Sunday, October 4, 2009

entry ini tiada tajuk.cuba bayangkan ianya tiada

pernahkah ini terjadi kepada kamu?tiada sebarang buah fikiran untuk buat entry tapi aku nak jugak menghasilkan paling bangsat pun sedikit.jadi aku cuba paksa diri untuk buat dan aku sendiri mau tengok adakah entry paksa diri ini jadi bodoh piang atau biasa2 saja.

(masih lagi tiada idea)jadi aku tulis apa yang sedang aku fikirkan sekarang.owh,pasal ex gf aku yang khabarnya mau datang semenanjung bulan ini.hari2 aku berkira2 bila dia akan sampai dan apakah yang akan berlaku jika dia ada disini.patut jumpa atau tidak.atau buat taktau sahaja.

aku sedang memikirkan masalah kewangan yang aku hadapi.dalam wallet cuma ada 2 ringgit.syiling dalam poket ada 70 sen.jadi esok aku cuma dapat makan nasi tengah hari berharga 2 ringgit.bakinya untuk beli rokok sedap(danhil).masalah seterusnya ialah bagaimana dengan hari selepas itu.harap2 baki dalam akaun bankku boleh beranak pinak.setel problem mungkin.

aku dalam halusinasi angan2 untuk menjadi orang kaya yang amat pemurah.ini disebabkan keadaan serba kekurangan yang aku alami sekarang.

aku masih lagi bingung kenapa belum ada lagi idea untuk menulis.betul2 palat








No comments: