Sunday, November 22, 2009

saya hari ini

sedang melepak di cafe sekitar sekitar umk.beberapa hela saja dari rumah saya.cuma kena bonceng motosikal lah kalau mau datang.jadi saya tumpang kawan kawan yang sama sama ade laptop dan mahu men tenet tapi tak mampu nak beli broadband sebab ekonomi lembap nak mampus sampai bapak bapak kami tepaksa catu duit untuk beli benda itu.

tadi saya tonton astro tengok bola liverpool lawan manchester city.saya sekarang penyokong man. city.saya minat gila man city.konon.6 bulan yang lalu saya soh fegesen buang barbatov tapi beliau memperkecilkan idea unik saya,hanya kerana beliau ade skandal dengan barbatov.bodoh betul fegesen.dia dah kehilangan seorang penyokong fanatik yang sanggup order teh ais sampai 5 gelas hanya untuk lihat Man United main.

saya sorang je yang sokong man city.adek bradek saya yang menonton bersama termasuk bapak kesayangan saya sokong liverpool.kali kedua saya berada dalam situasi tertekan dan terancam akan tindak balas penyokong liverpool kalau man city dapat score dan menang.mungkin saya kena tido diluar bersama cengkerik atau pon menumpang dirumah jiran jiran saya untuk semalaman sampai kemarahan penyokong liverpool beransur kurang.kali pertama adalah ketika saya bersama kawan kawan di maulana flat bosnia menonton perlawanan liverpool lawan Man United.saya terselamat dari dibakar dan dihentak dengan kerusi kerana liverpool menang masa tu.basted punya liverpool.kata saya dalam hati bila fans liverpool(kawan kawan saya)menjerit seperti setan bila bola masok gawang man u.


tadi liverpool seri 2-2.hati saya lega kerana duit seringgit saya selamat dalam pertaruhan dengan adik saya yang baru menjangkau usia 13 tahun.kami bertaruh senyap senyap tanpa pengetahuan bapak saya dan yang lain.duit tersebut saya pakai untuk order neslo ais dengan sedikit ihsan dari kawan kawan saya untuk mengelakkan dari menjadi pekerja tambahan di family kopitiam ini.


saya sayang Manchester City.dan saya benci liverpool.maaf!


No comments: