''jom''
pak uda bersuara. ada sedikit getaran dalam luahan kata katanya. sejuk barangkali. paksu gua memulakan langkah ke arah sawah padi yang terbentang di tepi jalan sana. diikuti dengan pak uda. dan last sekali gua melangkah dengan bergaya dengan kasut but arwah atuk gua. suasana tengah hari bagaikan balam balam maghrib. kayu sedepa gua pegang erat erat. mana tau tengah tengah jalan nak ke sawah awal awal gua dah terserempak keli melintas jalan. masa tu lah power gua baru lepas makan pulut cicah kelapa muncul.
kena elok memang berkecai ikan. nak pukul ikan ni tangan kena cekap kena pantas. setakat power ibu jari menang main mesej pakai blekberi tu taraf hina dah bagi gua. ni lagi terer. kena pandai agak ke mana ikan tu nak lari. kalau salah hayun dia jadi pukul ke laut. penah gua sekali salah rembat betis nazri anak pokman. kopak juga 3 ringgit belanja megi celup kedai lan. amek ati punya pasal.
mmm. gua rasa pelik je time banjir banjir macam ni tak balik kampung.
legnote : rantau panjang dah tenggelam