Monday, August 31, 2009

politik bola sepak inggeris

Manchester United menerajang Arsenal berakhir dengan kesudahan yang macam biasa.macam biasa ini tak lain tak bukan Manchester menang.walaupun Lan mengshout out facebooknya sebagai kemenangan nasib tapi aku memang da tau,itu semua cuma nak cover kemaluan dan jatuhnya air muka beliau kerana cakap besar sebelum perlawanan.amek kau!!

aku tak tengok.memang aku tak nak tengok.sebab aku dah berkerat rotan dengan Manchester.dan kena sepak sedas ngan alex ferguson sebab aku letak jawatan sebagai ahli cheerleader Man United FC,sebaik sahaja Ronaldo dibeli oleh kelab Real Madrid dan tevez melarikan diri ke Manchester City.berbuih mulut alex nasihat aku supaya terus sokong Man United nya tapi aku buat bodo je.aku tau alex takkan merayu kat aku sebab aku tak paham sangat slang omputih dia.lagipun dia dah benci aku.ade sekali aku suruh dia tukar suka sama suka antara barbatov ngan arshavin.hangin terus dia ngan aku.

"get out u from here.i dont wanna see u again.what the fak"

sumpah alex kat aku.aku terus masok bilik persalinan pemain dan tukar baju biasa.ambik bola sebijik dan aku tendang tepat kena muka alex fergie.merah padam muka dia kena bola padu dari aku.baru dia tau rakyat Malaysia yang sopan macam aku ni rupanya ade tendangan lipan yang super hebat.mau ambik MC dia nanti.
pegi mampos kau ferguson.

sampai je kat luar stadium,robinho ngan tevez datang amek aku ngan kete audi dia baru beli.aku da sain kontrak baru dengan Manchester City.kau ingat player je main kontrak?bodoh bangkai.

semalam masa jalan2 kat bazar ramadhan jumpa ketoi.ketoi adalah peminat berani mati arsenal.dia ngan arsene wenger salu sms tanya kabar.sekali seminggu dorang lepak minum kat maulana.arsene wenger cakap dia nak amek Amri Yahyah jadi striker Arsenal season depan.sebab Amri je yang boleh tewaskan Van De Saar dengan sepakan mejiknya yang sangat mengelirukan mata.tu arsene yang cakap.

aku salam ngan ketoi.lama.saat tu jugak ketoi tanya aku apa hal arsenal kalah.aku senyum dan cakap memang patut la kalah.baru ketoi sedar dia dah salah pilih kawan.terus dia tarik tangan dia laju2 sambil begegas cari nasik berbuka.






leg note : ketoi sangat marah..hahaha


mari laungkan merdeka!!(jerit)

merdeka?


apa tu?



takde maknanya..





leg note : tak sempat tengok bunga api,tu yang aku hangin tu

Sunday, August 30, 2009

kurang ajar punya nafsu

tak tahu apa kena angin aku,lepas je bukak posa semalam terus rasa nak pegi shopping mall.perangai buang tebiat camtu jarang2 sekali akan muncul dalam hidup aku.tanpa bersebab dan soalan yang munasabah.abih je bukak posa aku mandi ala kadar.nak pakai tshirt rasa macam nak hujan.aku rembat sweater hitam aku yang lusuh.kang dingin plak nek motor nanti.da la sorang2.sembur2 air alkohol sedas,aku gerak gi bilik bawah pinjam helmet azim.walaupun bukan keluar ngan awek tapi imej kena jaga.lelaki maskulin memang macam ni.

masa turun betembung ngan mamat2 yang nak pegi terawih kat surau.malu la plak.ahh,nafsu aku kena utamakan dulu.kang kena sawan kancing gigi plak kalau aku tak tunaikan.jadi aku teruskan niat buruk aku ni.tengah aku panaskan moto aku tepikir mana aku nak pegi.MINES?ke JUSCO Balakong?ke Alamanda?

ngam2 orang azan isyak aku pecut motor.''pegi Jusco dah ah".gomel aku sorang2 atas motor.lebih kurang 15 minit atas motor maka sampai kat Jusco.boleh tahan ramai.nampaknya sume orang malam ni kena angin sama ngan aku.pakat2 malas pegi terawih.mula2 aku usha aras bawah.apa aku cari aku tak tau.jalan je.pastu naik tingkat dua.sume kedai aku masok.sume butik aku intai.mana2 tshirt cantik2 aku belek.kasut lawa2 aku telek.pas satu kedai aku masuk kedai sebelah.abis sume kedai dalam Jusco aku ceroboh.kasar benar angin aku malam ni.

Dah abih 1 bangunan pusing,last aku u-turn balik dan singgah kat Watson kat entrance.dekat setengah jam aku kat situ.aku capai sebotol deodorant spray ngan sebotol wet gel untuk makanan rambut,bayar dan terus balik.dengan muka senyum2.







leg note : memang kurang ajar


Tuesday, August 25, 2009

doktor memang betul,tapi aku lagi betul

kata doktor,aku tak perlu puasa untuk 2 hari ni.kalau boleh.bimbang takut ia akan melarat sampai berminggu minggu.itu pun sebab aku tanya boleh tak kalau aku nak puasa jugak.kata doktor,terpulang.terima kasih doktor.moga moga cepat naik pangkat jadi menteri.

aku ikut saja cadangan doktor.rasanya lebih bernas dan tepat.dapat MC untuk 2 hari.juga dapat kelonggaran untuk makan waktu tengah hari dan petang.memang satu peluang yang mana manusia macam aku akan terima bulat bulat tanpa bantahan.

kat label mengatakan ubat perlu dimakan selepas makan.macam mana mau makan ubat kalau tak makan apa apa.kurang mujarab.macam mana mau makan apa apa kalau puasa.jadi tak payah puasa.itu je teori yang aku mampu fikir.jadi untuk semalam,aku makan apa je yang ade depan mata.

majlis makan diserikan dengan kehadiran seorang mamat yang memang suka puasa sampai tengah hari je.tak hensem langsung perangai.alasan gastrik memang takleh pakai.dua tahun lepas pon gastrik jugak.lantak.apa pon,roti john dia beli habis aku makan.

hari ini,aku nekad nak puasa.tak kisah lah macam mana sakit pon.semalam masa tengok orang berbuka aku rasa tak best.nikmat berbuka untuk semalam aku tak dapat rasa.takleh jadi,kena puasa!!!





leg note : tahun ni tak cukup,shitt

Monday, August 24, 2009

kesakitan di bulan puasa

telentang di atas katil selama 2 hari kerana demam dan kepala sakit dan batuk dan selesema dan lenguh sume sendi sangat tak biasa.apa jadah dah kena ngan aku ni?sampah2 sume da tuduh aku kena H1N1.sangat takut.macam ye je. pelik,hospital pon tak tau ape kena ngan aku.sebab aku tak pegi pon.aha.tak tau sape yang pass penyakit kat aku.seingat aku sbelum aku telentang aku berada di sebuah pasar ramadhan yang penuh dengan ramai orang.sebelum tu aku masih sihat dan gagah.setakat usha budak pompuan baru balik sekolah petang tu pon takde hal lah.lepas balik terawih malam tu je terus ketar2,kepala pusing2.kejap rasa panas kejap rasa sejuk.ah gila.nak jalan pon tak larat.tapi sempat jugak aku jenguk encik azim juga sedang telentang kat bilik beliau.baru balik dari hospital serdang dengan ubatan 1 plastik penuh.puasa masih lagi terpelihara,syukur lah.pagi ni 1 entry pon cukup kot,menandakan aku semakin pulih tanpa ubat.sangat ajaib dan mistik.tapi esok kena pegi klinik jugak.MC penting.hahahaha




leg note : taknak dah aku pegi pasar.

Wednesday, August 19, 2009

rezeki tu halal ke tak belakang kira

kejadian ini berlaku pagi tadi selepas aku baru sahaja bangkit dari tido.selak kotak kotak rokok rupanya semua kosong.lupa nak refill.jadi aku menuju ke bilik amy dengan harapan untuk mengepau dunhill milik beliau.tanpa cakap banyak terus ambik sebatang.tuan punya khusyuk study tanpa sebutir bicara pun.sedang enak menghembus asap sambil membuat bentuk kereta tetiba sorang hamba Allah yakni member aku masok dengan muka beseri seri.

hamba Allah : "wei,aku nak mintak nasihat skit boleh tak?"

aku : "boleh,ko basuh baju ngan stokin aku yang ko pinjam semalam.bernas?"

hamba Allah : "aku antar dobi nanti.skunk ni yang aku nak cite tadi aku pegi bank cek duit kot kot ade sekeping ke nak makan tengah hari.sekali dalam akaun aku ade RM3100 doh.taktau dari mana." masih dalam keadaan tersenyum dan berseri seri.

aku,amy : "weh gila ko,biar betik.ade sesape bank in ke.bapak ko ke.pakcik ko ke"

hamba Allah : "kompem takde sape.aku da kol da tanya dah"

aku : "hahaha,rezeki begolek.belasah je.rezeki.dah,aku nak mandi gi kelas plak"

amy : "pakcik kaya"

hamba Allah : "hahaha.nah"


aku balik ke bilik dengan gembira.sekeping not RM 50 di tangan.










leg note : bertuahnya idup

Friday, August 14, 2009

sedikit ajar diri aku berfikir

berita H1N1 masih kedengaran.malah lebih hebat dari mula mula ia datang.lagi 4 orang maut.kerajaan tengah pikir nak tutop sekolah ke tak.ipta/ipts nak kena extend ke tak.syarat tutop ialah kalau kehadiran pelajar dalam kelas terlalu sedikit hingga menjejaskan pelajaran.apa yang kepala hotak aku pikir pulak kalau dalam kelas kau ada 80 orang maka kau nak tunggu sampai bilangan nya jadi 10 baru boleh?

lagi sorok gula sana sini.penjahat gula gamaknya dah takde keje sangat.untung besar mungkin buat keje jahanam ni.woi penjahat,boleh lantik aku jadi pengurus?

walaupun nama aku takde kaitan langsung ngan gula tapi aku tetap prihatin kepada makcik dan pakcik pembuat kuih sri serdang.saya takkan beli donat pakcik kalau digaul ngan gula melaka.itu buang tabiat namanya.anda perlukan gula pasir.mamak flat ikan yang salu masak nasik lemak untuk aku,kau pun nak kena pakai gula.nanti sambal kau rasa pahit payau macam air tongkat ali.aku tak lalu makan nanti!







leg note : seminggu gi da nak puasa.semoga ini akan selesai akhirnya.amiinn!!









RM 200,000 depan mata aku buat bodo je.kalau kau?

macam biasa turun melepak di kedai runcit kassim.pekena teh O tak tau sape yang buat.penyayang betol sape yang buat air tadi.manis.........nua ada,kassim ada,mat Lan ada,eyh..bob pon.

bob tawadhuk men game.konon tak sedar aku datang.aku da bekira kira nak cabut plug pc biar dia gelabah tapi tak jadi.safwan tetiba je muncul taktau dari mana.selamat kau bob,tuan pc ada!

azim dari bilik depan plak masok.mungkin dia dengar aku ngan kassim tengah syok gelak kat mat Lan.masok je teros gelak skali tanpa malu.tu la azim al biruni.belia 4B daerah machang dan kipas tak mati anime kamen rider densha otoko.syazel dan bob adalah pengikut setia beliau.kalau join dorang layan kamen rider kau akan rasa macam kau baru nak masuk akil baligh!kau akan dengar bunyi ini:
"owh,ni la kamen rider ada tanduk tu"
"cis,lawan la kamen rider"
"babi ko penjahat"
"terer gila resakse ni"
"celaka,cepatla betuka jadi kamen rider"
"bodo btol,lawan ngan resakse arnab pon kalah"
"aduh,sedih sial kamen rider semut da mati" dan banyak lagi.......


balik ke kedai kassim.


bob tak leh kosentret dengan gamenya,memang kami sengaja gelak kuat kuat.biar dia rasa besembang itu lebih berkat dari men game.dengan ade nya bob barulah aku terasa macam aku gelak dengan kawan kawan berjumlah 100 orang.mungkin jumlah tu lebih lagi.ade sorang gi makhluk nama boss.body type kecik sikit je dari bob.kau tengok dia pakai spek tebal macam nerd tapi kau taktau kerongkong dia sama besar dengan lobang buaya.kalau dia tagteam ngan bob gamaknya rasa macam dok tengah tengah crowd perhimpunan haram berskala ribuan orang.

tengah borak,bob ajak aku join team futsal dorang.tanpa pikir panjang aku terus tulis nama,sebab dorang cakap season ni Futsal Variti Kosmo bagi hadiah RM 200,000.meremang bulu telinga dengar.banyak tu dol
game start ari sabtu dan ahad ni.cis,macam tak sabar sabar je Kosmo nak tengok team aku menang.

jam 2.40 am baru aku naik ke bilik.tu pon sebab mangkok sume da start layan bijik mata.aku pon turut kena tempias.rumet tengah layan movie dalam gelap.sama macam kau jugak.nak dapat feel tengok movie wajib tutop lampu.kalau tak sama ngan KLGCC paling koman setaraf TGV Mines pon ok dah.ingat nak join sekali tapi aku da tengok banyak kali dah,dia baru nak tengok cite tu.

baru nak lentok mee datang bawak berita ajaib.tengah cari sape sape nak buat kerja survey.keje macam ni salunya time cuti sem je.tolong lect rumet aku tak cakap banyak.terus besetuju tanpa kompromi.


rumet : "camne met?buat duit express ni"


mee : "kamon la weh,aku tau ang teruja"


aku : "macam haram..ntah la,aku ada janji ngan bob nak
men futsal ni,bila time keje mee?"



rumet : "jap weh,aku nak gi hasut ayie mana tau dia nak"
terus turun gi aras 3


mee : "paan cakap sabtu ahad,sebab nak kena pi merata tempat,
jauh plak tu,first kita ikut dia pi kelantan"



aku : "ilang akal,bayar?"



mee : "sebulan RM 1200,aku dah kira siap.aku rasa lagi baik ang pi
futsal,dapat 200 ribu.."



aku : "cis..skunk jugak aku kensel men"









leg note : soryla bob!!

Monday, August 10, 2009

sepetang bersama Hujan

oh hujan.turun dengan lebatnya
tanpa amaran tanpa diundang
tapi hujan adalah rahmat untuk semua manusia
banjir bukan rahmat.itu bala
sebab manusia rakus.sodok sana sodok sini

oh hujan.hawanya sampai sejuk satu badan
baju baru je sidai.kompem lambat kering

oh hujan.saya ada kelas pukol 5
anda turun ngam ngam pukol 4
adakah saya akan ke kelas?

oh hujan.selalunya saya tewas dengan anda
berselimut pekung satu badan adalah impian saya masa kini
tapi otak geligat saya masih ingin ke kelas
akan ke kelas kah saya?

oh hujan.saya sangat takut baju saya basah
anda adalah air.saya adalah tanah
maka saya akan basah jika anda menimpa saya
saya ini hyper malas pegi klinik.sebab itu saya takut demam

oh hujan.maafkan saya
bukan sebab anda.tapi saya ini memang malas
jadi saya tak akan pegi kelas
terima kasih hujan
semoga lebat sentiasa










leg note : tutup lampu dan bayangkan apa terjadi selepas itu?

Sunday, August 9, 2009

aku fikir lojik.tapi kiblatnya ke arah fantasi

ada sebuah mesin.mirip seakan akan mesih basuh pon boleh.suka ati
kau orang.ketinggian ngam ngam aku boleh berdiri sedap.
ade 5 butang kawalan
1 butang boleh bawak aku pegi zaman dulu dulu
1 butang boleh bawak aku pegi zaman hadapan hadapan
1 butang ada segala jenis kelengkapan yang aku nak
1 butang boleh bikin aku jadi muda atau tua ikut zaman aku pegi
1 butang EXIT nak keluar dari mesin tu
butang ENTER takde,aku kena bukak pintu sendiri.pakai tombol



ade sebuah kereta.model kelisa sebagai rujukan.aku minat kelisa
dari luar kecik ketot.masok dalam macam padang bola.tapi aku tak
suka macam padang bola.gila isim sangat rasanya
dok dalam keta macam dok dalam rumah mewah serba bagus
ade Tv,home theater,tab mandi,bilik sauna,meja makan,bilik karaoke
rak kasut,rak baju,rak boxer,rak tali pinggang,rak kaca mata
raksaksa takde.aku bom keta tu kalau ade raksaksa



ade sebuah rumah.18 orang amah.sume lawa nak mampos.finalist ratu
cantik ataupun model terkenal yang orang ramai tak berapa kenal
sume pandai masak.pandai lipat baju.senang citer,tak payah suruh
sehari kerja 16 jam kecuali time tido.kadang kadang tido pon aku
suruh buat keje.keje apa kau tak payahla sibuk nak teka.
aku pergunakan 100% advantage yang ada pada amah aku.mungkin lebih
kau orang jeles?sila cipta fantasi anda sendiri*
ye..ini fantasi


ade isteri yang cantik dan taat.anak anak yang comel dan bijak
lahir je da pandai kira duit syiling.isteri sangat memahami
tengok bulu mata da rasa tenang.kalau tengok satu wajah
aku tak dapat bayangkan seorang kaum hawa yang sah halal
untuk aku setakat tengok je aku mampu.tak...lebih dari itu
ini berlaku selepas aku pecat sume 18 amah yang aku ade.tak guna bela
ramai ramai.sebab aku tak berfantasi aku ada duit yang banyak.kan?



