Thursday, July 28, 2011

kerana lu kalah

tiket gua ke Rio De Janeiro...kensel


lawatan sambil belajar ke pantai Copacabana..kensel


tag nick name gua tempah nak pakai di Brazil (roberto hanifo)..kensel


usaha mencari isteri berbangsa latin di Clubgoers Sao Paolo...kensel


amek amek gambar sambil lompat buat muka monyet di Iguazu Falls..kensel


menyimpan sposen sehari untuk ke Brazil...naseb baik gua tak sempat kumpul!



Harimau Malaya.kalah pun gua sayang lu lebih.mmuahh!

Monday, July 25, 2011

perihal pagi

2 hari ni laptop gua sangat pailang.samseng bukan main.gua dah kasi kapersky siap dengan malware sekali.tak nak jugak dia.kali ni memang dia kasi gua hangin dari kepala sampai ke lubang pusat.ni pun gua bukak window dan main tenet dalam safe mode.ape benda safe mode?tak tahu,gua main tekan je.

terpisat pisat gua bukak mata sebab tido lambat.mak gua kejutkan gua.ade member gua datang melawat tengah tunggu gua kat luar rumah.memang sapa sapa yang datang umah gua memang akan tunggu kat luar.sebab kat dalam ada anak anak dara tak pakai tudung tengah tengok tivi.kalau yang boleh masuk pun stok anak dara orang lain yang bakal jadi menantu mak gua,lagipun umah gua kecik.malu gua sebenarnya.

member gua baru dapat keje baru.jadi kedatangan kali ni macam biasa nak tunjuk kat gua betapa best nya dapat keje.dengan hilux company tak kasi mati enjin pegi parking depan umah gua.sungguh tahi.gua sampai depan pintu dah nampak dia punya sengih.gua layan lah seborak dua patah.macam mana bleh dapat keje baru.pakai kabel sapa.dan macam macam tuduhan lagi.syahdu jugak gua rasa sembang depan rumah.asap sampah kelolaan mak gua dijadikan prop lakonan untuk gua habiskan sebatang rokok hasil penatlelah pau member.


pang...!..pang..!dum...dum...!..danggg..!tiba tiba tempat mak gua bakar sampah meletop.


dengan tak pasal pasal muka gua penuh dengan habuk sampah.hilux member gua dah berdebu dengan laju.pantas gua berguling sembunyikan diri gua di balik pintu,mak gua dari dapur berteriak dengan lantang.terkejut gamaknya.

''kill!kill!die!die...!Allahuakbar...''jerit mak gua dari dapur.

suasana dah bertukar seperti dikepung seratus askar counter strike.gua intai member gua dari celah pintu.debu yang lebat di luar tadi semakin nipis.

''yahh..yah...haa masuk..masuk..rapat kau..rapat...masuk kalau berani''jerkah member gua sambil berpencak.perhh,gila la anak murid tok guru sabri sekor ni.latah macam kena sawan babi.

''apa tu meletup tadi tu long?kamu main bedil ke?''tuduh mak gua tak berlapik.laser yuuu..

''aik,gua tengah bincang projek juta apa kes pegi main bedilnya.mak bakar sampah kan?sampah mak la tadi meletop''bekap gua.tengah hari macam ni takkan la gua nak main bedil.tak jahat langsung.

''dah yang meletop tadi apa?mak bakar sampah je pon..''sambung mak gua dalam kebingungan.gua pantas meluru ke dapur.mencari punca letupan yang berlaku tadi.plastik hitam yang gua letak sebelah tong beras semalam dah hilang.dah tiada jejak.

''mak..ooo mak..mak buang ke plastik hitam yang gua letak dekat tong beras ni?mak amek bakar ek''tanya gua dengan muka bersenyum kambing.bekkkkkk..

''a'ah..mak bakar le.bukan sampah ke tu?long letak apa simpan apa dalam tu?''


''botol la mak...dalam tu ada botol cencaluk dengan botol cuka.ne tau mak nak pakai lagi tu gua simpan dulu''jawab gua dengan redha.

gua jengok lagi ke luar.member gua baru habis pencak gila nya.bersambung dengan acara hidu baju.


''weh,apehal rumah lu bau masin masin ni beb.bau apa macam ni.bangsat gila bau.baju gua pun''


mak gua dah menggelupur di dapur.ye lah.tak manis orang tua gelak depan orang luar kan.




Monday, July 18, 2011

countdown to ramadhan-suka ati gua la gua nak buat awal awal

ade 12 hari lagi.nanti kita dah nak masuk bulan puasa.banyak benda yang gua terpaksa setting awal awal.gua nak kena tinggal family gua sebulan.orang kata sayang kan keluarga tinggal tinggal kan.sayangkan isteri gua mana kawin lagi.tapi gua ada anak,anak tekak dengan anak mata.haha.tak kelakar pun(kata gua dalam ati)

sebulan bukannya lama sangat.tapi kalau dah gua yang salu kelam kabut setel bil air bil api.gua yang ngadap posmen hari hari.lauk pauk kadang kadang gua yang beli.segala urusan rasmi paduka baginda memang dah keje gua kena handle.nak harapkan adek jantan gua memang out.gua suruh beli sirap,kicap yang gua dapat.tapi ke mana tumpah nya kuah.gua kecik kecik pun macam tu jugak.belum habis hapal kena beli apa gua dah laju laju kayuh beskal buat brek emergency depan kedai pendi.ade sekali gua kena hempuk sebab masuk pasir dalam kedai dia masa gua brek heret tayar belakang.kadang nak cepat punya pasal duit pun gua lupa bawak.masa kecik gua memang hebat.maka pemergian gua kali ni sangat berat gua rasa.larat ke mak gua nak handle benda benda ni?gua tau kemampuan mak gua sebagai bekas naib juara ratu kebaya tahun 80 an,tu pun sebab pengadil bias.cuma hati kecik gua ni tak berapa nak yakin dengan mak gua.


gua pun dah mula pikir benda yang lebih serius.kalau dulu gua main belasah je buat apa pun.gua rela menapak sampai ke pagi demi sesuap rezeki.skunk gua dah jadi lebih berkarisma.lebih berautority kepala jadah maksudnya gua pun taktau main hentam je.kalau gua meniaga time malam puasa.macam mana gua nak buat terawih?ikut kan kiraan falak memang takkan ada can untuk gua buat pahala lebih ni.sekadar puasa je gua dapat.gua nak angkat barang kompem dah lepas maghrib.lepas berbuka.lepas makan nasik baru gua ade super power.bisnes start lepas isyak.tapi dah tentunya gua kena turun awal lagi,nanti nak elak jem ke tayar keta bocor ke tak ke mampus gua kena gelabah tengah jalan.semestinya secara lazim nak kena masuk barang awal awal kat tapak,masa orang takde.bukan masa orang dah mula crowd baru gua nak nampak muka.
kang sejuk sejuk gua kena tiau nanti.



................




ni la cabaran kalau dah besar panjang.

Friday, July 15, 2011

peel kau ditentukan dari gaya kau menulis.

kalau orang baca gaya penulisan gua ni agak agak apa yang orang akan judge?

gua seorang yang sentimental?gua seorang budak rock kangkang main gitar petang petang tepi tembok kacau anak dara balik keje?gua seorang ahli sukan gaya renang berirama?atau gua seorang yang ade power of justice macam supermen ke akuto-minami versi manusia sebelum jadi otromen?

kalau lu bleh kenal orang just baca dari entry je.lu memang ada bakat menilik tak payah pakai mangkuk air.lu memang hebat serba serbi.kalau gua orang yang low class mentality-low attitude ape jadah sume lagi yang sume low.maka gua doakan lu yang high class mentality terbuka hijab pintu hati untuk lebih celik kepada dunia.tahu apa itu realiti bukan dari sekadar sembang lebat cedok orang lain punya cerita lu datang tabur depan gua.

ada yang sembang 8 tahun duduk merantau duduk tempat orang.apa kes lu cite sampai 8 tahun.tak payah 8 tahun.lu duduk sebulan kalau lu bijak mata hati lu akan nampak segala galanya.ahh sembang bertahun tahun.macam lu sorang penah duduk luar lama lama.masyarakat paling ramai berhijrah dan bermastautin keluar dari lubuk sendiri lu tau rakyat mana?start dari zaman bila lagi.tahu?tak tahu atau buat tak tahu.ke memang hati lu dah kena tutup dari menerima cahaya?kahkahkahkah.lu memang kelaka.gebang nak lebih.

