Tuesday, February 22, 2011

kau tau apa kau akan jadi?saya nak jadi spiderman

sape sape pun masa kecik dulu mesti mak bapak or cekgu penah tanya apa kau nak jadi bila kau besar nanti.obviously jawapan yang selalu aku dengar kalau dalam kelas aku dulu paling hot pon nak jadi doktor atau peguam.tu pun dari mulut budak yang orang dah memang kenal sangat pandai,pelik dan skema habis.tak heran sangat la.kalau keluar dari mulut aku,aku rasa sampai ke tua aku kena bahan ngan cekgu.tapi aku,macam macam aku jawab.ikut mood dan ikut orang sebelah.doktor ngan peguam selalu nya takkan keluar dari bibir mungil aku.yaww.selalu nya polis atau askar jadi mangsa.cuma jawapan aku lain sikit je.mesti ade ketua kat depan.ketua polis atau ketua askar.ketua askar?deng..aku masa tu darjah 5.

aku penah jadi ketua kelas.penah jadi pengawas.ketua apebenda lagi yada yada sebelum ni.benda tu aku tak penah termimpi pon.tapi jadi jugak.cuma itu bukan kerjaya.pakcik aku lagi hebat.mak aku cite masa dia kecik dulu pakcik aku penah cakap dia nak jadi kerajaan.ape ade dalam kepala otak dia masa tu wallahua'lam.tapi akhirnya dia jadi cikgu.masa kecik pakcik aku(2 orang)selalu kena marah ngan atuk aku sebab suka sangat main main.malas belajar.keje main je.so sekali masa tengah ralit main tu atok aku pegi sound direct.dulu mana ade cucu berani parang atok atas kepala kalau kena marah.zaman sekarang je banyak cucu kurang hajau.atok aku tanya dua pakcik aku tu.korang nak belajar ke nak main.kalau nak belajar pegi naik baca buku,kalau nak main baik pegi ambik cangkul tolong dia gi bekebun.so,pakcik A aku jawab nak belajar dan terus naik baca buku.pakcik B aku pulak cakap dia malas dan sanggup pegi bekebun.keputusan drastik remaja belasan tahun masa tu,dan jawapannya adalah apa yang mereka ada kini.

pakcik A aku(arwah)masuk sekolah bijak masuk U dan grad dan mengajar di MRSM.terer gila bab fizik ngan kimia.pakcik B aku pulak jadi cikgu sekolah rendah jauh di pedalaman.dan sampai sekarang tak penah cuti dari buat keje kebun.dia la masa kecik dulu cakap nak jadi kerajaan.tapi,tak semua orang jadi macam apa yang mereka impikan.kalau itu satu impian.sebab kalau tanya kau masa kecik kecik apa yang kau tau?jawab je la kan.impian tu sekelip mata boleh berubah ikut keadaan dan kau sendiri je yang tau macam mana.so kalau kecik kecik kau penah ade impian nak jadi penternak ayam atau drebar lori aku nasihatkan mak bapak tak payah la nak risau sangat.tak perlu bawak anak kamu pergi berubat bomoh atau mandi bunga halau saitan.sebab anak kamu jawab tanpa pengetahuan yang cukup.lain la kamu tanya masa dia dah masuk U.tu pun ramai lagi yang tak tau apa dia nak jadi.macam aku!

2 comments:

Pistachio said...

gua kecik2 dlu cite2 nak jadi nurse.. sbb cam suci murni je jadi nurse ni.. tp skrg gua nelayan~

mungkin gua buley jadi nurse utk ikan2 di laut... keh keh keh!

karatz said...

lu tak cukup hot utk jadi nurse.gua bleh baca dari gaya penulisan lu.lu lebih kepada diktator kuku besi mcm mussolini sebab cara lu mcm mak chombi(lu) dlm cite p.ramlee(gua).