Wednesday, August 19, 2009

rezeki tu halal ke tak belakang kira

kejadian ini berlaku pagi tadi selepas aku baru sahaja bangkit dari tido.selak kotak kotak rokok rupanya semua kosong.lupa nak refill.jadi aku menuju ke bilik amy dengan harapan untuk mengepau dunhill milik beliau.tanpa cakap banyak terus ambik sebatang.tuan punya khusyuk study tanpa sebutir bicara pun.sedang enak menghembus asap sambil membuat bentuk kereta tetiba sorang hamba Allah yakni member aku masok dengan muka beseri seri.

hamba Allah : "wei,aku nak mintak nasihat skit boleh tak?"

aku : "boleh,ko basuh baju ngan stokin aku yang ko pinjam semalam.bernas?"

hamba Allah : "aku antar dobi nanti.skunk ni yang aku nak cite tadi aku pegi bank cek duit kot kot ade sekeping ke nak makan tengah hari.sekali dalam akaun aku ade RM3100 doh.taktau dari mana." masih dalam keadaan tersenyum dan berseri seri.

aku,amy : "weh gila ko,biar betik.ade sesape bank in ke.bapak ko ke.pakcik ko ke"

hamba Allah : "kompem takde sape.aku da kol da tanya dah"

aku : "hahaha,rezeki begolek.belasah je.rezeki.dah,aku nak mandi gi kelas plak"

amy : "pakcik kaya"

hamba Allah : "hahaha.nah"


aku balik ke bilik dengan gembira.sekeping not RM 50 di tangan.










leg note : bertuahnya idup

No comments: