Tuesday, March 8, 2011

sesi kaunseling bersama mak gua

malam tu gua keenakan bersilang kaki atas kerusi rotan abah gua.jarang jarang balik kampung jadi gua decide ni lah masanya gua nak pulun tengok raja lawak puas puas.bernafsu sangat lah gua kalau buat benda khurafat macam ni.remote kat tangan gua tak lepas,takut adek jantan gua rembat pastu pasang lagi dia punya cite Hantu Kak Limah cukup untuk 3 hari hatrik.meraung gua nanti.

dari dapur mak gua datang bawak dulang.emm,air milo lagi.untuk abah gua.abah gua tak berapa nak sihat sekarang.maklum lah orang lama pencen.dulu bapak gua ahli sukan,boleh kata semua sukan dalam dunia abah gua boleh main.tapi bila dah pencen ni.gua ajak main kad pon abah gua dah tak berapa minat.

gua mula perasan mak gua macam ade sesuatu nak bagitau gua.gua buat selenga.saja gua nak duga kehebatan mak gua membaca air muka gua.kerek.

''..long,mak nak cakap ngan kamu sikit boleh?..''pancing mak gua cuba bermadah dengan makhraj tersusun dan lemah lembut.bimbang takut gua terasa hati dan merajuk terus masuk tido.

''..apa dia mak..?''celah gua.gua bangun duduk bersila,tanda gua serius dan bersedia.mana tahu tiba tiba mak gua bagi siku laju laju atas kepala gua.boleh jugak gua tepis pakai ilmu silat membabi buta yang gua belaja kat youtiup.

''..sejak kamu balik ni lain macam plak mak tengok kamu.mula mula mak ingat perasaan mak sebagai ibu penyayang aje.rupanya baru mak sedar,kamu ni dah besar rupanya.dah la hensem,kacak,penyabar macam abah kamu muda muda dulu..''cetus mak gua sambil pandang abah.gua kerutkan dahi.mencari cari makna di sebalik kata kata mak gua tu.

''..mak ni nak kata tua sangat tu takdela long,kalau nak dibanding dengan makcik makcik kamu yang dah bebelas tahun menopos kat kampung tu,mak kamu ni lagi hot.bergetah lagi orang kata..''seloroh mak gua.gua dah bleh hidu jarum halus yang mak gua cuba bangkitkan.gua sabar menunggu bicara mak gua seterusnya.

''tapi kita manusia ni takde sorang pun yang hidup kekal long.macam mak jugak.macam abah kamu jugak.kalau boleh long,mak nak la tengok kamu ade keluarga kamu sendiri.ade bini,ade anak.macam adik pompuan kamu tu.anak sedara kamu si amin tu dah nak masuk 3 tahun dah.mak rasa,nak sangat sangat tengok kamu plak bagi cucu kat mak..''luah mak gua dengan penuh perasaan mengada ngada dan mimik muka sesedih mungkin..

''mak gua ni belakon ke ni''getus hati kecik gua.selalu sangat tengok rancangan pilih kasih macam ni la jadinya.

gua dah serba salah.mulut gua terkunci rapat.gua pandang abah.mencari penyelamat.abah gua buat buat tengok tv.tanda demokrasi seorang abah yang bersifat berkecuali.selalu abah gua tak berapa layan raja lawak ni.malam ni abah....sangat fokus.

gua tarik nafas dalam dalam.gua cuba bertenang.gua susun ayat serata mungkin..''mak,gua tau apa yang mak maksudkan.bukan gua tolak jodoh mak.sape la yang taknak kawen.cuma gua rasa gua ni belum mampu lagi mak.gua kacang je setakat nak bagi mak 10 orang cucu pun.cuma bab nafkah nak bagi anak anak makan tu yang gua tak mampu lagi tu.kalau nafkah bini hari hari pun gua boleh..
kikikikiki''kata gua sambil buat lawak mintak penampar.

''ntah la long.mak takut kamu tu terlalu ikutkan hati sangat.suka sangat enjoy dengan kawan kawan kamu tu.ijam anak makcik jah yang baya kamu tu pun dua kali lima jugak macam kamu.mak takut long,takut kamu lupa kamu tu bukannya muda sampai ke mati.mak saje saje cakap je ni long,kamu jangan plak terasa ye.mak tau kamu ni sensitip.muka ganas hati kuntum.mak nak ingat kan kamu je long..''

''..gua pun tak tau la mak.senang senang mak pinang je kak Senah janda bontot besar tu kat gua.habis cerita..''kata gua bagi penamat.mati kutu dah gua.tak tau dah nak cakap apa.nampak abah gua tiba tiba senyum.ada la tu skandal muda muda tu.cehh!

''..Senah janda?no..no..no..i dont let u..mak tak izinkan.setakat muka lawa body tiptop tapi semua jantan nak di layan tak payah la long.mak sumpah kamu kalau kamu kawen ngan betina gedik tu..''

''dah tu,mak nak sangat cucu dari benih gua.pegi la mak,tolong sunting kak senah untuk gua.cucu mak nanti kompem hensem macam amir khan pujaan mak tu..''gua dah dapat rasa kemenangan berpihak pada gua.mak gua sekali lagi akan beralah.

''..kalau dah jodoh gua dengan kak Senah,takkan la mak nak halang pilihan gua..kan mak?..''sambung gua lagi dengan point yang bakal buat mak gua bangun pagi pagi esok pegi bakar kedai nasik kak Senah.

''..jodoh kepala hotak kamu..dah pegi tido,mak nak layan desperate housewive ngan abah kamu.malas dah mak nak berdiskusi ngan kamu.payah becakap ngan orang universiti ni''akhiri mak gua.mengalah.

gua bangkit dari kerusi masuk ke bilik.sambil gua baring atas tilam gua dah dapat bayangkan,esok gua nak beli nasik kat kedai kak Senah janda lagi.gua teringat lagi senyuman kak Senah hadiahkan pada gua semalam.manis!






leg note : masih tak tahu nak cakap apa.

4 comments:

Pistachio said...

kira... senah tuh bakal menantu gua gaks khennn?

eerrr.. lu ni dan jadi bujang terlajak ke hape? gua syak, umur lu 40 tahun ni..!

karatz said...

belum lagi.senah tu tua 15 tahun dari gua.kakakaka

huish 40?simpang..cabai mulut lu.huh

Sutera_suci said...

Muka ganas, hati kuntum?

Terbaik la mak!

Haha

Padan muka..kekeke


Opss..salam kenal:)

karatz said...

salam kenal.. =)