Monday, January 31, 2011

Saturday, January 29, 2011

satur day yang menjengkelkan ubun ubun kepala

today is the worst saturday.

boboi awal pagi da keluar.pegi research kampong orang asli di Pahang.

Palong dah balik Rombau.

iqbal dah balik Temerloh.

Amy dah pegi praktikal felda Sg. Tekam.

Pipi ngan napi tido je manjang.

ceman ke Melaka meracun kebun getah bapak dia.

Helmee blah gi umah akak dia kat Subang.

aku?

aku takleh nak tido lama lama.takleh takde orang.mula la rasa sunyi sepi.cis.oh,semalam aku ada mimpi.aku mimpi tercabut gigi.lupa dah berapa batang.terus aku gugel maksud mimpi aku tu.well,tak best.dan untuk peringatan,kalau mimpi kau tak best.terus ucap ''Astaghfirullahal 'Aziiiim'' dan ludah ke kiri 3 kali.jangan ludah sembur air liur la,tak pasal pasal kau kena buang bantal kau ke tong sampah.ludah tu bertujuan menghalau syaitan.dan kalau boleh solat sunat dua rakaat(ini aku tak buat).


leg note : esok follow geng ijat lagi.outing kat ladang lembu UPM.nanti aku upload sekeping dua.kalau jadi outing la.lusa ke Sendat Waterfall plak!

Thursday, January 27, 2011

sebelum benda itu terjadi apa kata

sebenarnya ade keje yang aku nak kena buat.tapi atas sebab sebab tertentu aku terpaksa abaikan.dan dan plak tangan aku gatal pegi baca blog orang.dan aku rasa nak tulis something(inggeris aku semakin power).sebelum terlambat lah.

bukan aku nak pegi mati.itu niat yang paling tak senonoh pada aku.tapi aku penah suruh orang lain pegi mati.tu pun sebab aku marah sangat.haha.aku terfikir bagaimana kalau lama lama nanti aku dah tak berminat nak tulis blog.atau satu masa nanti yang aku tak tau bila aku macam takde masa untuk benda benda macam ni.so?

obses ke aku?paranoid?atau aku buleh jadi kurus kering macam tidak makan nasik kerana merindui blog?berblog buleh menggemokkan aku?oh itu sangat gila.

aku tak jumpa ifek ifek khusus apa yang bakal terjadi kalau aku tinggal kan blog.kalau ikut lojik lah,cuma orang yang suka part part tertentu pada blog aku ni dah takde peluang nak baca entry seterusnya.itu saja.dan akan berhenti baca dan terus melupai.sebab beribu lagi blogggers yang boleh di ikut,asal suka baca lah.




leg note : =)

Wednesday, January 26, 2011

cerita karut pasal ceman wannabe

ini ceman.seorang yang kreatif tapi slow.bukan slow sebab dia terencat otak atau kena sindrom down masa kecik.bukan.kau jangan la pikir macam macam.kesian dia.dia slow sebab dia cool.sangat cool.

dia ada sikit leba lebo dia punya cakap.bukan sebab dia suka menipu ke apa tapi dia ni jenis makhluk ciptaan Ilahi yang bizi kemain.so ade lah janji janji power yang dia terlepas tunaikan pada aku.hahaha.ade kawan pompuan aku penah tanya sape ceman ni.sebab ceman ni budak luar.bukan student tapi dia selalu singgah lepak dengan kitorang.dah nama kawan kan.dia suruh aku describe pasal rekabentuk ceman macam mana.dia saja saja nak tau kot.dia suruh aku bagi bayangan.bengap pasir jugak member aku ni tanya macam tu.

aku cakap..

''senang je bayangan dia.ceman ni berbentuk tulang yg dicantum menjadi fosil purba yg mengalami kelaparan bertahun tahun.atau dalam bahasa mudah nya..manusia kurus kering''

sekarang kawan pompuan aku ni jarang dah bukak mulut ngan aku.dia rasa aku bodoh kot.

DSC08463





leg note : sape lagi nak kenal ceman?

Tuesday, January 25, 2011

hari ni hari paling cool dalam hidup gua

gua skunk keje kontrak dengan MAMPU.lu gugel sendiri la apa ke meaning nya MAMPU.buat blog buleh sampai 2,3 account sorang takkan nak cari takrif MAMPU pun nak gua jugak.sesah pale lu.citenya gua kena ulang alik naik motor dari serdang ke shah alam.sebab gua kena area shah alam je buat research.berbirat bontot empok gua tunggang motor lama lama.tapi belum cukup cool...

gua sikit lagi nak terparking dalam parit besar kat jalan motor on the way ke shah alam pagi tadi.gua tak biasa.memang gua kaki rempit.tapi kalau lorong motor gua surrender.selalu gua merempit jalan besar je.naseb lah gua ingat bait bait lagu maher zain.tu je lah ilmu akhirat yang gua hapal dalam bentuk lagu untuk keselamatan perjalanan gua.tapi belum cukup cool..

pagi tadi masa gua tengah syok bagi questionair kat pengarah jabatan sama pegawai lain.tiba tiba akak sekretari datang bawak kueh mueh dengan neskepi panas dalam cawan eksklusif.kalau lu rakyat jelata biasa dia pakai cawan plastik je.terus gua rasa cool...


leg note : entry kontes gambar sudah ditukar tajuk.sebagai menghormati kaum lain.

Monday, January 24, 2011

''contest Gambar Tak Nampak Muka Paling Cool''

join kontes lagi.sebab gua banyak sangat gambar.ini kontes Ku Lihat Hijau empun.cis,sik pandei ku klaka swak tek.puiii!!





ni lah wajah gua yang sebenar masa tak nampak muka

memandangkan gua takde sangat member blog jadi gua kasik 3 orang ni pikir sendiri lah dorang nak join ke tak.kekeke

http://pistachio-nuts.blogspot.com/
http://www.ashriq.blogspot.com/
http://vidadarisakura.blogspot.com/

the end!


Saturday, January 22, 2011

kesimpulan.bukan cerita anak mak enon yang punya.

kesimpulan pasal bola tendang

ape pasal sume member team Kelantan sorang sorang macam kena kusta?sorang pegi sana.sorang pegi sini.ape pasal?tak boleh ke stay je ngan Red Warrior dan cuba jadi juara untuk sepuluh musim lagi?dimitri barbatov 3 musim main untuk MU macam lahanat tapi last last jadi striker power gak sekarang.ada dia melencong pegi spurs balik?takde kan?ape pasal korang terhegeh hegeh sangat nak keluar awal?rajagobal ok apa.tak kisah la kau juara negeri mana pon.boleh tak jadi champion untuk jangka masa lama skit?ko tak teringin ke nak jadi legend?bangang la.

kesimpulan pasal photoshoot

aku baru tadi balik dari pegi ambik ajib gambar...(asal rasa berbelit gila ayat aku ni?) gambar ajib ngan bini dia yang tengah sarat mengandung.ajib pon pregnant macam bini dia sebab perut dia ngan bini dia sama besar.aku saja saja follow ijat and the gangster.selama ni aku amek gambar orang asing main candid je.ni first time one on one even if face to face(tolong jangan komen base inggeris aku yang cemerlang itu).sebenarnya tujuan aku follow nak ilangkan rasa neves kalau ambik gambar orang secara tak candid tapi macam tak neves sebab komeng ngan sin chan buat aku nak terkencing sekaligus berak cirit dalam seluar bahana gelak banyak sangat.

DSC00160

depan blur= ijat bajuSpain=aswad pinkyMan=YB bulupanjang=komeng merah=helmee

DSC00068

ajib dan isteri+fetus

DSC00101

ini SinChan.aku sukakan adab dan tata tertib nya yang sopan ini.


kesimpulan pasal Tan Sri Taib Mahmud

beliau sangat best sebab dapat bini super cun dan gorjes.walaupun beliau mungkin sikit expired tapi mana tau beliau mungkin dapat membuntingkan bini beliau secara normal dan beranak ramai.makin tua makin berminyak kata oarang tua tua.eyh,beliau pon tua kan?

kesimpulan pasal bas wanita

isu ini sengaja aku cerita sebab aku nak semua perempuan pandang serong pada aku.hahaha.ok lah untuk keselamatan dan mengelakkan petaka pada kaum wanita kan?habis,macam mana perkhidmatan bagi lelaki?mutu perkhidmatan tu maksud aku.adakah juga sama sama bertambah unggul?atau sama je keadaan masa naik bas campur campur dulu?dari segi masa contoh nya,tepat pada masa atau lambat skit dari biasa?kalau aku drebar bas untuk bas pompuan,aku tepati masa dan sentiasa hepi untuk bekerja walau tengah malam sekali pun.kalau lelaki?apehal aku nak keje overtime?kau balik la jalan kaki pun.aku peduli apa.sentimen ini akan wujud di kalangan pemandu bas lelaki.

"kau bawak pompuan best ah,aku ni hari hari angkut jantan je,muntah''

banyak sangat masalah dunia aku nak cite.masalah aku sape nak pikir?bobi hotan!


leg note:hari ini sangat hepi



Wednesday, January 19, 2011

bila gua serius.angin kencang bersama bunyi ngauman nyaring akan keluar dari belakang badan.

gua dah lama hidup.sejak dari zaman batu lagi.masa tu masyarakat sezaman gua tak reti pakai laiter.nak api je kena ketuk batu.ketuk batu.tak penah gua nampak member member gua pakai baju cap paul smith ke lacoste atau gosok gigi pakai ubat kolget.tak penah.mana ada kilang baju masa tu.kayu sugi pon orang sebelah gua taktau pebende.boleh kata masyarakat gua berbogel sepenuh masa.takpun tutup pakai daun kayu je.ade la sikit kaum suku batak jarak 8 tiang api dari kampung gua tak tutup langsung.bedosa sungguh.terus muntah gua tengok jantan depa.kalau pompuan syok skit!

tu serba sedikit subjek sejarah yang penah gua ubah penceritaan dari hikayat merong mahawangsa.masa kecik dulugua terer gila subjek sejarah.gua hapal semua tarikh penting dalam kitab.semua pasal cikgu sejarah gua punya ajaran.walaupun sekarang satu hapah pon gua langsung tak ingat sebutir pon.nampak sangat ajaran cikgu gua tu menyimpang.gua masuk U pon sebab B.Melayu gua bentuk 'A'.bukan sebab sejarah.

jadi,apa sangat lah subjek sejarah lu nak kungkang kungkang kat payudara akhbar.kat kotak media ada orang bercakap dalam kotak.yang lu tengok Bahasa Inggeris jugak.baik lu agungkan mata pelajaran Agama Islam.baik lu perkasakan subjek Al-Quran Sunnah.Baik lu perjuangkan Pendidikan Syariah Islam.baru anak-anak gua hidup selamat.gua tak nak nanti anak gua belasah cikgu hanya sebab idola dia Abu Bakar As-Siddiq sedangkan cikgu mati mati nak anak gua sebut Hitler.Karl Marx.

ahh,sebut pasal anak.anak tekak gua dah terjulur lapar.out!






leg note: apakebenda la mood gua hari ni.

Tuesday, January 18, 2011

terkena angin ahmar peringkat hitam tuju kepala aku.bosan.

bini dah merengek rengek mintak dipuaskan.aku plak malas nak layan.kalau nak pikirkan kan nafsu memang hari hari kena ganyang.baru puas.baru kena ngan orang ada bini.masalahnya sekarang tak boleh.kau paham tak aku tak boleh nak puaskan kau?

baru sehari tak pegang kau dah gigil gigil.itu ini aku beli nak kasi kau cantik.tak jugak menarik nafsu aku nak dekat ngan kau sekarang.aku pon tak paham.kadang kadang aku pegang kau kejap,baru tengah foreplay ada plak masalah.aku nak salah kan keadaan tak baik plak.nanti orang kata aku tak bersyukur.kau kena paham.aku bukan suka kat kau sebab body kau lawa je.tu aku tak pandang sangat.aku pandang dalaman tu.dalaman.ye la,buat apa nak malu.selalu sangat dah kau telanjang depan aku
.aku suka tengok.hahahaha.

oh hujan,kau adalah rahmat dari Ilahi.kau buat bumi ini hijau dan sihat.dan aku cuma doakan hari hari mendatang semakin cerah.takpon sehari pon jadi lah.doa saja!


leg note : gua dah bosan tahap anjeng liar.tangan dah berkurap lama tak main kamera.kesian bini gua.awww..awww....


Thursday, January 6, 2011

benda kenangan yang aku tak sengaja tersimpan.oh,aku bukan romantik.

DSC09227

ini tag crew masa aku jaga booth Curiga Clothing kat gig annexe CM tak lama dulu.masa ni Hujan tengah nak up.memang aku suka gila babi kat Hujan masa tu(muda dan kental).sampai la skunk.

DSC09225

masa ni aku ngan member kamceng si Arab first time join Rantai Art event.buat kat MIA arthouse jalan ampang.bodoh gila.sebab neves cari restoran pelita pon kena pusing 1 klcc.bodoh.bodoh.basah baju aku dengan peluh harum.tapi ending sangat emosi dan tacing.masa tu kenal jojo,awin & amy artjunkish,qiela rainbow dan sama sama ambik gambar kenangan masa abis event.baju habis di jual.hahaha.sonok.sonok.

DSC09224

masa ni first time aku kenal cik norkarmila binti khairul ariffin.budak pompuan paling sengal dan gila isim atas muka bumi Tuhan ni.sebab kami dah lantik dia jadi pengurus Curiga jadi sama sama la kena jaga booth.ni time event youth kat PWTC.aku ingat lagi akak crew DEvoTee bagi free je tiket Nidji Live at Rums 5 keping kat aku.haha.maka melalak sakan lah menyanyi bagai orang gila di sana.ramai yang dapat.bukan aku je.kuikuikui.

DSC09238

ini..err...aku tak tau asal aku simpan benda alah ni.aku dapat masa pegi kenduri kawen sapa pon aku tak ingat.tapi aku rasa benda ni kiut.kan?kan?kalau tak angguk aku bunuh kau.

DSC09235

ni awek member aku bagi kat aku,aku taktau asal dia bagi aku.member aku sendiri soh aku simpan buat kenangan.gila.owh ye,masa ni aku teman si gila ngan awek dia pegi beli wallet baru.

DSC09232

hahaha.ni wallet yang aku pakai masa belajar diploma dulu.rare gila wallet ni.kat tempat aku baru nak up masa tu.tapi ramai budak budak beli yang baru.aku punya bundle beb.rare.rare.

hahaha.banyak lagi.tapi tu je gambar yang mampu aku amek.masa nak ketik gambar barang lain tiba tiba bini aku habis bateri.terus jadi malas nak ambik dah.bini aku tu memang,aku lasak skit mula la letih semacam.tak laratlah hapa lah.baru main kejap.cis.oh,asal nya aku nak upload gambar orang kesayangan aku tut..tut..tut.. nama dia.tapi tak jadi.malu plak aku nak cite.haha.aku rindu sangat kat dia kot.lama dah aku tak dengar kabar dia.





leg note : kontes gambar chill aku dapat lebih dari no 3.hampas.lain kali kena buat lebih baik!