Sunday, November 27, 2011

cuti 3 hari.bukan 2 hari

pagi jumaat :

idan : ''babi keje banyak gila,kalau minggu ni tak siap mampos kena tiau ni,kensel aku balik perak.dok opis lagi bagus kasi siap keje''

raden : ''Bi bukan tanak balik,bi ada keje banyak ni.kena stay opis.minggu depan ek sayang''

napi : ''aku ingat nak gi mancing ar malam karang.korang nak ikut tak''

gua : ''gua nak layan movie start malam ni sampai hari isnin.pedulik lah,bil letrik company bayar kan?''


jumaat malam :

napi dah blah awal-awal balik umah akak dia.
idan pegi lepak umah epol.
raden balik umah abang dia kat bangi.



gua?








gua betul-betul tengah layan movie.sial budak budak ni!






p/s:kadang kadang jujur sangat pon bodoh jugak.

Wednesday, November 23, 2011

malam ini

malaysia akan melawan syria malam ni.gua dah bajet duit tiket.gua pegi beli towel ngan stokin dekat downtown mines tadi.first time gua round round situ.best jugak tempat dia.gua agak nanti tempat tu akan lagi femes dari mana mana downtown dalam malaysia ni.kenapa?sebab tapak khemah dorang buat atas trek atau macam trek tu.tak reti lah gua nak explain sebab gua tak penah belajar skit pon pasal construction pejadah sume.yang gua tau dia macam trek.jadi best nak jalan jalan ke apa.

dia punya sistem khemah pon agak memudahkan brader brader kat situ nak meniaga.lain lah dengan yang lain.khemah yang dikelilingi pagar.sebijik macam kandang tapi praktikal la bagi gua.senang nak bungkus barang barang dan pasang kanvas kalau hujan.tinggal dan kunci.simple.very reliable la(celaka,cakap mat saleh plak gua an)

malam ni gua akan ke bukit jalil.gua nak chant seluruh jiwa dan raga gua.gua nak tunjukkan gua juga seorang rakyat yang sayangkan negara walaupun gua tak suka fakri dan mahali dan jua tamil arasu.tapi gua sayang malaysia.gua bagi sokongan setakat termampu saja lah.lagipon tujuan hidup manusia ni bukan untuk bola je kan.sory lah,gua tengah layu skunk ni.ntah ape kena ntah tetiba je sedeh dan teringat mak dan abah gua walaupun gua baru 2 sampai sini.


p/s: ni sebab gua tido dalam ekon pakai boxer je kot pagi tadi.

Friday, November 18, 2011

upsr di satu masa dulu

dengan berbekalkan teh o panas dan nasik belauk feveret,gua layan astro awani pagi pagi lagi.tadi ape pasal mata gua takleh nak lelap lepas subuh pergi ke tengah hari macam biasa pon gua tak tahu.gua terus fokus kepada tv.kalau tengok tv tak fokus baik pergi dengar radio sambil cium bau kuku.lagi berfaedah gua rasa.


gua perati betul betul.berita tu tunjuk budak sekolah menangis ramai ramai.ada yang teriak.ada yang takleh nak cakap pape.sebak.ada yang rilek je tapi mak bapak plak yang lebih lebih.yang pasti berita tersebut membuatkan jiwa darjah 6 gua kembali meronta.


sedara mara gua kebanyakan nya adalah kaki buku sekolah dan kaki lawan sape paling bijak.dan gua tidak berada dalam kedua dua kaki itu.kaki gua ialah kaki guli.kaki jerat burung dan kaki pukul ikan haruan dalam sawah.dan sehari gua tak main guli sama macam orang baligh yang dah kawen tapi meninggalkan aktiviti senggamanya.


masa result UPSR gua diumumkan,gua awal awal lagi dah ada kat sekolah sekali dengan bapak gua.bapak gua menunjukkan reaksi agak tidak hensem semasa melihat huruf A ada sekor je dalam slip peksa gua.lain sume B.masa tu belum wujud lagi ayat''senyum..tak perlu kata apa-apa..''dan gua sangat teruja bapak gua bagi gua 5 ringgit kerana dapat 1 A.balik rumah mak gua up lagi 5 ringgit.gua bersyukur tak dapat 4 A sebab nak skor sekor pon payah nak mati,inikan pulak 4 ekor.balik je dari sekolah gua terus packing baju selai dua naik bas balik kampung.gua dah janji dengan awak-awak kat sana nak bantai ikan sawah melintas atas jalan bendang malam malam.orang sini panggil 'menyuluh'.


beza antara shahrul azwari dan fakri saarani adalah shahrul azwari diberi peluang beberapa kali sahaja dalam skuad kebangsaan dan dia berjaya membuktikan yang beliau memang kaki rembat gol.dan fakri pula sudah beberapa puluh kali diberi peluang tetapi masih bangang seperti biasa.


Ultras Malaya, ekor Harimau
Malaya
Ultras Malaya, ekor Harimau
Malaya
Kami turun ke kedai pendi
Satu jiwa sokong Malaysia
Indon durjana!dibunuh saja..



Wednesday, November 16, 2011

entry terpendek dalam hidup gua

pendeekkkkkkkk

ok.dah!










nampak bangang sangat kalau gua ending kat situ je kan?jadi gua kasi elaborate la skit.musim musim ujan ni tangan gua pun dah kaku nak menaip.campor tade mood.tekontang kanting je idup gua ni.cari keje pon ta dapat.baru baru ni gua jumpa member lama gua.budak jerteh.keje dekat perak,tapi dah brenti notis 24 jam.on the way nak balik jerteh singgah kota bharu.ape jadah dia datang sini gua tak tau.yang pasti malam tu tak abes topik nak cite.nak sembang sampai pagi pon gua dah ngantok nak mampos.nasib member gua sempat tangkap emosi menguap gua,menandakan gua sikit lagi nak landing dalam pinggan roti canai.

sebelum blah,gua salam peluk dakap erat erat.tanda esok pagi gua tak mungkin boleh hantar beliau naik bas sebelum tengah hari.alah,dia check in pun sebelah bus stand bandar je.

B : ''serius lu tak keje?''

gua : ''tak,keje biasa biasa ada la''

B : ''heh..beb.gua dah campak certificate gua.satu sen takde makna lu tau''

gua : ''hahaha.gua paham.gua tumpang simpati.lu hidup dengan gembira.Tuhan Maha besar''

B : ''lu pon..datang jerteh kontek gua''

gua : ''insyaAllah.gua chow,assalamualaikum''


gua kadang kadang terpikir.tak semua orang bernasib baik.dan orang yang tak bernasib baik selalunya ada alasan tersendiri,yang bila orang lain dengar dia akan kata ''ceh,alasan''









p/s : oh mama,saya mau kawen!

Wednesday, November 9, 2011

kurban

gua susun daun daun pisang atas tanah secara penuhkan saf dan rapat rapat.tokwan gua pesan semalam kena susun elok elok.dan cari batang kayu besar satu depa buat bantal.terdetik jugak di hati gua kenapa daun pisang yang jadi pilihan dan bukan daun kelapa atau daun keladi.namun bila memikirkan tapak tangan tokwan yakni ustaz wan ahmad (imam tua kat kampung gua)sama besar dengan sarung glove goalkeeper peter schmeichel gua tak jadi nak bangkang.sekali kena tapak ngam ngam ukurlilit dia penuh satu muka.tak berani!tak berani!

hari ni bakal jadi sejarah.gua akan jadi ahli kariah sempena korban lembu.walaupun belum akil baligh tapi keadaan itu tidak menghalang gua untuk tunjuk power depan aishah,kakak kepada bukhari member sebaya gua.sama sama darjah satu.aishah memang lawa.gua bekenan dengan raut wajah aishah yang suci mulus takde jerawat walau sekutil pon.tak mekap pon lawa.ye lah,baru darjah 3 kot.tua dua tahun dari gua.kecik kecik dah lawa.sebab tu gua aim awal awal.gua dah target aishah dalam the dream of future planning wife gua.gua kalau bab management planning memang tiptop.action je yang takde.

saat ketibaan lembu lembu jemputan seramai 5 ekor.maka aksi sembelihan pertama bakal dimulakan.tok sedara gua mengambil tempat dif kehormat yaitu tukang sembelih.sorang amek bahagian kepala.2 3 orang tang perut.2 orang lagi tang kaki.gua dengan berani matinya amek port bahagian ekor.boleh pegang ekor pon jadi lah.budak budak lain mana berani,penakut nak mampus.setakat tengok je baik pegi balik la.tengah menyelit menyibuk dengan kariah korban gua nampak aishah dengan mak dia senyum senyum tunjuk kat gua.kagum amat dengan keberanian gua barangkali.oh Tuhan,kali ni kompem gua dapat aishah.mak dia pon nampak setuju sangat dah tu.







''eyh,kau budak kecik pegi main jauh jauh.kang tak pasal pasal kena tunjal dengan lembu ni''








gua tak kenal dan tak ingat sape pakcik misteri yang sound gua tu.yang jelasnya sebab pakcik tulah gua terpaksa balik rumah atok gua sambil nangis nangis.gua malu dengan orang kampong.dan paling perit dalam hidup gua,aishah nampak tangisan gua.dan sebab pakcik tu lah gua kehilangan aishah.bagero!