Monday, May 7, 2012

8 mei

alhamdulillah

seperti yang gua janjikan nya pun.gua sedang menikmati detik detik hari kelahiran gua yang ke 3 series. dengan cupcake semalam gua beli tinggal separuh simpan dalam peti ais.secawan gelas neskepe petang tadi ada tinggal sisa seteguk dua. itu lah juadah yang bakal mewarnai umur baru gua di kala ini.

tiada kilauan bunga api.lilin cucuk cucuk keliling kek ataupun hadiah hadiah suprise dari sesiapa.cuma sepotong doa yang gua google dan gua akan bacakan untuk kesejahteraan hidup gua sendiri. gua ingin berterima kasih kepada 2 ekor makhluk belaan gua si Danbo dan Android yang setia menemani gua di sore ini(maaf tiada gambar).

sekejap lagi gua akan mainkan lagu Ombak Rindu yang dinyanyikan oleh Hetty Koes Endang diiringi orkestra main-main Tadika Pintar Taman Seroja mengiringi lagu harilahir gua. mohon jangan sumbang.

kepada ayahanda dan ibunda gua tercinta yang berada di kampung halaman. terima kasih kerana melahirkan gua dengan rupa paras dan baik budi persis kome muda-muda dulu. hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian, dan gua akan cuba berbakti untuk kamu sedaya mungkin. =)