lu tahu apa itu proses silaturrahim?taaruf?tahu tahu nak judge terus.heh.terima kasih kerana berjaya 'membaca' identiti gua tak sampai sehari.lu makan masa sehari je.hebat,hebat.lu nak dedahkan diri pun takde telur lu nak kecoh kecoh.macam biasa jenis 'budak penjilat' yang gua selalu jumpa masa blogwalking,kalau takde fakta nak bedebat jenis 'lu' ni akan serang personal.mangkuk yang biasa gua jumpa.takde modal orang kata.kesian.

okeh,gua biasa marah orang kejap je.sebab blog gua bukan blog nak up diri gua pun.kalau nak up dah lama gua canang sana sini.hahahaha.ape pun,gua mintak maaf kalau ade salah silap.posa pun dah dekat.gua pegi situ gua nak berdebat je.tak tau pulak ade mangkuk jenis suka serang semberono,pendekar tahik kuceng.oh,gua mintak maaf lagi sekali.gua sembang lebat pun habis kat sini sudah.salam.





p/s : main futsal lagi bagus.


Saturday, July 9, 2011

hadiah gua buat anak cucu gua

mangsa gas pemedih mata,seorang pakcik namanya Baharuddin Ahmad meninggal dunia semasa perhimpunan BERSIH.-inna lillahi wainna ilaihi raajiu'uun..Al fatihah..

''bodo la orang ramai ramai cenggini,buat sesak jalan je.dah la kl memang dah sesak gila,nak balik rumah pun payah'' - karimahtun,pekerja swasta shift malam.

''saya bukan orang sini juga,saya sini datang ada satu orang kasi baju ini mera punya kasi tau suru saya jalan sama sama,saya tara tau apa apa.apa ni patriot?ini ramai ramai orang bikin apa ni?'' - husin moustopha, nepal.

''haiya,ini hali wa tutup kedai maa.manyak lugila.bukan lu gila.wa lugi lah.haiyaa..tarak untung hali hali ini macam wooo..eyh,itu saya punya anak sula latang loo.haiya,apa pasal lia latang pakai baju kuning aa..cong ceng cong ceng )(&*%%#.. - makcik sing kwai,tokey kedai jual makanan anjing.

''saya enggak tau apa apa mas.saya cuma mau beli barang dapur.kebetulan baju saya hari ini merah ada kuning pun ada.kebetulan juga merahnya bentuk bulat didada.kuningnya di tengah tengah dada.ganteng banget saya kan?seksi gitu.kikikiki.oh mas,tadi saya jumpa pak polisi.saya nggak di apa apa in.pak polisi bilang saya neutral.pak polisi minta no fon saya,katanya mau kenalan,suka amat..huhu''- agnes babika, pengurut spa.

gua dengar macam macam lagi.baca macam macam post.post merah gua baca post kuning pon gua baca.macam biasa gua compare.gua tak buat istikharah pun.gua compare pakai hotak singkat gua dan gua tapis dengan hati nurani kemanusiaan gua.perghhh,gua pun tak sangka dia punya jawapan.





p/s : oh pru,lu datang cepat cepat.gua tak sabar nak menangkan orang islam.bukan si kafir dan bukan si munafik.

Friday, July 8, 2011

afro arena

267814_218202468218253_165876240117543_580429_69376_n

alhamdulillah.setelah penat lelah gua pegi stadium miss dua kali je season ni.maka dengan izin Allah rakyat gua dianugerahkan hadiah terhebat.gua panjat kan syukur pada Ilahi.walaupun masa tengok game semalam gua banyak mencarut dan mengatur tektikal dan formasi player di luar padang namun pemain kelantan bagaikan mengerti hasrat dan kemahuan gua dalam mencapai kemenangan.

dan walaupun dengan kejayaan hebat ini,bukan gua sorang sahaja yang merasai kemenangan semalam bagaikan hambar dan tiada semangat kesukanan kerana seperti yang gua dan rakan rakan duga terbukti sudah.bukan gua nak menyalahkan FAM,bookie mahupun KAFA sendiri namun sudah diakui banyak dan sumber sumber mantap yang gua ada membuktikan lagi kejayaan ini.

