
nampak pondok?tu tempat parking kete.luas.boleh la muat 10 biji kete.haha.kami lalu jambatan kecik tu sebab seberang tu je tapak paling luas untuk pasang khemah yang besar.

kemah setelah di pasang.anak sungai depan tu sampai kebawah sana sume boleh buat port mandi.very panjang.

kemah spare.sebab ada anasir anasir tak lulus apply cuti kena keje lagi so kena gerak petang,malam baru sampai.

untuk unggun api malam nanti.sempena memuja mambang sungai sendat kelolaan zaid.

ini orang panggil magic hours.tak sampai 10 minit cahaya dah hilang.naseb sempat shoot.

ritual awal sebelum pemujaan.menyedut kuasa matahari untuk digunakan malam nanti.terpaksa guna jasad palong sebab dia paling tak berguna.haha.

ini di ambil dari jambatan kecik tu.depan sikit lagi tu baru air terjun no 1.dalam tak ingat.kalau takde skill renang berirama macam aku kau mandi je la kat bawah bawah ni.

ni yang no 1.kau nampak tali kuning kat atas tu?atas tu kolam no 2.lagi dasat dia punya dalam.ada air pusar lagi.dah ada yang arwah.tu yang ada tali kuning tu.tapi orang melayu memang berani.peduli apa tali kuning ke merah jambu ke.kasi putus.

nampak je kecik.tapi luas sebenarnya.tu aku pun buat macam budak tu.tapi lutut landing atas batu.sakit nak mampos.

pabila larut malam.anasir2 tak sampai lagi.tengah prepare nak makan malam.panggg...hujan!

aktiviti menjahit bahagian kemah yang bocor.basah sampai ke dalam.kemah lagi 1 pon masuk air dari bawah.kemah murah.

dari mula sampai petang ke malam tak kira hujan makan je keje makhluk ni.
''gua rasa lapar tak tentu pasal,mungkin sebab aura matahari yang gua sedut petang tadi''ucap beliau sambil menyebat beberapa ketul sosej ke mulut.

jin ini pura pura keenakan tidur walaupun lantainya sudah basah dek air hujan mengalir dari bawah.

ini adalah tangan orang hebat.haha

''aku yang buat semua ni,aku yang jahit.aku yang tampal.kemah ni kemah aku.aku beli duit sendiri bukan duit jiran aku''ujar zaid tak semena mena sementara yang lain buat keje sendiri dan buat tak tahu.

setelah anasir anasir sampai.terus dengan upacara pemujaan.masa ni bulu roma dah start menegak.

dua dua adalah bekas ahli black magic ampang dan jengka.nampak botol apa tu?bukan holy water tu.tu minyak petrol.
gambar semasa ritual tidak dapat di ambil kerana tiba tiba semua kamera tidak berfungsi.

mereka dikatakan telah di heret dari kemah ketika tidur dan dibawa ke dalam kereta.angkara siapa dan punca tidak diketahui.

beliau paling lewat bangun setelah meracau dengan hebatnya malam tadi.

acara makan makan buatan sendiri.pastu kamera aku habis bateri.denggg..gambar diatas separuh aku punya separuh dari iqbal.pastu mandi dan petang itu balik semula ke lubuk.sankyu!
leg note : kolam no 3 takde gambar.aku naik tak bawak kamera.overall,tempat ni sesuai sangat untuk family gather,sebab anak sungai dia panjang dan boleh buat port mana mana je.siyes.entry bapak panjang,letih aku!
No comments:
Post a Comment