Tuesday, January 5, 2010

kalau bukan mintak celaka ini apa

menjadi muda remaja adalah sesuatu yang semua manusia akan alami.pada usia begini lah kita akan temui macam macam hal.kita akan menemui sesuatu yang logik atau sesuatu yang di luar jangkaan.logik yang aku cuba sampaikan ialah bila aku lihat atau mencuba sesuatu (umum) yang mungkin tidak sesuai pada umur seusia aku(dulu aku pun muda jugak) tapi aku masih sedar perkara itu mungkin ada impak positif kalau aku bersedia untuk terima sebagai panduan atau diserapkan dalam kehidupan aku pada masa itu.

sesuatu yang diluar jangkaan ini mungkin selalunya negatif.selalunya remaja akan menerima perkara yang diluar jangkaan ini dengan mudah,kerana ikutan atau kerana ketaksuban sendiri terhadap perkara itu.

contoh pada aku.masa aku belasan tahun aku penah ikut kawan kawan pegi gig di sekitar kota bharu.ekceli selalunya di PCB atau Pantai Cinta Berahi (kini pantai cahaya bulan).pada masa tersebut kebanyakan anak anak muda yang sezaman aku lebih kepada berideologi skinhead.mazhab tengah galak tersebar.dan patut tahu bahawa event sebegitu adalah illegal di tempat aku(that time).walaupun aku cuma ingin berhibur tapi aku ada sikit sedar remaja seperti aku masa tu tidak sepatutnya berada disitu.dan bukan itu yang seharusnya perkara yang aku patut buat sebenarnya.kerana terlalu banyak unsur unsur tidak sihat(bukan salah penganjur)yang boleh menjerat nerd seperti aku untuk melakukan perkara yang lebih dahsyat(sesuatu yang diluar jangkaan).

kesannya memang kuat mempengaruhi separa hidup aku hingga sekarang.cuma aku bukan skinhead sejati dan tak penah botakkan kepala.huduh sial.percaya dan menyerap sebanyak banyak nya ideologi ini dalam kehidupan adalah bodoh sebodoh bodoh manusia.ini apa yang aku lihat,rasai dan mencuba sendiri sesuatu yang sebenarnya logik pada nama ingin berhibur tetapi menjadi sesuatu yang diluar jangkaan bila ianya bakal merosakkan.yang penting nya fikir.

5 tahun selepas.aku berjinak jinak kembali dengan gig.kali ini lebih kepada mencari duit poket.dan ianya 90% berbeza dengan apa yang penah aku alami dulu.ideologi yang berbeza beza dan sangat open.berada di Malaysia Timur untuk tempoh 3 tahun benar benar menutup pemikiran aku terhadap kebangkitan muzik di semenanjung Malaysia.memang aku malas ambil tahu pun.saat saat awal kelahiran Hujan(tenks a lot guys)membuka mata aku terhadap kebangkitan muzik indie dan peluang untuk berfikiran lebih bebas(bukan liberalisme) terhadap banyak benda.berada di dalam kitaran kehidupan sebegini membuat aku terfikir apa itu kebebasan dan pentingnya dalam hubungan sosial manusia.ia tidak mudah dan tidak pernah mudah.

dan walaupun berada dalam kitaran ideologi(individu) yang berbeza diatas 1 platform yang menghimpunkan seramai ramai umat (remaja)namun tidak pernah timbul soal kau siapa dan aku siapa.apa yang kau pakai dan apa yang aku pakai.semua kita adalah sama.itu yang aku nampak.yang aku dapat rasa.

cuma aku hairan kenapa sesetengah mereka ini tidak mahu berfikir atau adakah sengaja menolak kebenaran.sesuatu yang sudah tentu salah tidak akan pernah menjadi betul.walaupun benang basah bisa di tegakkan.jangan jadi bodoh tolol hanya kerana kau mahu dilihat hebat.otak kau berlumut tahi ke apa?






leg note : rentetan kisah black metal puja saitan.oh remajaku,alangkah sesatnya!





No comments: