Thursday, February 24, 2011

potong kuku setiap hari jumaat dapat ibu jari comel macam gua punya

DSC09439

tanda gua protes dengan keadaan sekarang



tengah tengah gua naik hantu masa praktis,baru je gua nak masuk high key part gua tiba tiba ketua gua letak maikeropon.gua terdiam,peluh gua mengalir dari dahi turun ke pipi,dan perlahan menitik atas lantai,gua dapat tangkap slow motion peluh gua tu,macam spiderman.selalu kalau vokalis gua buat macam tu tandanya dia nak mengamuk sebab mengejas awek cafe tak dapat dapat.alat muzik gua kepit slow slow celah kangkang takut jatuh.ketua gua dengan muka sedih bagai terus buat announce,
bahawasanya persembahan ahli jemaah gua di dah batalkan.dan kena tunda tarikh sampai hari konvo.maknanya kena perform time konvo dan masa itu adalah 8 bulan dari sekarang.apa gila meroyan nak beranak kena postpone sebegitu lama tidak lah hamba sahaya tahu.kerja hamba cuma berlatih supaya bit bit irama yang akan dipersembahkan nanti tajam dan sempurna.memukau para pendengar dengan alunan jari gua yang halus mulus runcing tak potong kuku dan melopongkan mulut busuk para hadirin sekelian.kalau boleh biar mereka telanjang berbogel macam hidu bau minyak atar macam cite Perfume.gua nak sampai macam tuh.bleh gua select terus bakal bini gua berdasarkan saiz sebenar yang dipertontonkan peserta.wohaaa,teruja!





leg note : gua sengaja cerita tak abis,sebab gua tak tau ending dia macam mana..ha........ha

Tuesday, February 22, 2011

kau tau apa kau akan jadi?saya nak jadi spiderman

sape sape pun masa kecik dulu mesti mak bapak or cekgu penah tanya apa kau nak jadi bila kau besar nanti.obviously jawapan yang selalu aku dengar kalau dalam kelas aku dulu paling hot pon nak jadi doktor atau peguam.tu pun dari mulut budak yang orang dah memang kenal sangat pandai,pelik dan skema habis.tak heran sangat la.kalau keluar dari mulut aku,aku rasa sampai ke tua aku kena bahan ngan cekgu.tapi aku,macam macam aku jawab.ikut mood dan ikut orang sebelah.doktor ngan peguam selalu nya takkan keluar dari bibir mungil aku.yaww.selalu nya polis atau askar jadi mangsa.cuma jawapan aku lain sikit je.mesti ade ketua kat depan.ketua polis atau ketua askar.ketua askar?deng..aku masa tu darjah 5.

aku penah jadi ketua kelas.penah jadi pengawas.ketua apebenda lagi yada yada sebelum ni.benda tu aku tak penah termimpi pon.tapi jadi jugak.cuma itu bukan kerjaya.pakcik aku lagi hebat.mak aku cite masa dia kecik dulu pakcik aku penah cakap dia nak jadi kerajaan.ape ade dalam kepala otak dia masa tu wallahua'lam.tapi akhirnya dia jadi cikgu.masa kecik pakcik aku(2 orang)selalu kena marah ngan atuk aku sebab suka sangat main main.malas belajar.keje main je.so sekali masa tengah ralit main tu atok aku pegi sound direct.dulu mana ade cucu berani parang atok atas kepala kalau kena marah.zaman sekarang je banyak cucu kurang hajau.atok aku tanya dua pakcik aku tu.korang nak belajar ke nak main.kalau nak belajar pegi naik baca buku,kalau nak main baik pegi ambik cangkul tolong dia gi bekebun.so,pakcik A aku jawab nak belajar dan terus naik baca buku.pakcik B aku pulak cakap dia malas dan sanggup pegi bekebun.keputusan drastik remaja belasan tahun masa tu,dan jawapannya adalah apa yang mereka ada kini.

pakcik A aku(arwah)masuk sekolah bijak masuk U dan grad dan mengajar di MRSM.terer gila bab fizik ngan kimia.pakcik B aku pulak jadi cikgu sekolah rendah jauh di pedalaman.dan sampai sekarang tak penah cuti dari buat keje kebun.dia la masa kecik dulu cakap nak jadi kerajaan.tapi,tak semua orang jadi macam apa yang mereka impikan.kalau itu satu impian.sebab kalau tanya kau masa kecik kecik apa yang kau tau?jawab je la kan.impian tu sekelip mata boleh berubah ikut keadaan dan kau sendiri je yang tau macam mana.so kalau kecik kecik kau penah ade impian nak jadi penternak ayam atau drebar lori aku nasihatkan mak bapak tak payah la nak risau sangat.tak perlu bawak anak kamu pergi berubat bomoh atau mandi bunga halau saitan.sebab anak kamu jawab tanpa pengetahuan yang cukup.lain la kamu tanya masa dia dah masuk U.tu pun ramai lagi yang tak tau apa dia nak jadi.macam aku!

Sunday, February 20, 2011

Disaat Aku Mencintaimu

klasik_2

mood : jiwang
song : dedali



Mengapa kau pergi, Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu,
berharap engkau jadi kekasih hatiku,
Malah kau pergi jauh dari hidupku,

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menghiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menghiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Semoga engkau kan mengerti,, tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta
Maaf sungguhku tak bisa, untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta..


leg note: aku pasang mp3 pastu aku tengok lirik kat sini.hahahaha.

Saturday, February 19, 2011

dirasuk dewa cinta

setiap lelaki semestinya ade sifat kelakar.atau base omputehnya sense of humor.oh ye,mungkin ade skit beza dengan just kidding dan juga April Fool.itu benda lain.ahh?bang bang boom?.....haih,aku cakap kau bodoh kang kau marah plak.

sifat kelakar ni penting untuk ceriakan suasana atau untuk ubah mood.contoh kalau tengah study ramai ramai tak kira lah dengan kawan lelaki atau perempuan.dan tiba tiba rasa sangat bosan sebab dah memang jenis pemalas atau lama sangat study.jadi disini amat perlu sense of humor tersebut.contoh ialah kau kentut saja dengan kuat dan buat selamba macam takde pape.itu akan merubah mood orang sekeliling kau.dan merubah tempat duduk mereka supaya lebih jauh.

kalau dengan makwe pun kadang kadang ade juga rasa boring dan bosan(aku tak penah rasa gitu.haha)maka humor disini penting.cuba pandang muka pasangan dan cari apa yang kelakar kat muka dia.kalau tak jumpa jugak takpe.then cuba gelak supaya dia nampak kau seorang yang kelakar dan berfikir''kesian pakwe aku,muda lagi dah gila''


untuk bergurau dengan anak anak pun kena ade sikit humor,kau tak boleh main cakap macam kau borak dengan kawan.penggunaan kata wtf,asshole, atau bullshit wajib dijauhi.walaupun words tu kau pakai hari hari untuk berbicara.tapi budak kecik sekarang pon dah pandai sebut ''fak u''.itu depan aku.walaupun dia tak tau apebenda dia sebut tu.anak sape la kurang ajar sangat.naseb aku tak lempang telinga kiri dia.pekak kalau aku buat.


dengan isteri pon kena ada jugak.jangan buat lawak serius.buat yang biasa biasa je.mungkin pasangan di malaysia ni suka sangat buat lawak serius.konon nak nampak macam main kawen kawen masa kecik.aku penah dengar ade orang buat lawak bodoh dengan bini dia.

mesej abang - ''ayang,kalau ayang keluar rumah tak bagitau abang,jatuh talak tau,maksudnya abang ceraikan ayang..kikikikiki
mesej ayang - ''sampai hati abang,sob..sob..sob''
mesej abang - ''alah,abang gurau je..ayang ni pun..hehehe(gelak miang),ayang kat mana ni?''
mesej ayang - ''kat luar,pegi Jusco''

Thursday, February 17, 2011

rasa pelik bila rasa macam ini

ni hari last aku keje.dah tamat kontrak.tapi tak tau lah kalau company tu nak aku sambung kontrak jadi cleaner ke tukang buat air plak ke.go to ass hole(pure english).banyak sangat aku nak komplen.second payment belum bayar.ada lagi 3rd payment.ada lagi claim selepas itu.tu bila nak bayar?aku dah jadi rangka manusia dah ni puasa 5 hari berturut turut.hari sabtu je aku makan roti canai sekeping.hari ahad orang belanja McD.lol.

1st payment memang la dah bayar.tapi cepat sangat company bayar gaji.so habis pun cepat lah.ye,salah company bukan salah aku.aku adalah pengguna.pengguna is always right?eyh..customer.dengg!!

so,aku rasa nak balik kampong jenguk umi abah aku.sepanjang aku balik keje tadi aku mengelamun atas moto.sungguh lama.start dari aku kecik sampai aku besar dan super kacak macam ni.1 round pusingan hidup diri aku selama ini cuma habis dalam masa tak sampai 45 minit perjalanan.nampak sangat hidup aku ni singkat je.takde memorial yang boleh kasi alkisah kehidupan aku ni very very elaborate.sebab tu timbul rasa nak balik kampong,renew balik hidup yang lebih kurang ni.a'ah,ko ingat roadtax je bleh renew?pang!pang!amek ko sedas..nak lagi?naseb baik kau geleng.

sekarang ni tengah bizi pilihanraya kampus.dari tahun pertama aku masuk sampai sekarang ntah apa kemajuan yang di bawak oleh calon calon tak tau lah.tak nampak.tak jelas.manifesto bersepah sampai boleh bikin menu kedai makan.
dan kesibukan itu cuma menjadikan server internet kampus makin lembap.yang aku nampak selepas ini cuma percutian calon ke luar negara.hadiah kerana berani berjanji.



leg note : tak boleh main fesbuk :(





Monday, February 14, 2011

dah jauh jauh baru la teringat.haha.selamat maulidur rasul.

tengah aku bosan bosan layan gambar.part ni rasa macam moment ada feel skit.haha.masa ni battle of the band interkolej.band aku kalah tapi takpe.bukan tu yang aku cari(aku tipu).aku just terkenang masa ramai ramai training lagu and time perform tu.happening.kekeke.so aku letak skit lah.nanti aku bukak blog bila bila aku bleh gelak sorang sorang.agaga.lol!


SAM_0409

ni beruang saka belaan band aku.bajet bleh menang lah pakai makhluk ni.

IMG_1936

bosan gila tunggu nak perform.ambik gambor je la keje.

IMG_1939

hahahaha.ini bangang.memang aku akan rasa nak terkentut sambil senyum kalau tengok gambar ni.

IMG_1957

yang tengah sedut siput tu drummer.tu ayu vokalis untuk lagu ulek mayang versi death metal buatan sendiri.haha

IMG_1940

ni rambut vokalis laki band aku.sumpah sampai sekarang aku tak lena tido malam teringat sarang pontianak ni.




leg note : selawat banyak banyak!

Friday, February 11, 2011

contest-aku-dia-vintage

harini gua bizi nak mampos.balik je keje gua terkam blog gua.jauh di lubuk hati gua ingat nak usha blog yang ade gambar awek seksi nak mati takpon redtube yang popular dengan cerita aksi yag boleh bikin tekanan darah gua turun ke paras rendah akibat kehimpitan hidup.

tau tau gua dah kena tag dengan siku atas belakang gua.besembur air mata gua tahan sakit.memang gua tak puas ati ngan lu cik zatie.

kelam kabut gua redah folder gambar gua yang berskala 8 juta tera ni.satu satu gua kena tapis dari sudut gambar tak pakai baju sampai lah gambar sepender gua.semua sensor,takleh pakai.gua search lagi folder lain lain sampai gua rasa baik gua letak gambar semut je kerana terlalu bosan pilih gambar.memikirkan penat lelah beliau tag gua.gua gagah kan jugak kaki gua pegi beli air tin kejap untuk pulihkan tenaga batin gua yang kehausan.apa syaitan gua melalut ni?jari jemari gua pun dah tak mampu ikut arahan..

oleh kerana tema vintage yang seperti encik kom nyatakan,maka gua rasa takde satu pon gambar gua atau member gua yang relate secara direct dengan vintage.contoh gambar cik zatie adalah kena dengan tema sebab kevintagean gambar beliau ada pada motor vespa milik buah hati beliau.bagi gua value untuk vintage terletak pada objek yang juga boleh dikategorikan sebagai vintage.pada gua lah.baru complete gua rasa.

tanpa bercakap banyak,walaupun dah berjela gua tulis sebenarnya.disini gua ingin mengumumkan gambar yang gua pilih+edit+delete+pilih+edit lagi+akhirnya selama 3 jam dan puas hati dengan gambar tak seberapa vintage pada gua.haha.sory guys,gua tak reti sangat edit.

DSC01615

gambar asal

setelah kononnya divintagekan

miami bitch

ini di pantai miami tahun 1950,yang kiri tu bukan member bapak gua.yang kanan tu pun bukan member bapak gua.


jadi sebagai balasan gua nak tag secara random dan pejam mata untuk 3 orang lagi.sory,sape yang kena gua taktau sebab gua pejam mata ni!
pistachio
vidadarisakura
kulihathijau





leg note : sesape yang gua tag,sory.gua kesuntukan kawan.kekekeke




Thursday, February 10, 2011

walaupun kita coba sembunyi namun terlihat segalanya yang tersimpan di hati

gua rasa nak senyum sorang sorang petang tadi.

lalu gua pegi bilik member gua beli air tin.senyuman gua tak matikan.ON je..

member gua : ''lu tak payah la nak senyum lebih,gua tau dah lu baru angkat monitor baru kan?''

gua : ''gua datang nak beli air je,bukan nak cite pasal tu''

member gua : ''cis,poyo gile''

gua balik ke bilik gua masih dengan senyuman puas.air tin gua bagi palong minum!puas.hahaha.



leg note : gua merasa pegang duit gaji 30 minit je sebelum dirampas oleh tauke monitor.denggg!

Tuesday, February 8, 2011

(suara di dalam hati)

aku seorang lelaki yang normal.maknanya tidak gay dan tidak main belakang.tak juga bermakna aku main pompuan berkepuk kepuk banyaknya.simpang.itu setan nirrajim.lagi aku tidak ada awek.maknanya takde seorang gadis yang boleh buat dunia aku bagai di alam kayangan macam orang lain.

jadi,orang macam aku ade banyak masa terluang.juga banyak masa sunyi sepi berbanding orang lain.mungkin.dulu aku ada join buat clothing.tiap tiap minggu turun gig jual merchandise clothing aku ke pelusuk kuala lumpur malah ke negeri lain pon.best.sebab banyak kawan jumpa.dan havoc sebab semua nya gila.sikit je.

pastu clothing aku pupus,sebab designer sume lari balik keje kat kampong.keje kat kampong bukan keje kampong.fahami.jadi aku mati kutu dan kepala terus tidak gatal.haha.merepek.mati kutu je.dan bosan ya Rabbi saja yang tahu.

kendian hujung minggu aku bertukar dari wadah gig ke wacana karaoke di Alamanda atau mana mana saja yang di ajak rakan rakan.semua belasah.janji tak bosan di bilik.maknanya lebih kepada lepak lah.dalam pada itu,kegilaan dslr plak menjelma dalam dunia baru aku.mana je pegi besepah orang bawak dslr.jadi aku tanam impian di taman bunga...merepek lagi..tanam impian dalam hati untuk angkat sebijik.sebab dari dulu aku suka gambar yang super hebat dan cool(manipulation) yang aku jumpa mana mana magz(sume orang pon macam tu sebenarnya)tapi aku taktau macam mana orang boleh buat gambar sebegitu.dslr kira tunjuk jalan lah.

