Monday, August 31, 2009

politik bola sepak inggeris

Manchester United menerajang Arsenal berakhir dengan kesudahan yang macam biasa.macam biasa ini tak lain tak bukan Manchester menang.walaupun Lan mengshout out facebooknya sebagai kemenangan nasib tapi aku memang da tau,itu semua cuma nak cover kemaluan dan jatuhnya air muka beliau kerana cakap besar sebelum perlawanan.amek kau!!

aku tak tengok.memang aku tak nak tengok.sebab aku dah berkerat rotan dengan Manchester.dan kena sepak sedas ngan alex ferguson sebab aku letak jawatan sebagai ahli cheerleader Man United FC,sebaik sahaja Ronaldo dibeli oleh kelab Real Madrid dan tevez melarikan diri ke Manchester City.berbuih mulut alex nasihat aku supaya terus sokong Man United nya tapi aku buat bodo je.aku tau alex takkan merayu kat aku sebab aku tak paham sangat slang omputih dia.lagipun dia dah benci aku.ade sekali aku suruh dia tukar suka sama suka antara barbatov ngan arshavin.hangin terus dia ngan aku.

"get out u from here.i dont wanna see u again.what the fak"

sumpah alex kat aku.aku terus masok bilik persalinan pemain dan tukar baju biasa.ambik bola sebijik dan aku tendang tepat kena muka alex fergie.merah padam muka dia kena bola padu dari aku.baru dia tau rakyat Malaysia yang sopan macam aku ni rupanya ade tendangan lipan yang super hebat.mau ambik MC dia nanti.
pegi mampos kau ferguson.

sampai je kat luar stadium,robinho ngan tevez datang amek aku ngan kete audi dia baru beli.aku da sain kontrak baru dengan Manchester City.kau ingat player je main kontrak?bodoh bangkai.

semalam masa jalan2 kat bazar ramadhan jumpa ketoi.ketoi adalah peminat berani mati arsenal.dia ngan arsene wenger salu sms tanya kabar.sekali seminggu dorang lepak minum kat maulana.arsene wenger cakap dia nak amek Amri Yahyah jadi striker Arsenal season depan.sebab Amri je yang boleh tewaskan Van De Saar dengan sepakan mejiknya yang sangat mengelirukan mata.tu arsene yang cakap.

aku salam ngan ketoi.lama.saat tu jugak ketoi tanya aku apa hal arsenal kalah.aku senyum dan cakap memang patut la kalah.baru ketoi sedar dia dah salah pilih kawan.terus dia tarik tangan dia laju2 sambil begegas cari nasik berbuka.






leg note : ketoi sangat marah..hahaha


No comments: