Friday, August 7, 2009

1 malam jam 10.30pm

malam tadi aku pegi stesen bas putra.dari pagi pakcik aku kol nak date ngan
aku.memang dia salu gitu.asal datang kl je tak penah miss untuk keluar
bersama anak sedara kacaknya.status bapak orang yang dia pegang
selama ni agaknya dah berjaya dihidu oleh para2 awek sekitar lembah
klang.tengok perut pon da tau.jadi dengan aku disisi mungkin saham nya bleh
mencapai tahap 100% balik ataupun rasa rendah dirinya mungkin
boleh ditukar menjadi bapak miang dan pervert.memikirkan poket
dia amat lebat,jadi dengan ikhlasnya aku sentiasa tak penah ingkar.
angguk sahaja kemana pon dia nak jumpa,sebab aku tau aku
takkan kuar duit waima satu sen pon.

itupun kalau duit satu sen masih lagi laku.yezzaaa

McD jadi taruhan.makanan kat stesen putra tak sedap.tu dia cakap.
aku ikut je lah.mana2 pon aku boleh makan sebenarnya.
asal tidak ditempat gelap yang boleh menyebabkan kami ditangkap basah.
kalau ngan awek lain la.sumpah aku sanggup.tipu kan aku?


abes makan.aku antar dia sampai pondok bas.
lagi 10 minit kol 10pm.kena rokok sepam dua.
kirim2 salam kat orang kampong.aku blah.

aku parking btol2 depan mall.jauh skit bejalan.eksesais lah.
kuar lagi sebatang rokok.saje aku nak rosakkan paru2.

samel2 kakiku maju kedepan.aku pandang atas langit.
tengok bangunan.tengok wajah kuala lumpur.
banyak lampu.banyak orang.banyak tujuan.
tapi aku fikir,kadang2 saja kota besar begini
mampu memberi kesoronokan.kadang2 ia membosankan
aku mampu cari keseronokan yang sama macam orang lain
tapi apa guna sebenarnya.hari ini saja aku mungkin
seronok.esok?lusa?keseronokan yang bagaimana harus
aku cari.aku pon tatau.mengikut sahaja kepala2
penghibur sekeliling aku.mungkin aku puas untuk
seketika.menghabiskan segala2 hanya untuk rasa hepi.
begitu mungkin cara menghadapi kehidupan sekarang.

aku lihat sepasang kapel melintas jalan.seronok.
lagi ada mat2 kereta melepak di seberang.itu juga
seronok.budak2 indie ntah dari mana datang.agaknya
dari pwtc mungkin.ramai2 begitu.juga seronok.

ahhh,lama sudah aku tak jumpa miela and the geng.
berhibur meronggeng di gig.menari dan melayan apa
saja band yang perform.menjerit dan menyanyi bersama2
basah baju dari petang sampai ke malam perkara biasa
pulang rumah dengan badan bau kambing juga biasa
senyum sebentar

uiiii..da 10.30..
baik aku balik!!












leg note : big Mac aku da sejuk.

1 comment:

~nAbieyLa~ said...

keluar lah jalan2..pasti indah hidup mu