piala malaysia pula dikhabarkan milik selangor walaupun sepak mula belum lagi bermula.tidak baik mendengar khabar angin mahupun fitnah dari mana mana pihak.kerana itu satu dosa.tetapi khabar angin kejayaan Terengganu dan Kelantan adalah didalam poket gua sejak dari pertengahan musim sebenarnya.cuma keyakinan gua kepada Selangor untuk piala malaysia agak tawar untuk gua percaya.kerana semua rakyat gua mahu rebut semua piala itu.kita nantikan sahaja.gua bukan mahu membenarkan pembohongan dari mulut ke mulut,cuma apabila ianya terjadi maka kejadian itu sendiri membuktikan sesuatu yang gua ingin pastikan selama ini.


gua tetap menyokong The Red Warrior sampai akhir hayat gua sebagai sekadar wadah hiburan gua di sini.kerana disini tiada panggung wayang dan tempat karaoke.begitu juga dengan penyokong pasukan yang lain,mahukan pasukan mereka mencapai kemenangan.

sekarang gua rasa bosan menunggu team Harimau Malaya untuk kelayakan piala dunia,lagi nak tunggu EPL apa lagi Piala Malaysia.lama nak mampus.oh ye,Teves kesayangan gua akan kembali ke negara Argentina untuk bermain disana,kerana dia merindui keluarganya.beliau kencing ke tak kita sama sama tunggu.
clichy-savic-nasri khabarnya milik Manchester City.ape citer Luca Modric?Neymar?


Argentina seri,Brazil seri,Uruguay seri,Mexico je kalah game yang pertama-Copa Amerika




p/s : ini entry paling berjenama sukan pertama kali gua handle.

Saturday, July 2, 2011

antara gua dan Budin,keje tersepit di tengah tengah

''ada lobang keje dekat kilang plastik nu,nak pakai orang.lu tanak try ke'' 2 ke 3 kali soalan sama diulang ulang ke telinga gua.gua buat dek je.bukan saja saja gua nak buat tak reti,tapi si Budin ni...

''tanak ah,kan gua tengah buat lesen skunk ni.biarla gua abis satu satu lu.kang kalau dapat keje nanti padat pulak jadual gua.cane nak dapat lesen keta cepat'' gua bagi alasan sama macam minggu lepas.tapi tu orang lain yang tanya.bukan Budin.

''lu ni banyak sangat pe'el,dah bape kali gua kasitau lobang keje.lu rijek tanpa kompromi.lu ingat keje cikai tu takde gaji ke.boleh idup la setakat nak makan.lu bukan kat kl ni brader..kl tu lain la...bla..bla..bla..bla..bla'' sambung Budin sambil bercakap sorang sorang,sebab masa tu gua tengah ralit perati jiran gua baru balik keje.awek baru pindah.semalam gua sengih kat awek tu,dia balas senyum gua.fuhh,nasib baik gua tak masuk parking motor umah orang.biasa lah,perumahan gua sume umah bentuk sama je.

''tadi haa,awek gua cakap dekat tempat keje dia pun nak pakai orang.pembantu kerani ke apa.lu nak?nanti gua rekemen.nak ke tak nak'' Budin menekan gua sambil tepuk tepuk dan goncang bahu gua,menyedarkan gua dari terus berkhayal.potong stim la mamat ni.

''eyh..yang lu besungguh sangat nak gua keje ni,lu tu bila nak keje?'' tanya gua sambil tunjuk isyarat ibu jari tuju kepada Budin.


''ahahahahahahaha.gua nak lu berkerjaya je.gua lambat pun takpe.aii tu pun nak marah*&^%&^'' Budin menjawab dengan tone yang agak seperti orang gila.secepat kilat tangan beliau merembat rokok gua sebatang.cucuh dan terus hisap.tanda tak puas hati dengan soalan counter attack dari gua.


keadaan jadi senyap sunyi.....................



dan gua bersama Budin asyik dibuai aksi gedik si awek awek bermain badminton depan rumah mereka.sampai maghrib.