Saturday, February 13, 2010

soal peluang - rebut intai atau curi

peluang yang ingin disentuh disini adalah tentang kerjaya.masa depan dan titik mula ke arah sesuatu yang bakal merubah diri sendiri.sebagai contoh,apa yang ada dalam kepala aku adalah tentang dua peluang yang masing masing ada kelebihan dan kelemahan tersendiri.

dua dua peluang adalah jenis perniagaan.contoh: di sebelah kanan adalah berniaga makanan.di sebelah kiri juga berniaga makanan.andaikan proses ini dalam kepala otak anda dan ia masih belum bermula.kerana anda terpaksa memilih antara salah satu darinya.aku guna pakai penunjuk kiri dan kanan bukan bermaksud berniaga(kiri itu)adalah seperti jadi tokan dadah atau bapak ayam yang mendatangkan untung lebat dan dosa seribu tahun,keduanya adalah perniagaan yang baik.cuma aku letak perbandingan tunjuk supaya lebih faham.

sebelah kiri ialah peluang yang bermodal kecil dan mendatangkan keuntungan kecil namun berterusan.di sebelah kanan pula peluang yang bermodal besar dan mendatangkan keuntungan besar dan ianya juga berterusan.konsep yang sama macam sebelah kiri.cuma modal dan keuntungan sahaja yang berlainan.dan dua dua adalah peluang yang sama jenis.

masalahnya ialah mana yang patut kita pilih sebab ianya peluang yang sama dan ianya juga berisiko sama.sebijik.dan masalah lain ialah modal.contoh kalau mahu berniaga gerai kuih muih yang bermodal kecil atau membuka restoran yang bermodal besar.dan modal untuk kedua dua nya masih berada dalam situasi "boleh diusahakan''.maknanya modal boleh didapatkan.usahakan.cuma peritnya berlainan lah.mengikut peluang yang akan kita ambil.keduanya masih berkisar tentang berniaga makanan kan?dan masa depan keduanya juga sama kan?risiko sama kan?sebab motif kedua duanya adalah PELANGGAN.

kalau memilih yang kecil.rasa sangat rugi kehilangan peluang yang besar.kalau pilih yang besar.rasa sedikit bodoh kerana yang kecil pun tidak cuba lagi.mahu lagi yang besar besar.mahu belasah kedua dua pun(kalau boleh)nanti dikatakan agak tamak.tidak mahulah jadi macam anjeng gonggong tulang yang khusyuk pandang dalam air.aku sangat konpius.



No comments: