Friday, September 4, 2009

saat aku lanjut usia

alhamdulillah.cukup setahun suda aku bikin ini blog.maknanya belum sampai ajal aku.moga2 aku panjang umor.amin.overall banyak kisah tentang hidup.asalnya mau tulis tentang sesuatu yang memberi manfaat.tapi aku pulak tak pandai nak olah ayat.aku sendiri pun kurang sempurna,apalagi nak tunjuk kat orang jalan untuk jadi berguna dan sempurna.bikin aku susah je kot.haha

saat rujuk balik entry lama2.

terperasan aku kurang letak gambar.ntah sebab aku tak suka atau malas letak.kadang2 gambar mampu memberi ifek yang lain kepada penceritaan.mungkin impak lebih sikit.kalau bercerita pasal awek boleh letak gambar awek.kalau awek cantik agaknya ramai orang akan puji.kalau tak cantik mungkin orang akan kutuk dalam hati.apa orang peduli kan.kalau cerita pasal kampung letak sekeping gambar rumah ntah rumah sape kau snap,cakap itu rumah nenek kau.cantik nak mampos.

tapi penting juga.asal bertepatan dengan cerita bolehlah.aku agak aku tak suka letak gambar.lagipun jujurnya aku tak banyak gambar.memang dalam hati mau angkat DSLR sebijik tapi belum boleh lagi.gunapakai orang punya sajalah.tapi tetap mahu beli sebijik.biarlah aku makan megi,minum air paip sekalipun.asal puas hati kan.lagipun itu bukan cita2 aku.itu kehendak saja.cita2 aku nak jadi bisnesman.

apa yang aku fikir peripentingnya blog ini menjadi rahsia sendiri.di luar pengetahuan siapa2.
walaupun dari kawan2 kau sendiri.tapi ada jugala yang tau.macam bebas mahu tulis apa saja.kau mahu mencarut pon boleh.kau mahu cakap kotor pun boleh.apa nak takut.bila menulis dengan emosi memang itu yang keluar.apa peduli pandangan orang pada kau.tiada seorang pun boleh cakap kau begitu begini cuma dari gaya kau tulis kan.hebat.

lagi.membaca dari bloggers lain pon ada sedikit kepuasan.walaupun ada setengahnya tak dapat
dikomen. bukan tidak mahu.memang tiada kotak komen.mintak maaf sajalah.setahun aku baca setahun aku tak komen.agak zalim juga kan.kadang ada juga rasa bosan.jadi baca saja blog orang.seberapa banyak yang boleh.
seramai mana yang aku suka.siapa yang aku follow maknanya memang aku suka gaya tulisnya.tak semestinya aku wajibulghunnah bagi komentar.apa hal aku nak komen kalau tenet macam siput khinzir.buatkan aku rasa hari2 mau marah.mau wifi di starbuck kurang kena gayanya.takkan aku mau tapau kopimate peket dari bilik dan bawak cawan sendiri nak lepak lama2 kat situ.ilang akal.mau marah sapa?sabar2 suda.kata puasa.

tak payah cerita la da berapa banyak blog aku usha dan baca.cuma malas mau add.sebab aku suka membaca.
kalau ada yang tulis blog dalam bahasa penjajah lambat sikit aku baca.melainkan ceritanya ada lain skit.ada 1 blog warga cina malaysia.dia tulis sesekali pakai BM,banyak pakai BI.kadang pakai bahasa ibunda.banyak cerita pasal rencah politik malaysia dan sikit2 global.macam bagus,jadi aku baca.dan aku suka.dari malam sampai ke pagi aku baca.tapi lupa bookmark.jadi bila mau cari lagi sekali lain harinya.memang takda jodoh.
kesian aku.

kepada pelontar2 komen.aku ucap terima kasih.tanpa diundang dan dipinta datang dan pergi.itu lumrah la.bukan ke hidup macam roda.kejap kau naik beskal bawak orang kat belakang.kejap kau pulak yang nak dok belakang,orang bawakkan.karutla aku.cakap macam orang gila.memang semua manusia ni gila.ada yang gila duit,gila kuasa.gila wanita.gila popular.gila cinta.kau je tak perasan.kan.tapi untuk pengkomen.anda buatkan aku macam diperhatikan.semua orang rasa begitu bila ada orang baca blog kau kan.terima kasih untuk itu.
lagipun jika saling tidak kenal,komen kau akan lebih jujur dan terbuka.tidak berselindung.aku suka begitu.
secara jujurnya,aku cuma ingin tulis dan tulis sahaja.samada ada orang komen atau tidak itu bukan masalah besar.kadang2 ada juga rasa keteringinan untuk dikomen.tapi perasaan itu aku buang jauh2 sebab aku paham tentang sikap manusia.aku sendiri pon kadang malas mahu komen.jadi tiada sebab untuk rasa down.dunia realiti diluar yang aku hadapi lagi mencabar.dan hari2 kena hadapi.mau pikir masa depan lagi.untuk bloggers dan followers.tengok isi ceritala bagaimana.kalau ianya mampu buat aku berfikir dan bertanya,aku akan tanya.bukan hari2 boleh tulis dengan penuh bergaya.kan manusia itu banyak kekurangan.fiil aku sangat aku tak faham.mungkin kena balik umah nanti tanya mak aku.


ini kesimpulan untuk anniversary blog aku.ulang tahun ni memang ada sedikit lain cara celebratenya kan.jadi agak panjang sikit tulis.takde pon aku suruh baca.jadi kalau kau bosan aku peduli apa.aku tak marah pun kalau kau marah.tapi bagus jangan marah.nanti aku dapat pahala berduyun2.kesian kau.







leg note : jangan percaya apa yang aku tulis!!




No comments: