Sunday, August 28, 2011

entry apa lagi.takkan gua nak cite pasal bestnya berhubungan kelamin.mestila pasal raya!

isi yang hebat biasanya wujud ekoran daripada tajuk yang juga hebat.gua rasa tajuk entry gua ni paling hebat sehebat isi yang gua nak taip ni.

gua malas nak mantion nama lu sume.gua lagi malas nak letak gambar ke letak kad bunyi lagu sudirman balik kampung ke.tahun ni gua buat ringkas je.ringkas tapi hebat.

selamat hari raya!kepada semua muslimin dan muslimat blogger/follower gua.apedehal lu wujud ke tak.gua peduli apa.lu baca je.pastu lu doakan la gua sikit.tu je gua mintak.

tahun ni gua balik kampung pagi raya lagi........................


leg note :perghh,gua memang hebat gila!


Saturday, August 20, 2011

good ke not good

semua orang nak jadi lebih baik dari sebelumnya.kalau masuk periksa mesti nak grade lagi bagus.sebelum ni sikit lagi nak kena rijek U.kalau merempit mesti nak menang dapat habuan body yang cun buat geli geli.sebelum ni body awek sebijik tong sampah.kalau orang keje mesti nak dapat anugerah pekerja mengular terbaik.tahun lepas dapat anugerah pekerja paling malas.kalau tikam nombor mesti nak 1st prize nombor 4 kali terbalik sume kena.sebelum ni kena saguhati je,tu pun duit kasi anak bini makan tak sampai seminggu habis.


macam orang puasa.mesti orang nak puasa penuh dan lebih banyak barakah dan lebih banyak amalan.sebelum ni sikit je buat.tahun ni buat lagi banyak pahala.kaw kaw.



tapi gua..........



makin susut.graf gua makin menurun.mungkin dah jadi negatif.bila pikir banyak banyak gua rasa macam bleh kena histeria!

Wednesday, August 17, 2011

the fairy tail of chemomoi

habis basah lenjun baju gua bahana tutup kedai.rasa nak meletup buah pinggang.tiap tiap malam gua macam tu.lepas angkut barang masuk gudang gua terus pegi kedai mamak ayam goreng tawar kena sound jadi masin.makcik tu memang dengar kata.

''gud gurl''kata gua kat makcik tu.beliau sengih sengih malu dengan gua.menjadi jugak ayat jiwang gua kadang kadang.

balik rumah baru gua nak lelap mata,kazen gua kol.

''bro,amek gua kat sini bleh?lu ganas kan.bleh la.bleh la..''

gua letak henpon,amek kunci keta terus pecut ke temerloh.hilang rasa nak lelap gua tadi.gua sampai je temerloh jam 10.30 pagi.gua lencong ke kedai jenal.gua seru nama jenal 2 3 kali.gua nak tukar bearing kompreser ekon yang barai.bunyi bangsat cing cing cing macam keta drift.malu gua.gua tinggal keta,pakai keta jenal balik rumah dia.mandi sepukul,kasi segar badan.panas tak ingat.masa mandi gua rasa air paip macam air 7up.sejuk dan sedap.

sejam selepas kete gua dah siap.gua terus tuju ke hospital felda chemomoi.kalau tak demi stok bisnes gua dibawa sampai ke situ,tak hingin gua nak drive jauh jauh.waktu dah tengah hari.tekak gua dah haus.perut mula rasa lapar.kalau dapat kena sebatang danhill sedap jugak rasa.tengah syok gua drive sepanjang jalan sawit.depan sana ada budak budak muda tengah lepak tepi jalan tengah panas.

sekali gua lalu........


perhh,asap bentuk love.air pepsi di tangan.siap mangkuk sekor sekor tengah bedal nasik bungkus.gua agak mesti lauk ayam goreng kuah kari.


''celaka,heaven betul kampung ni''kata gua dalam hati.

Thursday, August 11, 2011

cerita selipar

pukul 9 pagi perut gua dah start lapar padahal gua dah cekik nasik mamak masa sahur tadi.lauk ayam goreng tawar nak mati.kejadian benar,gua pegi sound makcik indon tukang goreng ayam tuh.

''esok pagi gua sahur nak ayam goreng gua masin.paham?nak masin,lu kena taruk garam.jangan tabur jintan putih plak..''marah gua ke makcik indon.gua ramas ramas tulang ayam tawar yang gua makan tadi depan makcik tu.supaya ifek marah gua tu nampak kena.real.

makcik indon terkulat kulat terkebil kebil mata kelip tak kelip tak depan gua.gua blah dengan muka masam.esok gua nak tengok hasil sound gua macam mana.kalau tak makan jugak maknanya lusa gua sahur dengan roti je.

berbuka gua adalah di masjid atau madrasah sekitar cheras.mana gua singgah situ lah tempat gua berbuka atau dalam bahasa spain nya makan free.sume tempat gua singgah menunya mengalahkan gua makan di hotel 2 bintang.kalau 3 bintang tipu sangat gua rasa.alim betul warga kl tabur duit ke masjid bulan ramadhan ni.

yang tak alimnya yang rembat selipar gua.barua mana la perangai macam shaitan.shaitan pun tak pakai selipar.gua baru rasmi sehari.sampai kl je gua terus beli.gua beli sebab selipar lama gua hodoh macam tapir.masa pakai kat kampung nampak cantik.tapi bila sampai kl selipar lama gua jadi tak cantik.heran jugak gua.tu pasal gua beli selipar baru.terpaksa gua beli selipar yang lagi baru dari yang hilang.


Tuesday, August 9, 2011

maaf

udah gua bilang.tak menyempat gua nak sebar dakyah dakyah sesat ajaran gua pada lu lu sume.ni pun gua online sambil sambil gantung baju melayu.tangan kiri iron baju.gua taip pakai ibu jari kaki je ni.terer kan gua?

yang rasa nak beraya pakai baju melayu baru datang je kedai gua.downtown cheras je pun.dekat la kalau lu duduk serdang.kalau lu dok shah alam memangla jauh gila.jadi jangan la tanya.ada 6 ke 7 kedai baju melayu kat sana.kalau kebetulan kena kat kedai gua untungla lu sebab gua jual mahal nak mampus.cekik darah dan harga tak munasabah.sila.sila ke kedai gua.

okeh,anak anak kuli gua plak nak main fesbuk.kalau gua tak bagi karang masak gua kena hentam.haritu pun gua dah kena carut tak pasal pasal.gua lupa nak beli air je pun.anak anak kuli gua memang baka ganas.takut gua!