Monday, June 25, 2012

ape benda la pegi keje hari isnin

tap..tap..tap...

tap..tap..tap..tap..tap..tap..tap

tap..tap..tap..tap..tap


abes keje gua setelkan, bantal dan tilam berabuk gua bak bagai memanggil manggil dari rumah. kepala gua dah sendu sendu nak pitam. mata pun kejap rabun kejap berair. sesekali gua menguap sambil berbunyi kerbau mengejutkan kak sham kat sebelah gua. nampak macam dah tersalah kira akaun kewangan dan mental kerana nguapan gua yang padu.

''tengok bola la tu ngantuk sampai macam tu sekali, dah la salu lambat. aiiii... aku pun suka keje gitu'' ngomel kak sham berbulu.

pikah ngan cik za membalas perlian kak sham dengan gelakan kecil. takut nak gelak macam biasa sebab big bos ada.

gua malas nak melayan kak sham sebab dia dah tua dan tidak hot macam akak akak opis tingkat atas.kalau tak boleh jugak gua senyum dan kenyit mata tanda gua sikit pun tak marah.

''pikah ngan cik za tak payah nak hikhikhikhik sangat.. gua tido depan meja korang karang tau le''

gua bangun dari kerusi masuk bilik pantri. harap-harap khasiat kopi hitam boleh memberi kekuatan makrifat pada gua sampai ke petang. kedengaran big bos gua,bos no 2 gua dan bekas bos no 3 gua tengah buang masa dalam bilik meeting. cite bola,cite masalah pendatang asing,cite tak pandai mengaji bertukar-tukar topik. tiba-tiba nama gua diseru di balik pintu bilik.

''aaron aziz..oo aaron aziz...kau sini jap''panggil bos no 2 gua. gua tanpa ingkar dan penuh arahan terus masuk bilik meeting.

''mende bos?'' tanya gua bermalas malasan.gua pandang muka big bos dengan bekas bos no 3 gua. nampak seolah-olah mereka mengharapkan sesuatu kepastian dari gua.

''errr..kitorang ada hal skit nak tanya kau..kau pandai tak mengaji?'' tanya bos no 2 gua.

''boleh lah bos.gua takla pandai sangat.kenal huruf tau baca je la.asal?''

''errr..camni..kitorang sebenarnya...errr'' luah big boss gua tergagap gagap.


10 minit separuh masa pertama...........................gua tutup mulut gua dengan tangan

20 minit separuh masa pertama..........................mata gua dah berair

30 minit sebelum gua balik kerja..........................gua dah tak tahan



...........................31 minit kemudian..................................




''kahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkah..''gua gelak sambil keluar cepat cepat.



''woi,kau bagitau sapa-sapa aku 3 orang kerjakan kau nanti'' ayat terakhir yang gua dengar sebelum gua simpan laptop dan tutup pintu opis.ketawa gua belum habis lagi.





leg note : gua rasa sungguh bersyukur kerana umi gua ustazah tak bertauliah yang paling sabar mendidik gua kala dulu.


Sunday, June 24, 2012

fap fap fap

salam.

sebelum startnya quater final euro spain lawan perancis ni maka eloklah gua taip cepat cepat. dengan harapan team La Furia Roja gua tak main telor macam german semalam.walaupun german menang tapi dia punya game macam agak bangang. semua game euro 2012 ni gua tak penah miss dan gua harap begitulah juga dengan puasa gua yang bakal tiba nanti insyAllah.


sejak euro 2012 dah banyak kali gua datang lewat ke opis dan banyak kali juga lah bos no 2 gua sound gua direct.banyak kali juga gua mintak maap dan banyak kali juga gua ulang kesalahan yang sama.kah kah kah.ingat gua taktau ke dia punya hangin bukan sebab gua lambat tapi The Oranje dah bungkus awal balik kampung tanam sayur.

Dan lagi,gua mohon kepada stesen tivi dah dah la buat iklan pasal negeri tercinta gua.takde maknanya dan sangat-sangat lah annoying gila. kalau macam iklan petronas ke gua on je tapi dekat dekat nak ngundi ni gua rasa bodoh sangat lah motif iklan tersebut. potong stim betul gua tengah cite layan neelopa bawak lori tetiba ada iklan persis tahi.

untuk mengurangkan strees gua, gua alu alu kan diri gua untuk layan lagu ni.ni kalau band wali yang bawak ni kompem meletup lagu ni.lagu je ek,bukan layan cite. cite dia gua dah pijak pijak pecah dua.


http://www.youtube.com/watch?v=6js5v85hy7g


Wassalam.