Saturday, January 30, 2010

mari berdongdang

kita impikan isteri yang cantik.bukan sahaja cantik tapi cukup dengan pakej pakej untuk kepuasan mata macam seksi depan kita je,bergebu,berbody lawa,berkulit licin,alim banyak sikit,tak kasar macam pakistan jual karpet,cakap lemah lembut,setia,penyayang,masih dara dan berapa ratus juta lagi bodek bodek sekelian alam.

kita impikan anak lelaki yang soleh,hensem macam bapak dia(kita),kuat,tak melawan mak bapak,suka menolong,tak kedekut,peramah,bijak sikit dari anak orang lain,tak sombong macam anak jiran sebelah umah,tak cacat dan macam macam lagi kesempurnaan seorang anak lelaki.

kita impikan anak perempuan yang cun macam mak dia,turut perintah,jarang keluar malam,tak suka ikut mat rempit pegi lap depan KLCC,tak suka join mat mat kete jenis pakai baju angkat kolar rambut terpacak pakai rantai besi,duduk rumah hari hari jaga badan,main dengan adik adik je,tak tinggal solat dan berbagai lagi.

kita impikan keluarga yang bahagia yang macam iklan dalam tivi asyik senyum 24 jam langsung takde masalah,keluarga yang penuh dengan gelak ketawa macam sitkom senario,dan keluarga yang ada bela jin macam cite bawang putih bawang merah mana tau ada emerjensi kes nak kena pakai orang tengah setel problem.





kita?kita macam mana?






leg note : tengah tunggu azan subuh...ehem!


Thursday, January 28, 2010

basbasbodo

rata rata setiap orang disini sering ingin cepat.sama ada mahu ke kelas atau mahu keluar dating ataupun jalan jalan pegi tempat tempat baik punya macam Mines.dan seluruh warga kampus ini sering menjadikan bas sebagai medium untuk bergerak.terutama nya junior junior.

aku seorang yang tak suka naik bas.bukan aku belagak.cuma ada hal hal tertentu yang mesti aku pakai bas,aku akan naik.semalam tumpang kawan macam biasa pergi ke kelas hari hari.sangat berat kalau bawak laptop ke hulu ke hilir konon bagus.macam student phd.haha

aku habis kelas awal dan kawan pula masih ada kelas lain.jadi aku buat keputusan untuk balik sendiri dengan menaiki bas.15 minit menunggu rasa macam lama,tapi masih boleh kontrol hero.tengah hari panas dan letih bawak laptop.tiba tiba bas datang dengan membawa muatan penuh dan diisi lagi dengan awek awek junior yangsama menunggu denganku sampai jadi lagi penuh.penuh dan penuh.bas kedua datang dan berlaku hal yang sama.aku masih tidak boleh naik.kira kira sudah 1 jam aku mencapap.peluh pun sudah menitik.letih la bodoh!

jadi untuk pilihanraya kali ini.kepada MPP atau sesiapa sahaja yang nak sangat jawatan besar besar dalam kolej dengan gaji RM3000 ke atas:

1) sila ambil berat tentang mutu perkhidmatan bas.bilangan bas jangan kau kira berapa kali datang untuk setiap jam.cuma kau tengok dan pikir sendiri lokasi yang kau sudah tahu pasti ramai.aku doakan disitulah agaknya patut kau lebihkan jumlah bas untuk datang.dengan lebih kerap.amiiin.

2)setiap kolej pasti kau sudah tahu berapa juta budak yang hidup dalamnya.dari situ kau analisis setiap budak yang memiliki kenderaan sendiri dan yang masih jalan kaki.apa guna aku apply stiker kolej?haram jadahlah kau kalau pikir duit mahu masuk lubang perut kau sampai buncit.

3)satu satu fakulti juga tahu berapa ramai anak buah yang kau tanggung.tidak bolehkah duduk berbincang bagaimana mahu baguskan mutu perkhidmatan?ini kau bukak cerita kambing buat seks dengan lembu boleh kasi kau idea untuk hibrid kucing dengan anjing.kau fikir itu hal remeh?

apa kau akan terima alasan tidak datang ke kelas kerana ketinggalan bas?


aku rasa tegolek kau gelak.








leg note : aku tunggu kawan sampai dia habis kelas petang.hasilnya ialah entry ini.terima kasih basbodoh!