beberapa bulan lalu baru dapat beli.bangga amat.dan sangat sayang padanya kerana terpaksa kerja macam nak mati.dan kegilaan untuk karok dah menurun ke paras merbahaya.pegi gig langsung tak melainkan Rock The World.rindu zaman itu sebenarnya.takpe,still boleh pegi but dengan gaya dan kehenseman berlainan.bukan macam dulu selekeh.sekarang pon masih.haha





leg note : mahu jadi orang yang tidak sunyi.jadi merindui nya setiap masa.apa kabar dia?

Sunday, February 6, 2011

bercerita melalui gambar.sebab blog ini bisu kena potong lidah akibat suka mencarut.

perjalanan ke sungai sendat amek masa 1 jam dari serdang.kalau kau jalan kaki kompem mati dulu.baik naik kete.jalan senang je,dari gombak masuk kuil batu caves terus ke bandar batu caves lagi ke depan jumpa petronas depan lagi belok kanan hingga ke air terjun ulu yam.kau pegi depan lagi sampai habis jalan ulu yam tu.penamat jalan tu adalah simpang tiga.amek kanan dan speed terus tanpa belok sesuka hati kau sampai habis jalan tar dan masuk jalan tanah.terus je sampai kau sesat.haha.terus je.jumpa la tu..

DSC00366

nampak pondok?tu tempat parking kete.luas.boleh la muat 10 biji kete.haha.kami lalu jambatan kecik tu sebab seberang tu je tapak paling luas untuk pasang khemah yang besar.

_DSC2849

kemah setelah di pasang.anak sungai depan tu sampai kebawah sana sume boleh buat port mandi.very panjang.

_DSC2823

kemah spare.sebab ada anasir anasir tak lulus apply cuti kena keje lagi so kena gerak petang,malam baru sampai.

DSC00415

untuk unggun api malam nanti.sempena memuja mambang sungai sendat kelolaan zaid.

DSC00371

ini orang panggil magic hours.tak sampai 10 minit cahaya dah hilang.naseb sempat shoot.

du

ritual awal sebelum pemujaan.menyedut kuasa matahari untuk digunakan malam nanti.terpaksa guna jasad palong sebab dia paling tak berguna.haha.

_DSC2851

ini di ambil dari jambatan kecik tu.depan sikit lagi tu baru air terjun no 1.dalam tak ingat.kalau takde skill renang berirama macam aku kau mandi je la kat bawah bawah ni.

_DSC2910

ni yang no 1.kau nampak tali kuning kat atas tu?atas tu kolam no 2.lagi dasat dia punya dalam.ada air pusar lagi.dah ada yang arwah.tu yang ada tali kuning tu.tapi orang melayu memang berani.peduli apa tali kuning ke merah jambu ke.kasi putus.

_DSC2939

nampak je kecik.tapi luas sebenarnya.tu aku pun buat macam budak tu.tapi lutut landing atas batu.sakit nak mampos.

DSC00430

pabila larut malam.anasir2 tak sampai lagi.tengah prepare nak makan malam.panggg...hujan!


DSC00451

aktiviti menjahit bahagian kemah yang bocor.basah sampai ke dalam.kemah lagi 1 pon masuk air dari bawah.kemah murah.

DSC00443

dari mula sampai petang ke malam tak kira hujan makan je keje makhluk ni.
''gua rasa lapar tak tentu pasal,mungkin sebab aura matahari yang gua sedut petang tadi''ucap beliau sambil menyebat beberapa ketul sosej ke mulut.

DSC00444

jin ini pura pura keenakan tidur walaupun lantainya sudah basah dek air hujan mengalir dari bawah.

DSC00448

ini adalah tangan orang hebat.haha

DSC00445

''aku yang buat semua ni,aku yang jahit.aku yang tampal.kemah ni kemah aku.aku beli duit sendiri bukan duit jiran aku''ujar zaid tak semena mena sementara yang lain buat keje sendiri dan buat tak tahu.

_DSC2773

setelah anasir anasir sampai.terus dengan upacara pemujaan.masa ni bulu roma dah start menegak.

_DSC2750

dua dua adalah bekas ahli black magic ampang dan jengka.nampak botol apa tu?bukan holy water tu.tu minyak petrol.

gambar semasa ritual tidak dapat di ambil kerana tiba tiba semua kamera tidak berfungsi.


_DSC2945

mereka dikatakan telah di heret dari kemah ketika tidur dan dibawa ke dalam kereta.angkara siapa dan punca tidak diketahui.

_DSC2799

beliau paling lewat bangun setelah meracau dengan hebatnya malam tadi.

_DSC3033

acara makan makan buatan sendiri.pastu kamera aku habis bateri.denggg..gambar diatas separuh aku punya separuh dari iqbal.pastu mandi dan petang itu balik semula ke lubuk.sankyu!




leg note : kolam no 3 takde gambar.aku naik tak bawak kamera.overall,tempat ni sesuai sangat untuk family gather,sebab anak sungai dia panjang dan boleh buat port mana mana je.siyes.entry bapak panjang,letih aku!

Friday, February 4, 2011

mari ramai ramai jaga tepi kain orang

sikit mahu cakap pasal dunia.entry lepas aku cuma link kan isu dari blog orang lain.sebab aku takde masa nak tulis.sekarang orang sibuk sibuk amek tau pasal revolusi di Mesir.banyak spekulasi baru yang timbul yang kadang kadang boleh buat orang luar keliru dan terus salah anggap.jadi aku mahu cerita sikit.walaupun tak banyak tapi at least berguna untuk tahu.untuk tahu saja lah.kot.haha.

rogol pelajar Malaysia.

aku mula mula tahu pasal ni pon rasa orang Mesir ni rubbish gila babi.dan rasa kesian kat orang kita yang ikhlas nak cari ilmu kat sana tup tup dapat habuan.ye lah,kau tau kan Mesir tu negara arab.aku tak nampak selain dari nak tambah pengetahuan tentang agama apa lagi yang kau nak kalau pegi sana.tak kira lah pengetahuan agama dari segi apa pun.tapi sebenarnya pasal rogol merogol ni sudah lama di mesir,cuma kalau buat report pun macam polis kita terima report dari orang myanmar lah,indonesia ke.laku ke?ntah,tapi benda ni dah lama.cuma isu ni nampak besar sebab background rusuhan ala ala perang dunia di mesir.bila isu ini timbul mungkin orang luar akan lebih ambik tahu.bagus juga sebenarnya.

priority untuk medical student.

ni lagi satu buat aku cukup marah.belum apa apa dah diskriminasi.tapi hakikatnya dari apa yang berlaku,sumber mengatakan bahawa benda ini tidak sebegitu.kebanyakan penempatan student medic dikatakan lebih senang untuk dibawa keluar dari tempat mereka.aku tak tau lah macam mana.tapi kebanyakan mereka lebih senang dipindahkan atau terbang terus keluar dari mesir berbanding orang lain yang berada di zon zon yang lebih jauh dan tidak selamat.jadi aku pikir,kalau aku jadi kepala misi penyelamat mungkin aku akan utamakan sesiapa yang lebih mudah dikeluarkan dahulu.cepat dan selamat.sebab tak payah banyak buat keje.untuk zon zon bahaya,pakai strategi lain lah.kena pikir lebih.aku rasa la.

rusuhan itu bahaya,tapi...

rakyat Tunisia memang hebat.habis kerajaan Ben Ali kena guling.lari ke Perancis tapi tak diterima.presiden perancis pon takut kena tempias.kemudian lari ke Jeddah dok bawah ketiak Raja Abdullah.deretan dari itu,mesir plak.tapi ni lagi dasat.motifnya?sume sebab tak puas hati dengan kerajaan pimpinan.rakyat tunisia memberontak sebab kerajaan bengap nak kekang kemiskinan,ketidakadilan dan kekangan demokrasi.Malaysia macam mana?haha.pikir sendiri.kalau boleh mintak jauh lah.sape nak tengok negara hancur lebur semata mata untuk penyelesaian yang mungkin amek masa berpuluh puluh tahun.biarlah kita guna cara yang lebih selamat.supaya matlamat kita sampai tapi negara tak hancur.tak puas hati gila babi dengan sistem yang ada sekarang pun tetap ade cara yang lebih efektif untuk ubah semua tu.baru nampak rakyat negara Malaysia kita ni ada otak dan berfikir.

cuma,kalau kita pilih alternatif lain sebagai medium nampak macam payah nak ubah sistem yang ada.contoh nya mengundi.aci berak tengah jalan lah,tak penah nya adil.tak penah.mesti ada main ilmu hitam ke mejik ke.mesti.so,kalau kau dah takde jalan lain.revolusi lah,kan?Wallahua'lam..

kalau orang dah tak nak kau,pandai pandai lah kau undur.macam orang bercinta jugak!





leg note : sober!

bila dia bukan lagi untuk aku

bila merindui seseorang.kau beruntung kalau kau masih bersamanya.selamat pagi kau berjawab.ucapan rindu kau berbalas.dan kau masih mampu mengukir senyum padanya,di saat kau bertemu segala.

bila kau terasa kesunyian.kau beruntung kalau kau masih dengannya.dia akan menghapus sunyi mu.menghalau sepimu.dan menemanmu sehingga kesunyian mulai takut untuk mendekati.

bila kau keresahan dan gelisah.kau beruntung kalau kau masih ada dirinya.dia akan menenangkan diri mu.mengucapkan kata hati yang mengusir jauh kekecelaruan dan kau akan tenang.

bila kau ketakutan.kau beruntung kerana mempunyai dirinya.kerana dia akan menjadi perisaimu dan kau akan kebal dari segala senjata dan bahana.

bila kau ada dia.kau sebenarnya sudah memiliki segala galanya....




dan aku cemburu denganmu!





leg note : oh Tuhan,aku terlalu rindukan dia.tolong pahat hati aku!

Tuesday, February 1, 2011

hasil kerja kita tak semestinya untuk kita.biarlah orang lain pon merasa.

dulu masa kecik kecik.bukan baby.kecik nak ke besar siket dah.suka sangat aku layan katun kesatria baja hitam.masa tu bukan aku sorang,boleh kata abih budak budak satu taman perumahan aku nak jadi superhero jepun tu.kira hebat ah.lagi hebat dari Gaban takpun Power Renjis.kalau tengah main bola tu aku takleh nak sumbat gol ke main tak kena style Ronaldo ke aku try lah buat cara Baja Hitam nak transform dari manusia ke robot semut tu.amek masa gak lah sebab nak kena feel.pastu dah buat kompem aku boleh score punya.paling tak pon aku sepak penalti boleh buat bentuk curve masuk gol.

semalaman diskusi aku antara seorang bapak dari indonesia,buat aku ingat balik benda tu.kira banyak lah cerita yang aku dengar.dari zaman kehebatan Sukarno,pemerintahan ulamak Gus Dur,Megawati sampai ke rahsia lelaki hebat dari Lombok yang berani bawak lari anak dara orang melayu.cuma satu yang menarik perhatian aku.

bapak bercerita tentang anak anak disana,yang mengagumi animasi Upin dan Ipin dari negara kita.kondisi yang sama berlaku masa aku kecik kecik dulu.ada je cite UpinIpin,berlarilah mereka ke rumah.waima orang tua sekalipun suka tengok.khusyuk nya mereka menonton.sama sama ketawa dengan kelucuan Upin dan Ipin.dan itu sudah pasti menjadi legasi diantara kenangan anak anak muda disana bila mereka dah tua nanti.



kamenriderblack


macam aku.dan kesatria baja hitam.





leg note : esok bizi,mungkin!