Monday, October 31, 2011

etak dan gua

bangun sebelum subuh pagi pagi pegi mandi.air sejuk nak mati.rasa urat gua mengecut,bontot terkemut kemut menahan dingin embun.tak larat kemut dengan punggung gua silang tangan peluk tubuh gua sendiri.jangan pelik,tak stim pun.gua naik atas rumah pakai baju siap siap tunggu azan subuh.atok gua tengah solat tahajud agaknya.dengan sayup sayup suara nenek gua mengaji.gua yang longlai atas kusi,tersedar tiba tiba.dah azan rupanya.lu belum tau lagi nenek gua,kalau dia jerkah orang.

dah usai solat subuh gua diwajibkan mengaji satu juzuk.pakcik gua belum bangun lagi,biasa dia kena sedas dua batang kayu atas belakang baru reti nak bangun.tapi dah kena hari hari jadi kebal.gua kena sekali terus taubat.atok amek side belah kanan gua,nenek side belah kiri.atok gua biasa ajar gua baca quran besar.sebab quran kecik gua dah setel awal awal.

''naik pangkat,boleh makan pulut kuning''kata atok gua.gua ingat lagi atok gua paling hepi masa majlis khatam quran.zaman gua budak budak khatam quran kecik bawah 6 tahun bukan sesuatu yang paranormal.

dah abes mengaji tu lah masanya yang paling gua suka.paling gua tunggu tunggu.ngam jam 8 pagi gua dah ada kat depan tangga.bunyi hon motor pakcik etak salai adalah bunyi yang paling merdu dalam dunia selain suara vokalis Ukays dan mamat exist oh ibu.etak salai dengan nasik panas.budu plus cili potong.uhhhhhhh,gua berani tetak orang kalau kacau gua makan pada waktu itu.sumpah!





lepas tu takde benda lain dah.lawan biji guli la.takkan gua nak pegi main snuker plak!






leg note : oh lupa,kalau kalau lu tak kenal etak.

Monday, October 24, 2011

berita sukan

Man United adalah team yang sangat kuat bila berdepan dengan team yang kuat.walaupun mereka kalah teruk dengan Barcelona masa liga juara juara 2011 tapi kekalahan itu sangat membanggakan sebab refferee tak gila kad merah dan linesman tidak secelaka linesman FAM.cuma corak permainan dan skill berpasukan Barcelona lebih 'menjadi' dan mereka menang.well,peduli apa gua.Barcelona ngan Man U memang dua dua gua minat.pam pam param pam.

The Red Warrior gua 'balik awal' pada kejuaraan Piala Malaysia tahun ini.nyata Terengganu lebih hebat samada home dan away.dua dua dorang tapau.minat gua pada manaf mamat pemain berskill tinggi lagi berprestij.First gua tengok skill power manaf masa final piala FA.lain dari yang lain.start dari tarikh itu gua cop manaf sebagai pemain yang punya kehebatan tersendiri,selain dari Hai O yang suka sangat tanduk bola dengan kepala botaknya masuk gol bertubi tubi.dan N9 bakal masuk final bersama terengganu.apesal King Gopal the great of padayappa tak amek manaf ah?crazy basted.

malam ini Man United menunjukkan prestasi super duper keldai pendek oink oink.kena titik 6-1 adalah perkara memalukan pada gua.ini kerana budak budak chelsea,liverpool dan arsenal non stop bahan gua di padang futsal.gua skor sebijik je tadi,akibat gangguan suara suara ayam yang lepak kat bangku.

''wei nani nak sepak penalti tuu..''
''sial rooney gelecek macam edin dzeko''?-wtf
''park jisung jubor hitam''-ni langsung takde kaitan ngan gua.
''alaaa,main 5 minit dah pancit.tak Gigs langsung''
''wei gila,patut la Man U kalah.lu pakai jersi kaler Man City''-ini bodoh!

Thursday, October 13, 2011

bayangan dalam hujan pekat malam

tadi lepas maghrib gua dengan member gua,pegi umah abang dia naik moto.pagi esok dia ada intebiu.pegi pinjam baju,seluar dengan belt sekali untuk azimat dan berkat.sebelum ni dia intebiu pakai baju abang dia kaler biru.konon macam support kerajaan dengan keyakinan kompem dapat.bidaah betul.masa balik tengah jalan hujan lebat.tepi jalan pun hujan.takleh nak buat apa.redah jugak.buat style drive thru.oleh sebab gua pakai suar jeans panjang dia pakai suar pendek maka alur alur air,lopak kecik,lubang suku kaki sume dia redah.sama sama basah katanya.ada skit campur gelak gelak bahalol.gua kata terjun kolam lagi bagus.dia diam.

dulu kecik kecik hujan ni mainan gua je.hujan pun gua buat main.nampak sangat gua samseng.tapi dekat kampung mak gua lah.dulu gua duduk dengan tok nenek.setahun je.masa tu darjah satu.asal hujan je gua turun,kira macam orang gomen wajib pegi keje pagi pagi lah.macam tu lah sinonimnya gua dengan hujan.eyh..ke akronim.ke ning baizura.pegi mampus lah.janji bunyi nim nim.

gua turun gua pegi seru nazri,gua pegi sound akmal,gua pegi ketuk umah bukhari.masa tu pakcik gua ade sorang yang tua setahun dari gua.so kamceng
ah kiranya.sama sama turun bersunway lagoon.ramai ada,campur sepupu sepapat pompuan sama level.mula mula main polis entry.gua takyah cite la,watak antagonis gua tapau dulu.tak kira gua team ngan laki ke pompuan ke gua nak jadi pencuri jugak.tak tau pasal apa.dia punya 'ganas' tu semacam kot.action masa kena tangkap dan nak lepaskan diri dari bulatan polis time kena kepung tu betul betul TRUE bagi gua.

lepas main polis kalau hujan tak reda lagi gua sambung pegi mandi kat air terjun Niagara.serius gua tak tipu,sebelah je dengan umah nenek gua.air hujan tu turun dari bumbung umah tok sedara gua.bapak best dan marvelesnya.yang gua bengongnya sekarang ni gua boleh lupa masa tu gua mandi bogel ke pakai sluar pendek?cis~!!








ni lagi cis.gua usha masa blogwalking.rm 150 je dia jual buku ni.pundek tul.gua sanggup bayar rm 500.ansuran 10 kali bayar selama setahun.rare ni!












celaka.seram pulak buat tajuk entry cenggitu.

Saturday, October 8, 2011

header baru tanda azam baru

setelah gua tengok hasil kerja(tengok dan tiru) gua selama 4 hari tanpa berblog.


gua perasan ade rongak sana sini.


oh ye..terlupa tentang azam baru gua.

..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..

sama macam tahun sebelum ni!ni azam gua tahun lepas...sini




p/s: walaupun malaysia kalah semalam tapi gua puas hati.sekor refree kena slide atas padang.gud job reuben!