u stupid dam dam

sangat sibuk.samada aku buat buat sibuk atau betul sangat sibuk pun kurang pasti.cuma setiap masa ada kerja yang aku mesti selesaikan.mungkin akibat suka tangguh tangguh kerja,jadi macam ini lah.ada kala aku rasa sangat malas.tapi bila kerja itu berkaitan dengan orang lain maka kena buat jugalah.

malas itu sikap yang langsung tidak bagus.malas yang kecil kelamaan akan berubah menjadi malas yang besar dan kemudian menjadi tabiat seharian dan lagi mungkin boleh jadi prinsip hidup.AKU MAHU JADI SEORANG PEMALAS.ada ke manusia macam ini?

dari kecil kita sering disuruh ke sekolah.di sini pun sudah ada sifat malas.malas mahu masuk ke kelas cuma kerana mahu duduk dirumah sahaja.tengok tv.tapi kalau dirumah pun bukan ada kawan kerana mereka pun sama bersekolah.jadi kena pegi juga.lagipun paling perit duduk rumah pun kena leter atau kena paksa pegi beli barang dapur.

besar sikit sudah sekolah menengah.jadi rasa malas itu muncul dengan lebih kerap dan disokong oleh kawan sebaya yang sama sifat.ini juga kerana faktor kendiri yang sudah lebih berani dan lebih suka kepada sesuatu yang mencabar.kalau kau tak tahu awek hot body cun muka lawa dada up bontot padat sekolah depan nama apa memang kau skema.kau tak tahu beli kondom kat mana memang kau skema.kau tak penah kena kejar pengawas memang kau skema.kau tak penah kantoi isap rokok pon kau skema.kau tak ponteng sekolah maka kau skema gila.betul?

masuk universiti pun sama.semester awal awal sangat rajin.kemudian sudah pandai ponteng suruh kawan sign atau kumpul surat cuti sakit banyak banyak.malas mahu stadi jadi meniru saja atau sekodeng kertas kawan sekuliah atau bawak toyol belaan sendiri.cara mengaplikasi sifat malas sudah lebih advance dari dulu.apa guna masuk universiti kalau tidak pandai kan?

kalau sudah ada kerja lain cerita.tapi masih lagi ada sifat malas.walhal kalau bekerja sudah diketahui ada imbuhannya.tapi masih lagi malas.bekerja itu penat,jadi untuk tidak penat malas mahu kerja.belum lagi aku kira malas yang lain seperti malas untuk buat apa apa saja.lanciao!!

lagi cerita malas ini disinonimkan dengan melayu.kalau bercakap pasal bangsa lain macam orang jepun terus kita assume mereka sangat rajin,bahkan tinggi disiplinnya.jadi untuk apa aku cakap pasal malas ini?








leg note : esok test dan aku malas.huhu

Monday, January 25, 2010

kau puas?

hari ini aku tidak sibuk.cuma ada kelas pada waktu pagi dan latihan jamming pada waktu malam.masuk ni dah 2 kali lepak di foyer fakulti,sebelum ni tak penah.tak teringin.ini pun sebab tenet sini laju.kalau main kat bilik besok pagi pun belum tentu aku boleh reply komen FB atau gugel video porn italian chick.tak puas ati gila babi.

hari ini aku mahu cakap pasal kepuasan.agaknya menjurus ke arah katogeri keperluan makan dalam kehidupan manusia.

biasanya,orang akan makan kalau ada duit.setakat mana duit yang ada kadang kadang menjadi kayu ukur apa yang akan dia makan.cuma berapa besar kah pentingnya makanan yang akan dia makan itu yang menjadi soalan aku.

kalau seseorang berada dalam situasi lapar.dan hanya mempunyai nilai wang yang sedikit.maka apa yang difikirkannya bukanlah sebagus mana makanan yang akan dimakan,tapi dia mengambil makanan itu hanya untuk mengenyangkan perut sendiri.sedap atau tidak dah jatuh no ke berapa ntah.cuma hanya mahu kenyang.kepuasan akan tercapai apabila sudah kenyang.

lain pula hal kalau mempunyai sedikit lebih wang daripada tadi.masih juga dalam keadaan lapar.kepuasan kali ini bukan lagi untuk kenyang semata mata.tapi kesedapan pula yang ingin dicapai.tak sedap tak layan.bapak belagak.yang penting sedap.agak kontra berbanding dengan keadaan pada mula mula tadi.

dan yang lebih lupa diri ialah bila dah mempunyai wang yang banyak.faktor kenyang dah jatuh ranking no 100.nikmat sedap pula dikaburi oleh fikiran lain yang lebih tamak dan belagak gila.look good.itulah yang dicari.bukan lagi kekenyangan,bukan lagi kesedapan.kalau dah look good takkanlah tak good taste,ye tak?





leg note : kadang kadang ada sebab jugak kenapa Tuhan tak jadikan sesetengah orang itu kaya.

Monday, January 18, 2010

bangga ada,malu pun ada

1st time aku main rugby.di dalam kepala hotak langsung tidak tahu macam mana nak lari,macam mana nak passing bola,macam mana nak tekel lawan.

walaupun cuma training dengan main rugby touch,tapi dia punya gedebar gedebuk time kena kejar pihak lawan memang boleh kasik aku pitam.dia punya takut macam ada anjeng sepuluh ekor dengan taring panjang mulut penuh darah dengan air liur menitis nitis tanda lapar.

tapi kalau dah hebat,dapat satu try dengan larian kencang macam kuda belang siap kena kejar.memang sesuatu yang membanggakan.hahahaha





leg note : lutut cedera jatuh sendiri,awek2 cuma tergelak kelucuan malu gua sial!

Monday, January 11, 2010

avatar enjelina joli

kalau layan movie sorang sorang tak lojik.nak nak cite avatar yang tengah letop letop main kat panggung aritu.walaupun kami tak layan panggung(sebab takde awek)tapi kami tetap berdiri di belakang movie movie keluaran amerika.avatar memang layan.start cite sampai ending penuh dengan gambar dan katun katun yang unik.tak macam the sampson,huduh gila katun.loya aku tengok(saya benci sampson)

rasa macam jatuh cinta aku tengok cite tu.walaupun muka spesis makhluk pandora macam sikit pecah rumah.takpela,aku jatuh cinta jugak.wat the hek!

agaknya sebab terlalu syok masa secene hero ''main'' dengan heroin,tambah plak mulut heroin tu semacam aku kenal.mulut aku terlepas cakap.

"eyh,macam muka enjelina joli heroin ni kan?"

syazel pandang aku(agaknya dia ingat aku gila seks)
meran ngan azim diam tak terkutik.bob pon.


10 minit kemudian............



meran-"ye la,sama la macam muka enjelina joli"

bob-"aah,sama la"


setan setan ketawa....





leg note : baru dorang tau aku bukan gila seks

Tuesday, January 5, 2010

kalau bukan mintak celaka ini apa

menjadi muda remaja adalah sesuatu yang semua manusia akan alami.pada usia begini lah kita akan temui macam macam hal.kita akan menemui sesuatu yang logik atau sesuatu yang di luar jangkaan.logik yang aku cuba sampaikan ialah bila aku lihat atau mencuba sesuatu (umum) yang mungkin tidak sesuai pada umur seusia aku(dulu aku pun muda jugak) tapi aku masih sedar perkara itu mungkin ada impak positif kalau aku bersedia untuk terima sebagai panduan atau diserapkan dalam kehidupan aku pada masa itu.

sesuatu yang diluar jangkaan ini mungkin selalunya negatif.selalunya remaja akan menerima perkara yang diluar jangkaan ini dengan mudah,kerana ikutan atau kerana ketaksuban sendiri terhadap perkara itu.

contoh pada aku.masa aku belasan tahun aku penah ikut kawan kawan pegi gig di sekitar kota bharu.ekceli selalunya di PCB atau Pantai Cinta Berahi (kini pantai cahaya bulan).pada masa tersebut kebanyakan anak anak muda yang sezaman aku lebih kepada berideologi skinhead.mazhab tengah galak tersebar.dan patut tahu bahawa event sebegitu adalah illegal di tempat aku(that time).walaupun aku cuma ingin berhibur tapi aku ada sikit sedar remaja seperti aku masa tu tidak sepatutnya berada disitu.dan bukan itu yang seharusnya perkara yang aku patut buat sebenarnya.kerana terlalu banyak unsur unsur tidak sihat(bukan salah penganjur)yang boleh menjerat nerd seperti aku untuk melakukan perkara yang lebih dahsyat(sesuatu yang diluar jangkaan).

kesannya memang kuat mempengaruhi separa hidup aku hingga sekarang.cuma aku bukan skinhead sejati dan tak penah botakkan kepala.huduh sial.percaya dan menyerap sebanyak banyak nya ideologi ini dalam kehidupan adalah bodoh sebodoh bodoh manusia.ini apa yang aku lihat,rasai dan mencuba sendiri sesuatu yang sebenarnya logik pada nama ingin berhibur tetapi menjadi sesuatu yang diluar jangkaan bila ianya bakal merosakkan.yang penting nya fikir.

