Wednesday, June 29, 2011

mula mula

tadi masa tengah hari skit lagi nak masuk petang,tengah gua lepak lepak isap danhil ramai ramai dengan jemaah sealiran gua(penganggur malas).henset gua mendayu dengan iringan lagu monoloque.tu bukan alarm waktu zohor gua,zohor baru je lepas dan memang gua dah terlepas waktu.tu bunyi deringan tanda ada manusia lain di lokasi lain yang menghubungi gua.

gua angkat.gua angguk angguk sepatah dua.gua sedut batang danhill sepam.gua hembus asap ke langit sambil angguk tanda setuju.member member gua diam memberi laluan untuk gua angguk dan geleng tanpa bicara.gua letak henpon masuk dalam poket gua.rokok gua hempas ke bawah.gua pijak pijak gua tenyeh dengan tumit selipar kasi mampus.

''gua blah dulu.ada hal dekat bandar''kata gua kat member member gua.gua terus cau tanpa bayar air oren segelas yang gua order tadi.takpe,tu kedai member gua.dah lebih sejuta kali gua buat.takkan yang ke sejuta satu kali tu dia nak berkira ngan gua plak.kan?kan?

gua masuk rumah mandi salin baju solat zohor.gua sembur perfume gua baru beli.adek adek gua sume tutup idong.senak bau dia.

''dah bau dah.datang dah bau baja'' kutuk adek gua depan depan.gua malas nak amek port.bagi gua tu lah bau perfume yang paling manis dalam dunia.memang manis bau dia.macam gula.gua capai kunci motor terus gua tuju ke bandar.gua dah janji dengan kazen gua.jumpa dekat kedai baju abang din.


pungpangpungpangpungpang sampai pukul 6 petang.baru abis meeting dengan abang din,kazen gua,anak abang din,cucu dia,kastemer abang din dan sume pekerja pekerja kedai abang din.bukan meeting pun.melawak je banyak.kering tekak gua tak terkira.


''ok,nanti lu standby kat sana nanti dengan fifi.gua handle first stock nak bawak naik.second and next trip faiz handle dari sini.lu ngan fifi handle sana..ok?''arah kazen gua.

''ok.ok.gua dah paham.nanti lu bawak faiz datang sini lagi lah.gua nampak dia tadi macam blur blur je.part gua,gua setel awal awal'' gua cuba membalas secara berdiplomasi dan meyakinkan.


''ok,cantik'' balas kazen gua.


gua start motor terus balik umah.asar gua dah terbang jauh.
gua terus pecut motor laju biasa biasa.


''kain lavenzi,kain emperior armani,kain silk,kain pearl skin,kain valenci,kain sakura,kain....kain apa lagi ahh...........arghhhhhhhh,nanti sampai sana lah gua hapal balik.puasa lambat lagi...''












leg note : masuk ni dah 3 kali puasa,nak ingat nama kain pun gua terbabas lagi.mampus!


Friday, June 24, 2011

teleskop hati

eh

eh

gua kan..gua rasa lain lah feel gua se jak dua jak ni.tak tahu lah gua kenapa.tapi gua rasa macam angin perubahan gua dah mula nak masuk tahap ribut taufan.biasa level rendah je.setakat angin lembut gitu gitu je.gua punya sensitiviti,gua punya tafsiran,gua punya pecakapan dah lain.bukan gua pandai cakap inggeris pun,tapi gua perasan kalau gua nak becakap dengan orang gua banyak dengar dengar dulu.lepas tu baru gua fikir gua nak masuk line.luahkan skrip gua.lepas tu gua fikir lagi baik gua takyah becakap langsung sebenarnya.dari situ orang kadang kadang pikir gua bisu atau memang tak reti berbase melayu.ye,gua tau lu tak paham apa gua tulis.tapi gua tanak berenti tulis sebab nanti takut gua lupa.

gua dah dewasa.gua cakap bukan sebab gua nak tunjukkan gua ni macam ni macam tu.gua cuma nak sedarkan diri gua bahawasanya gua dah melebihi remaja.gua dah takleh nak lebalebo sana lebalebo sini.gua dah tak larat.sebelum ni gua berasimilasi dengan ruang lingkup hidup manusia di sekeliling gua.gua takleh nak buat kepala sendiri sendiri.nanti gua jadi kacip dan jem kepala otak sebab berkawan dengan dinding dan laptop.jadi gua cuba menjadi diri gua yang terkebelakang dari segi mentaliti dan usia.sebab mindset gua,kalau gua nak happy,gua kena join orang happy.kalau tak gua jadi robot buku dan tahik skema.dan orang yang happy adalah orang yang nakal,gila gila,dan bermasalah.itu yang kepala bana gua fikir pada masa itu.

jadi,bila berada di kampung halaman.gua dah mula kenal orang orang kampung.gua dah tak jumpa kawan kawan gua yang 120 % adalah muda dari gua.sebab depa jauh.dekat kampung variasi nya lain.gua campur sume dengan orang tahap mana sekalipun.budak budak,remaja,baya gua,dewasa dan orang tua tua.orang macam macam disekeliling gua buat masa sekarang.dan gua bukan sengaja pun nak perati perangai orang.cuma memang jenis gua suka perhatikan orang.dan gua akan compare.apa motif gua buat macam tu gua tak tau.


apa pun.gua tak rasa menyesal ataupun lain lain rasa yang tak best.gua cuma rasa gua patut ambik tahu semua perkara pasal gua,keluarga gua,sedara mara gua,kawan kawan gua dan paling utama Allah S.W.T...







leg note : gua rasa paling payah nak belajar ialah bersabar!

Friday, June 17, 2011

bengkel 3 jam

assalamualaikum

gua bukan nak cite pasal ape gua skunk suka buat buat tak ngam ngan blog gua.sampai gua tengah tido pun ade notification mesej yang blog gua otomatik akan send kat henset gua kalau gua lama tak usik dia.kadang kadang ada 10 miskol withhold number yang gua takleh nak detect sape.bila gua angkat je dia senyap.gua syak blog gua boleh berfikir dengan sendiri.macam sistem komputer canggih nama Viki dalam citer I-Robot.tak penah tengok?gua peduli hape...



gua skunk dah lain.gua dah jadi facebooker tegar dimana kalau gua tak bukak facebook dalam sehari badan gua akan jadi busuk macam tak mandi.kalau lu tengok profile pict gua skunk pun memang lu orang akan cakap gua ni anti muka hensem dan anti pose gaya jambu nak mati untuk buat profile pict.yekkk...sebab gua suka pakai topeng skunk.untuk menutup keaiban yang ada pada wajah gua.suka hati gua la kan?harharharhar



pagi tadi sebelum jumaat gua baru abes bengkel 3 jam untuk amek lesen keta.lesen motor gua dah ada.ape kejadahnya gua pegi buat lesen moto 2 kali.bangang tak bertepi orang kata.tu pasal gua buat lesen keta je.kat tempat gua rate dia rm 610 lesen keta sahaja.bengkel sangat boring,baru gua tau.cite pasal minyak hitam,deepstick,kipas,bateri,wiper,tool sume dah ada dalam kepala otak gua.demo pasal gear,brek dan stereng pon gua dah hapal.gua respek brader yang bagi ceramah kat gua tu,sebab lawak dia buat gua hilang mengantuk.cuma gua sedikit hairan,ape pasal dalam bengkel takde pun cite pasal cara cara nak mengejas awek pakai kete kancil?





macam rugi je gua bayar mahal mahal pegi bengkel!

Thursday, June 9, 2011

kenapa

gelisah.gua gigit kuku gua.start dari ibu jari sampai kuku kaki.anak jari kaki yang last tu gua surrender,susah derr..




habis gigit kuku gua korek telinga.pakai sudu mak gua.patah dua sudu tu.gua sorok sudu yang patah belakang tong beras kat dapur.dulu sebab gua calarkan pasu bunga mak gua,3 hari gua tidur berdiri.bontot gua kena libas dengan tali pinggang kepala besi harley davidson bapak gua.tu baru gua calar.





gua keluar pegi depan umah.gua duduk bersila sambil hela nafas yoga.gua cuba untuk menghayati kehijauan sebatang pokok renek tinggi lutut mak gua tanam saja saja.gua bertafakur sambil pejam mata.tak sampai seminit gua kena hon.kete jiran gua nak lalu.kena marah sepam.gua bangkit masuk rumah balik.




jari jemari gua keras.lintar pintas dalam kepala gua bersimpang siur.gua cuma mampu merenung skrin depan gua dengan air mata berlinangan.oh tuhan!














takpelah,esok esok lah gua taip entry ye!







Friday, June 3, 2011

ilmiah-mungkin

mood : sikit mengantuk
lagu : Muah - Suzanne



projek 365

sekarang gua dah jarang amek gambar.errr...tak langsung sebenarnya.menjadi lonely sebenarnya sangat hisap(dimelayukan).gua rasa lonely bukan pasal awek lari pegi main ngan jantan lain.sebab bini gua ikut mat bangla dating tepi tandas,lagi la bukan.eyh,bila masa gua nikah?


gua lonely sebab gua takde kaki yang nak join gua menembak.ade tapi gua ni pemalu lah sangat kalau nak join group.gua da la tak pandai.kira gua ni level bodoh sombong orang kata.belakang parang.kah kah kah.


jadi,inisiatif gua supaya gua slow slow tarik mood untuk tangkap gambar lagi ialah bukan dengan menurunkan harga minyak ye tuan puan.tu kerajaan punya kerja la.apehal plak gua sibuk sibuk nak masuk campor.gua cuba nak meniru kegigihan fotografia yang gua sanjungi ni.beliau dah start lama dah projek 365 yang beliau reka tu.


projek 365 ialah satu projek di mana sekurang kurangnya sekeping foto/hari.mungkin beliau sambil asah skill sambil menikmati keseronokan berfotografi.jadi gua pun nak amek feel macam beliau jugak.TAMMAT!









leg note : lagu Muah memang stim!