Thursday, September 23, 2010

raya gua yang paling sensitip

malam raya tu gua da nekad nak tutup kedai awal awal.tahun lepas gara gara kehalobaan dan kerakusan duniawi dah membutakan mata hati gua untuk balik raya awal.jadi baik gua bungkus cepat cepat.tahun lepas pukul 3 pagi.tapi malam tu jam 1 pagi gua dah bungkus.memang gua seorang yang menepati masa sebenarnya.

''seronoknya boleh balik beraya di kampung kali ni" kata gua dalam hati dengan lirik senyuman rosham nor.

tapi kelam kabut uptown danau kota memang buat gua panas berbirat.disebalik lautan manusia lalu lalang gua cuba mencelah celah dan mencilok dengan kereta sorong sambil bawak barang barang jualan ke kereta.memang keje yang murni dan suci sekali.kepala hotak gua dah ada kat dalam kebun tok wan kat kampong gua.gua tengah syok bedil budak kampong sebelah dengan bedil paling mahal gua beli kat siam.segala deret deret kedai member member yang gua tak sengaja langgar,gua mintak maaf angkat tangan tanda peace tanpa menoleh seinci pon.sory brader brader,gua dah tak tahan!

gua punya kazen si kemal pon dah kelam kabut.berbuih buih mulut kemal promot harga cantik punya kat kastemer kastemer.sempat jugak la gua usha anak mata dia kejap kejap tengok jam.kenangan raya 2009 masih menghantui.sumpah nak balik awal kali ni!habih segala peluh mak nyah gua keluar.cis,nasib baik gua simpan botol perfume dalam seluar.bleh gak kaver kaver bau macam jahanam kat badan gua ni masa lalu depan awek hot.segala seluar jeans,baju raya,samping,mercun bagai banyak nak mampos,sume gua setelkan.dengan harapan kederat 1 kereta usang yang bakal menjadikan raya kami tahun ni mampu mengheret kami sejauh 300 lebih kilometer perjalanan.itu harapan gua,jangalah tenggiling kami buat hal.jauh ni sial!

walaubagaimanapun,setangkas mana langkah pencak silat gua.sehebat mana kudrat body jantan sasa gua.rasa hebat lepas minum red bull dan buat keje sebelum tu.takdir dah menjodohkan gua beraya di kuala lumpur.kami yang paling awal tutup kedai,kami jugak yang paling lewat siap segala.

oleh kerana separuh dari barangan kena simpan kat rumah wangsa maju sebab banyak gila,maka trip ulang alik jadi 5,6 kali.lagipon orang ramai gila.time nak tutup la beliau si pembeli nak datang.hancur luluh hati gua,da la gua orang jauh!lebih sadisnya hujan turun dengan lebat masa subuh seperti menandakan tibanya syawal yang mulia.dan yang tinggal cuma songkok songkok untuk trip terakhir tak sempat nak kaver.basah lenjun.

maka,takbir raya di pagi syawal yang mulia dan berkat itu gua sambut dengan hati yang sebak dan pilu.hati gua menangis dengan sendiri.dia punya frust lagi kick dari frust ngan awek gua.di tangan gua ada kain buruk yang kering dan harum.gua cuba mengelap songkok sambil bertakbir.gua jeling kat kazen gua yang tengah pura pura layan tido.gua nampak air mata dia meleleh dari pipi turun ke sofa.gua tenung je baju raya,songkok dan samping gua untuk raya tahun ni dengan perasaan sebu.rosak plan gua nak raya sedondon ngan family!






maaf kan anak mu ayah dan ibu.adek beradek gua yang hensem dan cantik cantik belaka.tahun ni gua beraya kat highway lagi nampaknya.gua dah cuba,tapi apakan daya!






p/s: gua sampai ke kampong malam raya pertama jam 9.30 malam.gua dah nekad.raya tahun depan gua nak tipu MC.tak kira!








Sunday, September 5, 2010

countdown to raya

dah sah termaktub dalam perlembagaan bulan ramadhan tahun ini aku kena balik malam raya.lagi.macam tahun lepas.super duper monyet.sape tak tensen beraya atas jalan raya.ciss..

oleh itu,kepada sesiapa yang beraya di kuala lumpur atau kawasan kawasan sekitar kajang,cheras dan petaling jaya.sila beli baju raya anda di Gerai Baju Raya Kami bertempat di downtown Cheras.kalau takde baju raya mana bleh beraya doh.

dan aku taknak solat raya berimamkan signboard jalan lagi!nyampah...