Thursday, January 28, 2010

basbasbodo

rata rata setiap orang disini sering ingin cepat.sama ada mahu ke kelas atau mahu keluar dating ataupun jalan jalan pegi tempat tempat baik punya macam Mines.dan seluruh warga kampus ini sering menjadikan bas sebagai medium untuk bergerak.terutama nya junior junior.

aku seorang yang tak suka naik bas.bukan aku belagak.cuma ada hal hal tertentu yang mesti aku pakai bas,aku akan naik.semalam tumpang kawan macam biasa pergi ke kelas hari hari.sangat berat kalau bawak laptop ke hulu ke hilir konon bagus.macam student phd.haha

aku habis kelas awal dan kawan pula masih ada kelas lain.jadi aku buat keputusan untuk balik sendiri dengan menaiki bas.15 minit menunggu rasa macam lama,tapi masih boleh kontrol hero.tengah hari panas dan letih bawak laptop.tiba tiba bas datang dengan membawa muatan penuh dan diisi lagi dengan awek awek junior yangsama menunggu denganku sampai jadi lagi penuh.penuh dan penuh.bas kedua datang dan berlaku hal yang sama.aku masih tidak boleh naik.kira kira sudah 1 jam aku mencapap.peluh pun sudah menitik.letih la bodoh!

jadi untuk pilihanraya kali ini.kepada MPP atau sesiapa sahaja yang nak sangat jawatan besar besar dalam kolej dengan gaji RM3000 ke atas:

1) sila ambil berat tentang mutu perkhidmatan bas.bilangan bas jangan kau kira berapa kali datang untuk setiap jam.cuma kau tengok dan pikir sendiri lokasi yang kau sudah tahu pasti ramai.aku doakan disitulah agaknya patut kau lebihkan jumlah bas untuk datang.dengan lebih kerap.amiiin.

2)setiap kolej pasti kau sudah tahu berapa juta budak yang hidup dalamnya.dari situ kau analisis setiap budak yang memiliki kenderaan sendiri dan yang masih jalan kaki.apa guna aku apply stiker kolej?haram jadahlah kau kalau pikir duit mahu masuk lubang perut kau sampai buncit.

3)satu satu fakulti juga tahu berapa ramai anak buah yang kau tanggung.tidak bolehkah duduk berbincang bagaimana mahu baguskan mutu perkhidmatan?ini kau bukak cerita kambing buat seks dengan lembu boleh kasi kau idea untuk hibrid kucing dengan anjing.kau fikir itu hal remeh?

apa kau akan terima alasan tidak datang ke kelas kerana ketinggalan bas?


aku rasa tegolek kau gelak.








leg note : aku tunggu kawan sampai dia habis kelas petang.hasilnya ialah entry ini.terima kasih basbodoh!

No comments: