 orang.bila da tinggal sorang pegi sorang2 plak.masih lagi pegi,cuma seorang diri jelah.



ombak masih lagi begitu.lautnya juga masih lagi biru.anginnya saja kadang kuat,kadang lembut.kebiruan laut biasanya boleh kasi hati aku tenang dan hanyut.walaupun stimnya tak sama macam isap rokok lepas makan tapi ada juga terasa.sedikit.apa yang akan kau lihat dari jauh adalah 1 garisan lurus dari timur ke barat.ia semacam melihat satu wayang gambar tentang kelakuan awan.angin yang bertiup membantu memberi ilusi bagaimana awan itu terbang.dan ombak mengeluarkan ifek kepada seluruh suasana itu.hebat bukan?



kadang2 waktu hendak balik aku bersaing dengan kebanyakan orang atau kapel yang sama2 hendak pulang.mungkin mereka juga merasai suasana hebat seperti yang aku rasa.itu pun sudah dekat2 jam 8 malam.lantak lah kau.dalam 10 tahun atau 20 tahun lagi pun,kalau aku masih hendak tengok laut dan matahari terbenam macam dulu,tiada apa yang akan berubah kan.air masih lagi biru,ombak masih lagi berbunyi,garisan itu tidak akan putus dan wayang gambar itu masih lagi berceritakan cerita yang sama.




leg note : jarang aku tenung hutan hijau lama2.seram