ade sebuah dompet.pelbagai guna.bukak je ade duit riban ribut
tak payah pakai kad kredit.abes je duit dalam dompet ia akan
topup dengan sendiri sebab dompet tersebut ade link dengan
Bank Negara Malaysia.bini aku pon tak tau pasal hal ni
aku takkan bagitau dia sampaila aku masok kubor


aku penah becita cita nak jadi robot
ah sudahlah.penat aku nak pikir plak!!










leg note : siot








penyebab kemurungan yang kronik

jumaat-sabtu-ahad
2 hari bertapa dalam bilik menyebabkan urat2 sendi aku lumpuh
kepala bagai nak pitam dan sistem hadam perut kurang berfungsi
kulit semakin cerah akibat kurang dijamah sinaran UV
berikut adalah simptom simptom penyakit yang aku hidapi sekarang

17 again
meet the fockers
messengers 2
miss march
role models
make it happen
bring it on
ice age 3
stephen chow 1990-2009
outlander
hey dude,wheres my car
fired up
macthstick man
long khong 2
sex drive
the heartbreak kid






leg note : jangan risau,esok penyakit ini akan sembuh

Friday, August 7, 2009

1 malam jam 10.30pm

malam tadi aku pegi stesen bas putra.dari pagi pakcik aku kol nak date ngan
aku.memang dia salu gitu.asal datang kl je tak penah miss untuk keluar
bersama anak sedara kacaknya.status bapak orang yang dia pegang
selama ni agaknya dah berjaya dihidu oleh para2 awek sekitar lembah
klang.tengok perut pon da tau.jadi dengan aku disisi mungkin saham nya bleh
mencapai tahap 100% balik ataupun rasa rendah dirinya mungkin
boleh ditukar menjadi bapak miang dan pervert.memikirkan poket
dia amat lebat,jadi dengan ikhlasnya aku sentiasa tak penah ingkar.
angguk sahaja kemana pon dia nak jumpa,sebab aku tau aku
takkan kuar duit waima satu sen pon.

itupun kalau duit satu sen masih lagi laku.yezzaaa

McD jadi taruhan.makanan kat stesen putra tak sedap.tu dia cakap.
aku ikut je lah.mana2 pon aku boleh makan sebenarnya.
asal tidak ditempat gelap yang boleh menyebabkan kami ditangkap basah.
kalau ngan awek lain la.sumpah aku sanggup.tipu kan aku?


abes makan.aku antar dia sampai pondok bas.
lagi 10 minit kol 10pm.kena rokok sepam dua.
kirim2 salam kat orang kampong.aku blah.

aku parking btol2 depan mall.jauh skit bejalan.eksesais lah.
kuar lagi sebatang rokok.saje aku nak rosakkan paru2.

samel2 kakiku maju kedepan.aku pandang atas langit.
tengok bangunan.tengok wajah kuala lumpur.
banyak lampu.banyak orang.banyak tujuan.
tapi aku fikir,kadang2 saja kota besar begini
mampu memberi kesoronokan.kadang2 ia membosankan
aku mampu cari keseronokan yang sama macam orang lain
tapi apa guna sebenarnya.hari ini saja aku mungkin
seronok.esok?lusa?keseronokan yang bagaimana harus
aku cari.aku pon tatau.mengikut sahaja kepala2
penghibur sekeliling aku.mungkin aku puas untuk
seketika.menghabiskan segala2 hanya untuk rasa hepi.
begitu mungkin cara menghadapi kehidupan sekarang.

aku lihat sepasang kapel melintas jalan.seronok.
lagi ada mat2 kereta melepak di seberang.itu juga
seronok.budak2 indie ntah dari mana datang.agaknya
dari pwtc mungkin.ramai2 begitu.juga seronok.

ahhh,lama sudah aku tak jumpa miela and the geng.
berhibur meronggeng di gig.menari dan melayan apa
saja band yang perform.menjerit dan menyanyi bersama2
basah baju dari petang sampai ke malam perkara biasa
pulang rumah dengan badan bau kambing juga biasa
senyum sebentar

uiiii..da 10.30..
baik aku balik!!












leg note : big Mac aku da sejuk.

