Monday, June 25, 2012

ape benda la pegi keje hari isnin

tap..tap..tap...

tap..tap..tap..tap..tap..tap..tap

tap..tap..tap..tap..tap


abes keje gua setelkan, bantal dan tilam berabuk gua bak bagai memanggil manggil dari rumah. kepala gua dah sendu sendu nak pitam. mata pun kejap rabun kejap berair. sesekali gua menguap sambil berbunyi kerbau mengejutkan kak sham kat sebelah gua. nampak macam dah tersalah kira akaun kewangan dan mental kerana nguapan gua yang padu.

''tengok bola la tu ngantuk sampai macam tu sekali, dah la salu lambat. aiiii... aku pun suka keje gitu'' ngomel kak sham berbulu.

pikah ngan cik za membalas perlian kak sham dengan gelakan kecil. takut nak gelak macam biasa sebab big bos ada.

gua malas nak melayan kak sham sebab dia dah tua dan tidak hot macam akak akak opis tingkat atas.kalau tak boleh jugak gua senyum dan kenyit mata tanda gua sikit pun tak marah.

''pikah ngan cik za tak payah nak hikhikhikhik sangat.. gua tido depan meja korang karang tau le''

gua bangun dari kerusi masuk bilik pantri. harap-harap khasiat kopi hitam boleh memberi kekuatan makrifat pada gua sampai ke petang. kedengaran big bos gua,bos no 2 gua dan bekas bos no 3 gua tengah buang masa dalam bilik meeting. cite bola,cite masalah pendatang asing,cite tak pandai mengaji bertukar-tukar topik. tiba-tiba nama gua diseru di balik pintu bilik.

''aaron aziz..oo aaron aziz...kau sini jap''panggil bos no 2 gua. gua tanpa ingkar dan penuh arahan terus masuk bilik meeting.

''mende bos?'' tanya gua bermalas malasan.gua pandang muka big bos dengan bekas bos no 3 gua. nampak seolah-olah mereka mengharapkan sesuatu kepastian dari gua.

''errr..kitorang ada hal skit nak tanya kau..kau pandai tak mengaji?'' tanya bos no 2 gua.

''boleh lah bos.gua takla pandai sangat.kenal huruf tau baca je la.asal?''

''errr..camni..kitorang sebenarnya...errr'' luah big boss gua tergagap gagap.


10 minit separuh masa pertama...........................gua tutup mulut gua dengan tangan

20 minit separuh masa pertama..........................mata gua dah berair

30 minit sebelum gua balik kerja..........................gua dah tak tahan



...........................31 minit kemudian..................................




''kahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkah..''gua gelak sambil keluar cepat cepat.



''woi,kau bagitau sapa-sapa aku 3 orang kerjakan kau nanti'' ayat terakhir yang gua dengar sebelum gua simpan laptop dan tutup pintu opis.ketawa gua belum habis lagi.





leg note : gua rasa sungguh bersyukur kerana umi gua ustazah tak bertauliah yang paling sabar mendidik gua kala dulu.


No comments: