Friday, January 1, 2010

apa yang tinggal di 2009

banyak sangat benda yang aku tak sempat nak achieve tahun lepas.azam kalau nak kira bukan main macam macam.yang tertunai nya hanya sedikit habuk habuk simple yang tak berapa nak boleh dibanggakan.nasib lah ada certain part yang susah bagi kebanyakan makhluk bernama manusia untuk hadapi tapi dengan tenang dan redhanya aku dapat lalui (kononla).haha.mangkuk tol.



kereta

aku idam idamkan dapatla aku tunggang kereta pada tahun baru ni.kira kira yang aku buat start dari awal tahun lepas rupanya kira kira budak darjah tiga.langsung tak nampak batang idung nak capai kete sejibik.walaupun target aku dah tahap paling rendah (secondhand dan barai gila) tapi still tak mampu lagi.

kerja gomen

bukan aku bosan belajar.tapi nafsu untuk bekerja lebih memuncak pada aku pada tahun lepas.lagi lagi dengan 3 interview jawatan kerajaan yang aku dah bantai cukup cukup dari segi study,kursus keyakinan diri kelolaan kawan kawan dan kem pemantapan diri di gig gig sekitar kuala lumpur.nampaknya belum ade rezeki.

awek

nak kata aku tak cari ye jugak.nak kata aku cari tidak sama sekali.hehe.semangat mencari tu takde.apa yang aku harapkan tahun lepas adalah jodoh turun dari langit dan ucap " i love u kat aku " dan terus aku terima tanpa banyak songeh dan terus ke alam perkahwinan yang cukup bahagia.fairy tale kan aku?pegi mampos.

kamera dslr

cuti sebulan aku sengaja aku penuhi dengan aktiviti aktiviti pekerjaan yang melangsungkan duit atau kekayaan dan dengan harapan dapatlah aku angkat sebijik dslr.belum sempat gaji dipoket jatuh ke tangan Low Yatt (landmark aku nak cari kamera) dah disambar oleh suar jean dan kasut dan sikit sikit jatuh ke tangan adik adik yang memang dahagakan kasih sayang duniawi dari abang nan sorang ini.pokai gua.ptptn yang dimimpi mimpikan sejak dari cuti semester rupanya indah khabar dari rupa.ingat bleh r nak bekap skit beli kamera.
khabar buruknya ialah cuma aku seorang yang belum dapat.sedangkan member member dah beraya 3 kali tahun ni termasuk beraya dengan duit ptptn.alkisah dari kelembapan UPM dan PTPTN sendiri dalam masalah ini.korang memang lanciao!superb!






leg note : tahun ini.tiada azam.yang ada cuma niat.sama ke azam dengan niat?ntah.




No comments: