Thursday, January 28, 2010

u stupid dam dam

sangat sibuk.samada aku buat buat sibuk atau betul sangat sibuk pun kurang pasti.cuma setiap masa ada kerja yang aku mesti selesaikan.mungkin akibat suka tangguh tangguh kerja,jadi macam ini lah.ada kala aku rasa sangat malas.tapi bila kerja itu berkaitan dengan orang lain maka kena buat jugalah.

malas itu sikap yang langsung tidak bagus.malas yang kecil kelamaan akan berubah menjadi malas yang besar dan kemudian menjadi tabiat seharian dan lagi mungkin boleh jadi prinsip hidup.AKU MAHU JADI SEORANG PEMALAS.ada ke manusia macam ini?

dari kecil kita sering disuruh ke sekolah.di sini pun sudah ada sifat malas.malas mahu masuk ke kelas cuma kerana mahu duduk dirumah sahaja.tengok tv.tapi kalau dirumah pun bukan ada kawan kerana mereka pun sama bersekolah.jadi kena pegi juga.lagipun paling perit duduk rumah pun kena leter atau kena paksa pegi beli barang dapur.

besar sikit sudah sekolah menengah.jadi rasa malas itu muncul dengan lebih kerap dan disokong oleh kawan sebaya yang sama sifat.ini juga kerana faktor kendiri yang sudah lebih berani dan lebih suka kepada sesuatu yang mencabar.kalau kau tak tahu awek hot body cun muka lawa dada up bontot padat sekolah depan nama apa memang kau skema.kau tak tahu beli kondom kat mana memang kau skema.kau tak penah kena kejar pengawas memang kau skema.kau tak penah kantoi isap rokok pon kau skema.kau tak ponteng sekolah maka kau skema gila.betul?

masuk universiti pun sama.semester awal awal sangat rajin.kemudian sudah pandai ponteng suruh kawan sign atau kumpul surat cuti sakit banyak banyak.malas mahu stadi jadi meniru saja atau sekodeng kertas kawan sekuliah atau bawak toyol belaan sendiri.cara mengaplikasi sifat malas sudah lebih advance dari dulu.apa guna masuk universiti kalau tidak pandai kan?

kalau sudah ada kerja lain cerita.tapi masih lagi ada sifat malas.walhal kalau bekerja sudah diketahui ada imbuhannya.tapi masih lagi malas.bekerja itu penat,jadi untuk tidak penat malas mahu kerja.belum lagi aku kira malas yang lain seperti malas untuk buat apa apa saja.lanciao!!

lagi cerita malas ini disinonimkan dengan melayu.kalau bercakap pasal bangsa lain macam orang jepun terus kita assume mereka sangat rajin,bahkan tinggi disiplinnya.jadi untuk apa aku cakap pasal malas ini?








leg note : esok test dan aku malas.huhu

No comments: