Tuesday, March 15, 2011

kekeliluan

dulu gua pakai mozilla musangapi as a browser.pastu gua install Google Chrome and pakai Chrome in case kalau kalau bukak mozilla lembap macam siput khinzir hanya untuk log in Uspot.makan masa yang lama.amat.lagi lama dari makan nasik.

masalahnya :

kalau gua bukak pakai Google Chrome.sangat laju.tak lah selaju Streamix.bodoh apa.laju sikit la dari mozilla.then gua bukak facebook nak reply komen.nak maki hamun kawan kawan.bukak blog gua sendiri.baca blog followers gua.surf blogger lain.blog pipiyapong.firdaus ahmad sembang kencang.blog obey.pjoe benci makanan pedas.blog blog yang gua bookmark tapi tak add.saja.oh lupa,gua ada masalah lagi besar nak cite.

masalah nya :

dah gua komen segala kat facebook tercinta.approve orang add.gua jarang add orang kecuali gadis melayu yang cantik hotmama mia yezzaa dan pict profile pakai bikini nipis atau tengah posing ghairah dengan muka stim mintak penerajang.atau gadis gadis yang langsung tak pakai sebenang pon just lukis coli kecik sekitar puting dan lukis bentuk segitiga di kawasan mahligai semak samun pakai marker waterproof.woaaahh..air liur gua dah menitis.oh lupa,gua ada masalah lagi besar nak cite.

masalahnya :

bila gua bukak ngan mozilla balik.segala komentar yang gua hamburkan di facebook(blog blum lagi bermasalah setakat ni)masa pakai Chrome sebelum tu dah hilang.gua refresh sebanyak sejuta kali lapan pon komen gua takde.semua komen gua masa gua pakai Google Chrome macam tak masuk.jahanam,takkan gua nak komen 2 3 kali.nanti apa plak kata pembaca.tensen!


leg note : 20% entry ada bahasa omputih.tanda gua ada improvement!

habit - tat

8 am : tengah tido

10 am : tak bangun lagi

1 pm : bukak mata.ahh,hujan.sambung.

3 pm : baru nak bangkit.ON pc pasang lagu kuat kuat

3.30 pm : baru nak mandi

4 pm : sahaja aku solat waktu zohor.bukak tenet

4.30 pm : pegi cafe tapau nasik,makan sambil layan movie

6 pm : main game

7 pm : pause game.sahaja aku solat waktu asar.tapau maghrib sekali.start balik game

9 pm : baru rasa puas main game.rasa lapar.buat bodoh.main tenet lagi

10 pm : menggelupur lapar.mandi.pinjam motor napi kuar beli beger

10.30 pm : balik,kompem singgah bilik mat top ke bob ke sedut cite

11 pm : layan movie baru sedut

1 am : abis cite.bukak tenet lagi.pasang lagu sedang sedang

3 am : arghh,ngantuk dah.sahaja aku solat isyak.

rutin hidup aku sepanjang minggu ini.sekian.subuh?ntah.dah bape kali tuang.bangun tido je menyesal.bangun tido je menyesal.haih,ape benda la!



leg note : jangan tiru!

Monday, March 14, 2011

MonoloQue - Tiada Kata Secantik Bahasa [Official Video Clip].mp4



aku suka loque.long live indie!tribute song to allahyarham tan sri p.ramlee

Tiada Kata Secantik Bahasa

Tiada kata secantik bahasa
Untuk ku puji adinda
Tiada gambar secantik lukisan
Nak ku tunjuk perasaan

Oh... dinda puspa gemala
Mengharum jiwa
Hmm...

Oh... dinda puspa gemala
Mustika kanda...

Walau musim berubah
Suasana bertukar
Tapi ikatan mesra
Sikit pun takkan longgar

Tiada kata secantik bahasa
Untuk ku puji adinda

Sunday, March 13, 2011

tasya yang lawa

''ish..macam salah je ni..''ngomel tasya depan cermin.sekali sekali digayakan tubuh gebunya bak model nak terkencing.dah dekat 2 jam dia mencuba.namun satu style haram pun tak jumpa lagi.haram betul.

''macam mana ni.sia sia je aku beli.aunty tu cakap kalau pakai jadi lawa.stylo.funky.ke aku kena buat macam ni''hati kecil tasya berbisik menyalahkan si peniaga.sambil menggayakan lagi aksi model.kali ni gaya lembu meneran najis.nak termuntah tasya melihat aksinya sendiri.

tangannya mencapai satu lagi.kali ni blueblack punya kaler.diselitkan di bahu.putar putar dua tiga kali.selit lagi.sekali lagi mengadap cermin.''hmmm,baru cantik dan manis.hikhik''puji tasya kepada dirinya.memang beliau cantik,memang beliau cun dan gebu.kalau tak takkan pelakon farid kamil boleh buat buat tersalah dail no fon beliau haritu.

''alamak,nampak tertonjol buah dada la plak.dah la tshirt nipis.baju dalam kaler pink.bapak aku pon campak serban kalau tengok ni.ish,payah betul''luah tasya lagi serba tak kena.menyesal pulak rasanya beli banyak banyak.

''macam ni pakai dalam rumah je lah.malu la orang tengok kat luar.macam tak betul je.nak match ngan baju besar kang macam gila sangat plak.kekeke.lantak ah,tak stylo pon takpe lah.kalau nak pakai pon,aku nak cari baju yagn match skit.baru anggun''akhiri tasya sekaligus menamatkan sesi entry kali ni.

''hai,sory lah kak tajima ek.tasya ikut apa yang patut je''kata tasya sambil memandang poster idol kegemaran beliau.

186__700x1500_black-headscarf-hijab-fashion_0

poster tudung tajima yang luarbiasa gojes.




penangan eskrem potong

''plap..plap..plap..plap..''sibuk benar gua tenyeh eskrem ke mulut.meleleh leleh air eskrem cair mengalir sampai ke siku.ahh,gua peduli apa.siku pun gua jilat.eskrem tu sedap.tak sia sia gua ngan udin beli.

''lama lagi ke wan sabarudin?aku dah tak tahan ni.cite gaban jap gi dah nak start ni..''cemuh gua sambil tengok wan sabarudin member remaja gua terkial kial pegang tayar beskal.gua dengan udin baru balik dari umah nik.semalam lagi janji nak tengok video klip britney spears kat umah nik sama sama.namun niat suci gua ngan udin terpaksa dibatalkan sebab bapak nik balik keje awal.3 hari lepas nik dah kena libas atas belakang ngan getah paip.kantoi tengok video klip tu la.maksiat.katanya bapak nik selaku salah sorang ahli surau tua kampung gua.

tapi nik memang cekap macam tikus.cd bapak dia sorok mana ntah boleh jumpa nik cari.tu yang power nya si nik.''best kan aku,ada instinct macam anjing.setakat blueprint rumah aku ni dalam kepala beb''kata nik megah setelah berjaya membongkar almari dan laci bapak beliau.memori getah paip 3 hari lepas langsung tak menakutkan nik.malah berjaya menghasut gua dan udin datang join sekaki.sekaligus mencerahkan peluang gua ngan udin untuk dilibas secara berjemaah.

udin selak rantai beskal kasi ketat dia punya pin.ketuk pakai batu.tengah tengah sawah macam ni mana la nak cari tukul segala.tengah gua syok speed kencang belumba tak takut speedtrap tetiba rantai beskal gua jem.mujur udin ni anak Jasman pomen tayar terulung kat kampung gua.tu la pasal gua rilek je duduk berjemur bawah pokok.biar udin je buat keje tengah panas.gua mana reti pomen.

''''plap..plap..plap..plap..''makin sedap eskrem gua rasa.nak nak tengah panas mencanak gini.stim semacam.

oh,tadi betul betul naseb baik.masa bapak nik balik gua ngan udin baru nak layan feel tengok body mantap britney nyanyi lagu Oops!...I Did It Again.tak berkelip mata udin menatap keseksian britney menari pakai baju kecik nampak celah dua bukit.terus udin duduk kepit lutut.sebelum tu bersila sopan.gua tau dah,kalau bapak nik tak balik masa tu kompem dah inzal si udin ni.gua lain,gua hero.hero macam gua setakat dedah macam tu gua tak heran.

''dah.siap dah.ko naik slow slow la.kang kalau jem lagi malas dah aku.dah la panas ni''jawab udin lemah sambil kakinya melangkah ke parit air.basuh tangan.tiba tiba gua jatuh kesian pada udin.gua tenung muka udin lama lama.udin ni dari kecik lagi dah pandai baiki beskal.mak udin dah lama meninggal.tapi takpela,udin ada ramai kakak.sume dah keje best.

''alah,ko jugak yang ajak aku lumba tadi.jom la cepat.aku nak tengok cite gaban ni''jerit gua.gua terus capai beskal.gua pandang udin lagi.belum habis lagi basuh tangan.tak sampai ati pulak gua nak tinggalkan udin.

''adoii,panasnya.eyh,eskrem aku yang ko pegang tadi mana?bak sini..''sambut udin lagi tanpa berpaling.masih lagi mood basuh tangan.

masa ni gua dah pecut laju laju balik umah.malam nanti jumpa kat surau gua ganti balik duit udin.macam mana boleh gua tak sedar eskrem yang gua makan tadi satu udin punya.patut la makin sedap.udin punya perisa durian.gua punya perisa jagung.

''babiiiiiiiiiiiiiiii..''kedengaran sayup sayup suara udin semakin lenyap dibawa angin.

Saturday, March 12, 2011

127 jams


snapshot20110314034352

first aku tengok preview dia 2 minggu lepas aku rasa macam nak tengok.sebab scene tempat dia belakon tu banyak main dekat canyon grand.lawa view dia.mantap jugak kalau aku boleh pegi amek gambar kat situ.haha.omong budus!

so,aku usaha lah cari kat budak budak ni.tanya punya tanya.ade la sorang baru download.terus aku kopi pastu pegi beli nasik kat cafe.balik je terus aku layan sambil makan nasik.kebiasaan seorang aku yang selalu aku buat ialah aku suka makan nasik sambil layan movie.kalau tak nasik aku rasa tawar.lauk aku beli rasa macam plastik.dan air oren yang aku beli rasa air oren la.takkan rasa tahi musang plak.

biasa je cite dia.takde la gempak mana.cuma starting part tangan dia terlekat celah batu sampai la dia potong tangan sendiri tu ade best skit.dia rekod video sendiri.terkenang memori lama.survive dengan air yang cuma tinggal 300 ml.ade pisau bodoh buatan cina.halusinasi.tekanan perasaan.penyesalan.dan macam macam
moment yang sume manusia akan rasa kalau ada dalam keadaan macam tu.

snapshot20110314034450

masa tangan dipotong.ngeri



leg note : part dia kerat urat nadi rasanya,ngilu sampai ke tulang aku rasa.tu memang jadi.kalau aku,tak sanggup!






Friday, March 11, 2011

petang jumaat

jam dah 3 petang.gua baru lepas mandi,kena hujan masa balik solat jumaat.tiba tiba gua dikejutkan dengan satu panggilan hangit dari consultant tempat gua keje part time 2 minggu lepas.

''hello,ni ************** ke...?ni kak atty ni..''(tiba tiba nama gua tak leh nak taip,keyboard jem)

''aaa ye saya kak,nape ek?''balas gua tanpa salam.tuala gua yang hampir londeh gua ikat kemas kemas.biar berkemban jangan telanjang.itu prinsip gua.walaupun takde orang dalam bilik gua namun gua tetap lelaki melayu yang punya sifat malu.bukan macam member gua si palong.nampak habis jantung pisang setandan.minggu ni dia takde,pegi buat research kat pulau kapas.

''ni hari last untuk hantar dokumen survey haritu tau.adik ada terima emel ke mesej dari kak emma?''

''ada kak emma mesej semalam,tapi saya kat pontian lagi.pagi tadi baru sampai serdang.saya dah cakap nak antar arini.kejap lagi saya sampai sana kak ek''balas gua menipu sunat.

mana ada gua pegi johor.gua terpaksa sebab ade lagi skit benda gua nak setel sebelum antar.bukan salah gua.gua dah mesej Abu Rahman semalam.dia dah lama antar.orang lain pun.yang belum gua ngan partner gua je si Amalina tu.asal baru semalam mesej gua soh antar?harini last plak tu.gua kalau dah mendidih...................

ok,sambung cite..

gua try kol partner gua.semalam dia dah mesej gua nak antar sama.tapi gua ade skit lagi tak siap jadi gua soh dia antar dulu.gua dail no dia..tet.tet.tet.tet.tet.tet.tet.tet.tet.tet..(10 kali tet sama dengan no henset beliau)

''salam,weh amalina.ko da antar dokumen kat zetta?''soal gua terus tanpa gelak gelak malu atau bertanya kabar.gua memang macam tu.simple and humble.

''dah,lepas aku mesej ko tu aku pegi terus la.takut la aku nak antar lambat.dia dah cakap kan arini last.ko ni dah antar belum?''jawab beliau panjang berjela.gua tanya sikit je.

''ko tu sume ko takut.aku nak antar la ni.masa ko antar semalam dia ada soh buat pape tak.kena ketuk ketampi ke,buat senamrobik ke.ada?''soal gua kot kot gua kena denda ke nanti sebab antar lewat walaupun dah terang terang salah dorang.

''takde la,gila la ko.takkan la dorang soh buat macam tu.hahahaha''kata beliau menghina gua dan gelak macam langsuir.

''aku tanya je.mana la tau.okeh.aku nak gerak dah.assalamualaikum''terus gua letak tanpa tunggu salam berjawab.gua memang macam tu.seorang yang kurang ajar.pasal tu la gua masih lagi belajar dan belajar.

gua turun bawah pinjam motor Apo.kalau naik motor gua kompem banjir surut balik baru gua lepas pegi Bangi.hujan hujan macam ni bukan boleh kira.

tiba tiba gua dengar ade orang ketuk pintu bilik gua.nampak kepala iqbal muncul sambil senyum melirik.bajet ayu.cis.

''weh,kata nak kuar makan.jom ah,openg dah tunggu bawah''kata beliau.oh,baru gua teringat gua ada date ngan rakan rakan gay gua.jadi entry gua sampai sini saje.haha!




leg note : skrip paling bangang dalam cite kak limah pada gua ialah ''saya ada gout'' yang di ucapkan oleh pakgad tua!

semoga masuk syurga

mari kamu beristighfar.mari kalian berdoa agar.

mari semua insaf sementara,selagi bencana belum tiba.

alahai,aku tahu jenis kamu wahai manusia.

kamu akan leka macam tiada hari hujungnya.

kalau sudah terkena,biarpun cuma tempiasnya terasa.

hati kamu sudah gundah gulana macam apa.

memikirkan dosa sebelumnya,memikirkan pahala dikumpul baru seberapa.

angkat tangan kamu selepas solat,panjangkan doa dan mohon hajat.

moga moga kalian insaf sampai kiamat,bukan sekerat sekerat!





leg note : pedih kalau kena ni,ngan aku sekali!!

Thursday, March 10, 2011

bukan belaan aku

ade kapel seronok berkhalwat di bilik aku sekarang.
asal aku tutup lampu tengah malam je bunyi katil begoyang.dasyat!


DSC01193

beliau dan pasangan maksiatnya

DSC01171

celik pagi pagi tenung makhluk asing ni buat aku rasa nak sambung tido!

Tuesday, March 8, 2011

sesi kaunseling bersama mak gua

malam tu gua keenakan bersilang kaki atas kerusi rotan abah gua.jarang jarang balik kampung jadi gua decide ni lah masanya gua nak pulun tengok raja lawak puas puas.bernafsu sangat lah gua kalau buat benda khurafat macam ni.remote kat tangan gua tak lepas,takut adek jantan gua rembat pastu pasang lagi dia punya cite Hantu Kak Limah cukup untuk 3 hari hatrik.meraung gua nanti.

dari dapur mak gua datang bawak dulang.emm,air milo lagi.untuk abah gua.abah gua tak berapa nak sihat sekarang.maklum lah orang lama pencen.dulu bapak gua ahli sukan,boleh kata semua sukan dalam dunia abah gua boleh main.tapi bila dah pencen ni.gua ajak main kad pon abah gua dah tak berapa minat.

gua mula perasan mak gua macam ade sesuatu nak bagitau gua.gua buat selenga.saja gua nak duga kehebatan mak gua membaca air muka gua.kerek.

''..long,mak nak cakap ngan kamu sikit boleh?..''pancing mak gua cuba bermadah dengan makhraj tersusun dan lemah lembut.bimbang takut gua terasa hati dan merajuk terus masuk tido.

''..apa dia mak..?''celah gua.gua bangun duduk bersila,tanda gua serius dan bersedia.mana tahu tiba tiba mak gua bagi siku laju laju atas kepala gua.boleh jugak gua tepis pakai ilmu silat membabi buta yang gua belaja kat youtiup.

''..sejak kamu balik ni lain macam plak mak tengok kamu.mula mula mak ingat perasaan mak sebagai ibu penyayang aje.rupanya baru mak sedar,kamu ni dah besar rupanya.dah la hensem,kacak,penyabar macam abah kamu muda muda dulu..''cetus mak gua sambil pandang abah.gua kerutkan dahi.mencari cari makna di sebalik kata kata mak gua tu.

''..mak ni nak kata tua sangat tu takdela long,kalau nak dibanding dengan makcik makcik kamu yang dah bebelas tahun menopos kat kampung tu,mak kamu ni lagi hot.bergetah lagi orang kata..''seloroh mak gua.gua dah bleh hidu jarum halus yang mak gua cuba bangkitkan.gua sabar menunggu bicara mak gua seterusnya.

''tapi kita manusia ni takde sorang pun yang hidup kekal long.macam mak jugak.macam abah kamu jugak.kalau boleh long,mak nak la tengok kamu ade keluarga kamu sendiri.ade bini,ade anak.macam adik pompuan kamu tu.anak sedara kamu si amin tu dah nak masuk 3 tahun dah.mak rasa,nak sangat sangat tengok kamu plak bagi cucu kat mak..''luah mak gua dengan penuh perasaan mengada ngada dan mimik muka sesedih mungkin..

''mak gua ni belakon ke ni''getus hati kecik gua.selalu sangat tengok rancangan pilih kasih macam ni la jadinya.

gua dah serba salah.mulut gua terkunci rapat.gua pandang abah.mencari penyelamat.abah gua buat buat tengok tv.tanda demokrasi seorang abah yang bersifat berkecuali.selalu abah gua tak berapa layan raja lawak ni.malam ni abah....sangat fokus.

gua tarik nafas dalam dalam.gua cuba bertenang.gua susun ayat serata mungkin..''mak,gua tau apa yang mak maksudkan.bukan gua tolak jodoh mak.sape la yang taknak kawen.cuma gua rasa gua ni belum mampu lagi mak.gua kacang je setakat nak bagi mak 10 orang cucu pun.cuma bab nafkah nak bagi anak anak makan tu yang gua tak mampu lagi tu.kalau nafkah bini hari hari pun gua boleh..
kikikikiki''kata gua sambil buat lawak mintak penampar.

''ntah la long.mak takut kamu tu terlalu ikutkan hati sangat.suka sangat enjoy dengan kawan kawan kamu tu.ijam anak makcik jah yang baya kamu tu pun dua kali lima jugak macam kamu.mak takut long,takut kamu lupa kamu tu bukannya muda sampai ke mati.mak saje saje cakap je ni long,kamu jangan plak terasa ye.mak tau kamu ni sensitip.muka ganas hati kuntum.mak nak ingat kan kamu je long..''

''..gua pun tak tau la mak.senang senang mak pinang je kak Senah janda bontot besar tu kat gua.habis cerita..''kata gua bagi penamat.mati kutu dah gua.tak tau dah nak cakap apa.nampak abah gua tiba tiba senyum.ada la tu skandal muda muda tu.cehh!

''..Senah janda?no..no..no..i dont let u..mak tak izinkan.setakat muka lawa body tiptop tapi semua jantan nak di layan tak payah la long.mak sumpah kamu kalau kamu kawen ngan betina gedik tu..''

''dah tu,mak nak sangat cucu dari benih gua.pegi la mak,tolong sunting kak senah untuk gua.cucu mak nanti kompem hensem macam amir khan pujaan mak tu..''gua dah dapat rasa kemenangan berpihak pada gua.mak gua sekali lagi akan beralah.

''..kalau dah jodoh gua dengan kak Senah,takkan la mak nak halang pilihan gua..kan mak?..''sambung gua lagi dengan point yang bakal buat mak gua bangun pagi pagi esok pegi bakar kedai nasik kak Senah.

''..jodoh kepala hotak kamu..dah pegi tido,mak nak layan desperate housewive ngan abah kamu.malas dah mak nak berdiskusi ngan kamu.payah becakap ngan orang universiti ni''akhiri mak gua.mengalah.

gua bangkit dari kerusi masuk ke bilik.sambil gua baring atas tilam gua dah dapat bayangkan,esok gua nak beli nasik kat kedai kak Senah janda lagi.gua teringat lagi senyuman kak Senah hadiahkan pada gua semalam.manis!






leg note : masih tak tahu nak cakap apa.