Tuesday, August 4, 2009

7 hari lalu ia Salun.7 hari kini ia da jadi butik

da abes cuti seminggu aku rupanya
start je cuti kepala hotak aku da jemm
dah tak berapa nak licik dan kejam macam biasa
mood memang tengah tak best macam tahik
7 cakra dalam badan aku pun dah tak stabil
tambah kefedapan aku bila tatau nak buat apa kat sini
*sebab tak balik kampong macam orang lain

nak menyemak umah member2 pon tengah sengkek bagai
nanti menyusahkan orang.katil sorang jadi 2 orang
dahla menumpang.oh,aku benci menjadi seorang yang menyusahkan orang

tapi rezeki aku mungkin kot.syukur Tuhan
dapat mesej bermakna dari encek faizal omar
besfren aku dan merangkap mangsa buli aku kadang2
sebab dia lagi muda dari aku maka aku lantik dia jadi mangsa
tapi selalunya aku yang kena buli.biasa
dalam kepala otak aku da tebayang wajah2 nyah
dan bapok sekelian alam.gila ketar kepala lutut.kepala lain tak!!
tempat yang aku bakal keje esoknya memang port feveret
anak2 sotong gedik seperti mereka.pasrah sudah



9 am keesokannya





cis..monyet la kau peja.suka cakap meletop2.sekor haram pon tadak
acara keje esoknya bejalan dengan lancar tanpa gangguan
siulan kakak jantan dan sesi raba rabaan dari kaum sejenisku
syukur lagi pada Tuhan

tapi tak rasa macam keje pon rasanya.lebih kepada tolong
memberi pertolongan kan satu ibadah yang mulia
nak nak kalau kau tak mintak balasan
atau kau tak amik upah.dan tak menyesal kalau tak dapat
tolong dengan ikhlas.muka senyum.tutur yang manis
macam aku buat.hahahahaku tipu.....
aku pun tak tau berapa ratus ribu pahala kau dapat
buatla kalau nak tau

najwa aka awek encek peja adalah bos aku.macam bos
aku ngan peja je yang dilantik bekerja untuk seminggu ni.
di rekrut secara haram tanpa permit dari Lembaga Kesatuan Pekerja
takde Socso,bonus OT,faedah pinjaman mahupun cuti tahunan
kalau orang lain aci potong anulah,kompem taknak.gila

but,at least..terubat jugak hati aku
peja and najwa,kak emi,abg nazri,kak ana and family sume
u all dah hepikan hati aku yang on the way nak nazak dah ni
ervan si kecik comel.besar nanti aku ajar kau jadi gay..hahaha
jangan marah kak ana.kak ana lagila ilang akal
sukasuki dia je tuduh aku ngan peja gay.heh

aku da siapkan cat dinding sume.buang sampah.mop lantai
rasa2 aku la.sikit je pon.tapi seminggu jugak makan masa
mintak maaf kak emi amek masa lama
sila salahkan encek peja bin omar anak jati Tanah Merah
penyokong kuat Umno bahagian Jeli
walaupun aku tau dia suka khianat dan lompat parti
sebab kat screen laptop dia ade gambar bulan kaler ijau


saya keje ikut resmi dia.makan dulu sebelum buat keje
makan time tengah keje.dan makan selepas keje
kadang2 makan je seharian.keje langsung tak buat
dia bagi aku keje payah2.dia buat keje senang2
keje senang pon tak siap.last2 aku jugak yang abihkan.
nak buang sampah pon nak tunggu aku
nak ambik barang aku wajib ada
nak sapu sampah kena 2 orang.gila isim la kau

seb bek ade najwa.kak emi.abg nazri
sehari dapat makan 3 kali kat restoran
dibestkan lagi dengan sekotak dunhill 20 setiap seorang
air tin,air botol dan macam macam jadah air disogok
sampai penuh peti ais.yang dah ade dalam tu pon tak diusik
segala jenis makanan makcik2 gerai bawah
tido ditemani air cond.tajaan bantal dan selimut
segala macam yang aku dapat sume..FREE
tu sebab jadi best.belagak ke aku?pegi mamposs

to najwa and family

terima kasih banyak2 semua
memelihara kami macam sedara mara sendiri
aku terharu ngan kemesraan korang sume

to peja

aku saje2 je kutuk je ni.sebab aku takde keje
cuma nak tunggu kelas esok je.tu pon kalau aku pegi
tenks la ja.so much















leg note : aku terperasan lemak dan selulit di sekitar lengan,pipi dan bontot ke bawah