Friday, March 11, 2011

petang jumaat

jam dah 3 petang.gua baru lepas mandi,kena hujan masa balik solat jumaat.tiba tiba gua dikejutkan dengan satu panggilan hangit dari consultant tempat gua keje part time 2 minggu lepas.

''hello,ni ************** ke...?ni kak atty ni..''(tiba tiba nama gua tak leh nak taip,keyboard jem)

''aaa ye saya kak,nape ek?''balas gua tanpa salam.tuala gua yang hampir londeh gua ikat kemas kemas.biar berkemban jangan telanjang.itu prinsip gua.walaupun takde orang dalam bilik gua namun gua tetap lelaki melayu yang punya sifat malu.bukan macam member gua si palong.nampak habis jantung pisang setandan.minggu ni dia takde,pegi buat research kat pulau kapas.

''ni hari last untuk hantar dokumen survey haritu tau.adik ada terima emel ke mesej dari kak emma?''

''ada kak emma mesej semalam,tapi saya kat pontian lagi.pagi tadi baru sampai serdang.saya dah cakap nak antar arini.kejap lagi saya sampai sana kak ek''balas gua menipu sunat.

mana ada gua pegi johor.gua terpaksa sebab ade lagi skit benda gua nak setel sebelum antar.bukan salah gua.gua dah mesej Abu Rahman semalam.dia dah lama antar.orang lain pun.yang belum gua ngan partner gua je si Amalina tu.asal baru semalam mesej gua soh antar?harini last plak tu.gua kalau dah mendidih...................

ok,sambung cite..

gua try kol partner gua.semalam dia dah mesej gua nak antar sama.tapi gua ade skit lagi tak siap jadi gua soh dia antar dulu.gua dail no dia..tet.tet.tet.tet.tet.tet.tet.tet.tet.tet..(10 kali tet sama dengan no henset beliau)

''salam,weh amalina.ko da antar dokumen kat zetta?''soal gua terus tanpa gelak gelak malu atau bertanya kabar.gua memang macam tu.simple and humble.

''dah,lepas aku mesej ko tu aku pegi terus la.takut la aku nak antar lambat.dia dah cakap kan arini last.ko ni dah antar belum?''jawab beliau panjang berjela.gua tanya sikit je.

''ko tu sume ko takut.aku nak antar la ni.masa ko antar semalam dia ada soh buat pape tak.kena ketuk ketampi ke,buat senamrobik ke.ada?''soal gua kot kot gua kena denda ke nanti sebab antar lewat walaupun dah terang terang salah dorang.

''takde la,gila la ko.takkan la dorang soh buat macam tu.hahahaha''kata beliau menghina gua dan gelak macam langsuir.

''aku tanya je.mana la tau.okeh.aku nak gerak dah.assalamualaikum''terus gua letak tanpa tunggu salam berjawab.gua memang macam tu.seorang yang kurang ajar.pasal tu la gua masih lagi belajar dan belajar.

gua turun bawah pinjam motor Apo.kalau naik motor gua kompem banjir surut balik baru gua lepas pegi Bangi.hujan hujan macam ni bukan boleh kira.

tiba tiba gua dengar ade orang ketuk pintu bilik gua.nampak kepala iqbal muncul sambil senyum melirik.bajet ayu.cis.

''weh,kata nak kuar makan.jom ah,openg dah tunggu bawah''kata beliau.oh,baru gua teringat gua ada date ngan rakan rakan gay gua.jadi entry gua sampai sini saje.haha!




leg note : skrip paling bangang dalam cite kak limah pada gua ialah ''saya ada gout'' yang di ucapkan oleh pakgad tua!

No comments: