Wednesday, January 19, 2011

bila gua serius.angin kencang bersama bunyi ngauman nyaring akan keluar dari belakang badan.

gua dah lama hidup.sejak dari zaman batu lagi.masa tu masyarakat sezaman gua tak reti pakai laiter.nak api je kena ketuk batu.ketuk batu.tak penah gua nampak member member gua pakai baju cap paul smith ke lacoste atau gosok gigi pakai ubat kolget.tak penah.mana ada kilang baju masa tu.kayu sugi pon orang sebelah gua taktau pebende.boleh kata masyarakat gua berbogel sepenuh masa.takpun tutup pakai daun kayu je.ade la sikit kaum suku batak jarak 8 tiang api dari kampung gua tak tutup langsung.bedosa sungguh.terus muntah gua tengok jantan depa.kalau pompuan syok skit!

tu serba sedikit subjek sejarah yang penah gua ubah penceritaan dari hikayat merong mahawangsa.masa kecik dulugua terer gila subjek sejarah.gua hapal semua tarikh penting dalam kitab.semua pasal cikgu sejarah gua punya ajaran.walaupun sekarang satu hapah pon gua langsung tak ingat sebutir pon.nampak sangat ajaran cikgu gua tu menyimpang.gua masuk U pon sebab B.Melayu gua bentuk 'A'.bukan sebab sejarah.

jadi,apa sangat lah subjek sejarah lu nak kungkang kungkang kat payudara akhbar.kat kotak media ada orang bercakap dalam kotak.yang lu tengok Bahasa Inggeris jugak.baik lu agungkan mata pelajaran Agama Islam.baik lu perkasakan subjek Al-Quran Sunnah.Baik lu perjuangkan Pendidikan Syariah Islam.baru anak-anak gua hidup selamat.gua tak nak nanti anak gua belasah cikgu hanya sebab idola dia Abu Bakar As-Siddiq sedangkan cikgu mati mati nak anak gua sebut Hitler.Karl Marx.

ahh,sebut pasal anak.anak tekak gua dah terjulur lapar.out!






leg note: apakebenda la mood gua hari ni.

2 comments:

Pistachio said...

gile lah.. penuh visi & misi! xsyak lg, lepas najib turun.. lu pulak naik..

karatz said...

lu ni macam tak kenal je dia.sebelum gua naik kompem gua kena masuk lokap liwat orang.