5 tahun selepas.aku berjinak jinak kembali dengan gig.kali ini lebih kepada mencari duit poket.dan ianya 90% berbeza dengan apa yang penah aku alami dulu.ideologi yang berbeza beza dan sangat open.berada di Malaysia Timur untuk tempoh 3 tahun benar benar menutup pemikiran aku terhadap kebangkitan muzik di semenanjung Malaysia.memang aku malas ambil tahu pun.saat saat awal kelahiran Hujan(tenks a lot guys)membuka mata aku terhadap kebangkitan muzik indie dan peluang untuk berfikiran lebih bebas(bukan liberalisme) terhadap banyak benda.berada di dalam kitaran kehidupan sebegini membuat aku terfikir apa itu kebebasan dan pentingnya dalam hubungan sosial manusia.ia tidak mudah dan tidak pernah mudah.

dan walaupun berada dalam kitaran ideologi(individu) yang berbeza diatas 1 platform yang menghimpunkan seramai ramai umat (remaja)namun tidak pernah timbul soal kau siapa dan aku siapa.apa yang kau pakai dan apa yang aku pakai.semua kita adalah sama.itu yang aku nampak.yang aku dapat rasa.

cuma aku hairan kenapa sesetengah mereka ini tidak mahu berfikir atau adakah sengaja menolak kebenaran.sesuatu yang sudah tentu salah tidak akan pernah menjadi betul.walaupun benang basah bisa di tegakkan.jangan jadi bodoh tolol hanya kerana kau mahu dilihat hebat.otak kau berlumut tahi ke apa?






leg note : rentetan kisah black metal puja saitan.oh remajaku,alangkah sesatnya!





Friday, January 1, 2010

apa yang tinggal di 2009

banyak sangat benda yang aku tak sempat nak achieve tahun lepas.azam kalau nak kira bukan main macam macam.yang tertunai nya hanya sedikit habuk habuk simple yang tak berapa nak boleh dibanggakan.nasib lah ada certain part yang susah bagi kebanyakan makhluk bernama manusia untuk hadapi tapi dengan tenang dan redhanya aku dapat lalui (kononla).haha.mangkuk tol.



kereta

aku idam idamkan dapatla aku tunggang kereta pada tahun baru ni.kira kira yang aku buat start dari awal tahun lepas rupanya kira kira budak darjah tiga.langsung tak nampak batang idung nak capai kete sejibik.walaupun target aku dah tahap paling rendah (secondhand dan barai gila) tapi still tak mampu lagi.

kerja gomen

bukan aku bosan belajar.tapi nafsu untuk bekerja lebih memuncak pada aku pada tahun lepas.lagi lagi dengan 3 interview jawatan kerajaan yang aku dah bantai cukup cukup dari segi study,kursus keyakinan diri kelolaan kawan kawan dan kem pemantapan diri di gig gig sekitar kuala lumpur.nampaknya belum ade rezeki.

awek

nak kata aku tak cari ye jugak.nak kata aku cari tidak sama sekali.hehe.semangat mencari tu takde.apa yang aku harapkan tahun lepas adalah jodoh turun dari langit dan ucap " i love u kat aku " dan terus aku terima tanpa banyak songeh dan terus ke alam perkahwinan yang cukup bahagia.fairy tale kan aku?pegi mampos.

kamera dslr

cuti sebulan aku sengaja aku penuhi dengan aktiviti aktiviti pekerjaan yang melangsungkan duit atau kekayaan dan dengan harapan dapatlah aku angkat sebijik dslr.belum sempat gaji dipoket jatuh ke tangan Low Yatt (landmark aku nak cari kamera) dah disambar oleh suar jean dan kasut dan sikit sikit jatuh ke tangan adik adik yang memang dahagakan kasih sayang duniawi dari abang nan sorang ini.pokai gua.ptptn yang dimimpi mimpikan sejak dari cuti semester rupanya indah khabar dari rupa.ingat bleh r nak bekap skit beli kamera.
khabar buruknya ialah cuma aku seorang yang belum dapat.sedangkan member member dah beraya 3 kali tahun ni termasuk beraya dengan duit ptptn.alkisah dari kelembapan UPM dan PTPTN sendiri dalam masalah ini.korang memang lanciao!superb!






leg note : tahun ini.tiada azam.yang ada cuma niat.sama ke azam dengan niat?ntah.