Saturday, March 27, 2010

oh hidup,kadang kadang kau kejam

aku berterima kasih kepada Nor Iman Bin ....(aku lupa) kerana menghabiskan semalaman masa suntuk bersama aku malam semalam.korang jangan ingat aku 'make love' ke buat seks songsang dengan beliau.beliau kawan saya yang sangat saya hormati.dia dah tolong aku remake proposal presentation yang supervisor aku cakap sebijik macam SAMPAH.aku tak salahkan supervisor aku sebab dia ada title doktor yang bukan dia beli.aku respek dia.tapi aku sendiri anak didik yang kurang bijak untuk buat research beliau.aku akui!

rasa macam bodoh gila babi.kepala otak beku semacam.air mata nak menitik.nak balik kampung.rasa rendah diri dan hina dina.nak extend.tak grad takpe asal tak rasa bangang macam ni.basted.

segala batu bata dalam kepala hotak aku dah hilang.lega.SAMPAH yang aku buat semalam dah aku ubah jadi sesuatu yang bernilai mungkin,walaupun tak sampai 5 sen.tapi aku bangga.sebab aku tak give up.2 bulan aku amek masa untuk siapkan proposal tapi sudah jodoh dia jadi SAMPAH.biarkan.semalam dah jadi bukti bahawa kalau aku tak give up aku takkan kalah.


yang penting aku dah present......
to all lecturer yang cuba cuba nak hentam proposal saya tadi.saya dah berjaya jawab semua soalan anda.walaupun dalam bahasa melayu.saya tak malu pun!

terima kasih tak terhingga....kepada Iman dan paling penting pada Tuhan!

Saturday, March 20, 2010

entry ilmiah mungkin

jika mulut anda berbau.tidak kisah lah busuknya melebihi bau longkang atau bau tahik orang.sebenarnya ada sebab yang munasabah untuk diperjelaskan.dari sudut saintifik (konon) ianya disebabkan oleh kehadiran ketone bodies di dalam rantaian biokima Acetyl CoA dalam badan anda atau dalam bahasa mudahnya kelaparan.

maksud diperjelaskan dengan contoh puasa.orang yang berpuasa kalau berpuasa maka mulut akan berbau.mulut berbau itu bukan sebab beliau tidak menggunakan kolget kayu sugi semasa memberus gigi.ingat bahawa berkumur tanpa sebab ketika berpuasa adalah makruh kecuali ketika wuduk.busuk itu adalah kerana lapar.semakin kuat bau, itu tanda beliau dalam keadaan sangat lapar.



kalau lecturer aku tipu,aku drop subjek ni!





leg note : sebab tu aku salu skip tengah tengah kelas pegi soru.elakkan kelaparan!haha


Thursday, March 11, 2010

seminit pun sudah bagus

tiada masa lebih.semua diisi untuk siapkan proposal projek yang maha susah.konon.



leg note : entry ini ditaip kurang dari seminit.suka hatilah kalau tak mau pecaya!

Friday, March 5, 2010

misi padang rumput

kali pertama aku turun padang rugby.tapi bukan dengan eksesori kasut yang ade paku kasik cengkam tanah bila lari tak jatuh sorang sorang,buat malu je awek awek tengok.bukan dengan jersi kolej kaler oren gampang menyerlah bak penjaga kuda padi.jauh sekali pakai stokin panjang sampai ke lutut tutup bulu roma betis yang lebat.

kali ni turun dengan gaya seorang fotografer hebat.mungkin setaraf macam Denis Reggie,Jessica Claire atau Adika Amsani.konon la.haha.aku mau ambil gambar orang bersukan.gambar orang lari.tangkap bola.gambar orang tendang bola sambil menjerit ''bodoh,kejar la wei'' kat rakan sepermainan dan tidak lupa gambar aksi aksi ganas seperti rempuh kepala musuh, sodok perut pihak lawan dengan bahu dan main terjah atas belakang musuh atau tarik baju sebab tak sempat nak kejar pihak lawan yang lari laju macam Usin Bolt.

aku amek sebanyak dan sebaik mungkin.ada yang boleh tahan lah(cehh).cuma aku tak puas hati lens yang kurang power bikin gambar belum cukup sempurna.alangkah bagus kalau ada sony G lens SAL300f28G time ni..ohhhh....





leg note : gila,mau aku gadai rumah beli menatang tu!






Thursday, March 4, 2010

bukan aku racist tak mahu jadi orang BESAR

hari itu tak tau hari apa ada sikit uji alat timbang elektronik.canggih baik punya.sekali timbang udah tau apa benda kurang dan lebih dalam badan.sambil boleh tahu rupanya tinggi aku rupanya 167 cm sahaja.cis!dulu masa lepas SPM 168.rupanya manusia makin rendah bila dah makin tua.

jadi % lemak dalam body fit aku dah meningkat secara aku tak tau.eyh,60 kg melampau ke.BMI normal pe.dan disuruh berjaga jaga supaya tidak tergelincir ke lembah bila orang nampak aku orang akan cakap ''woi gemok,nak pegi mana?''.....haram jadah...

sejak itu aku berikrar untuk tidak makan malam selamanya.pagi dan petang selamba.tadi malam pegi majlis keraian pro aspirasi bersama TNC saja saja teman kawan.aku tali barut dorang tak tau.sekali itu buffet ada lamb chop nasik goreng kentang ayam bakar dan fillet.sumpah aku tak pandang pon.





leg note : lenkali aku puasa la aaaaa....

Wednesday, March 3, 2010

final projek tahap lapan

apesal semua orang tetiba jadi rajin?

jom la pegi alamanda.pegi karaoke.main main air kat putrajaya.

apehal?








leg note : kawan kawan aku da jadi mat skema!



Tuesday, March 2, 2010

aku dan 'alat main' baru

dah dekat seminggu dah aku 'main' ni.dekat dekat lunyai jugakla tangan aku.benda ni pun dah makin jatuh susut nilai dek tangan kasar aku ni.tapi aku tak puas puas jugak.rasa nak lagi.nak lagi.stim gila babi ah.agaknya sebab aku baru tau ke'syok'kan dia kot.kadang kadang pagi petang pon aku bantai.bukan aku kira ada orang tengok ke tak.

nyesal jugak.dah tua tua baru merasa 'main' macam mana.tapi rasa nyesal tu aku dah tepis pakai selipar jepun imran punya,takkan aku nak belajar masa aku darjah satu plak.gila hapa.

mana mana brader yang tau 'main' tu tolong sound sound aku la skit.saya budak baru belajar!






leg note : macam mana nak tangkap gambar kecik(macro)dengan pakai lens 18-55mm je?