Saturday, September 5, 2009

kau janji pastu kau tak tunaikan

tak kira fizikal manusia tu macam mana.dia hensem atau lawa atau bermuka pecah rumah.setahu aku mana ada orang muka pecah rumah.sume manusia kan sama cantik.kalau perangai suka pecah rumah itu sangat ramai.
bidalan orang kita.atau manusia itu orang kaya atau orang miskin.semua orang penah berjanji.suka berjanji dan tidak dapat dipisahkan dengan janji.jadi aku mahu cakap pasal janji sahaja.sebab banyak bodoh dan baiknya janji ni.dan ia berkaitan mungkin dengan balak kau,orang gaji kau atau jiran2 kat umah kau.ada dua jenis janji aku mahu bicarakan.

janji manis - kata2 yang diucapkan bukan sepenuh hati.cuma mau main2.atau pun memang suka buat janji.yang baik2 sahaja.jadi manis bukak sebab masa janji tu tengah kunyah batang tebu atau mulut keluar gula.tapi janji yang direka2 untuk sedapkan hati si pendengar.kalau buat untuk awek,awek itu bakal mengalami halusinasi khayalan kerana janji manis ni selalunya direka dengan super tipu sekali.orang macam ni patut kau sepak dan tanam mayat dia dalam lubang najis.sebab dia takkan buat apa yang dia cakap.saja bikin gempak.
buat kau terbuai2 dan apa yang kau dapat cuma bla..bla..dan bla..padan muka kau

janji kosong - ini lebih kurang sama dengan janji manis.cuma kadang2 bukan untuk ambik hati atau sedapkan cerita.cuma dia buat janji lepas tu dia buat dek.untuk awek,kalau dapat balak yang suka janji kosong sampai sepuluh kali.baik kau mintak clash.nanti takdela kau tenganga di kemudian hari sebab orang yang suka berjanji kosong mungkin isi poket nya juga kosong dan suka pau.jangan salah paham.ia langsung takde kaitan dengan klip video ustaz azhar pasal si isteri mintak maaf kat suami masa hari raya cakap"kosong-kosong".gila babi kelakar.

perjanjian - satu jenis kata sepakat yang ada hitam putih atau atas sebab saling percaya.banyak berkaitan dengan bisnes atau senang cakap pasal harta atau duit.tamadun moden sekarang memang kau tak boleh pakai sifat kepercayaan dah.nak2 pasal duit.walaupun dengan saudara kau sendiri.sebab kalau iman kau tak kuat,
sifat percaya kau akan ditukar jadi sifat sangsi syaitan nirrajim dan seterusnya kau akan jadi seorang makhluk yang suka makan harta gelap.sepuluh ringgit memang kau tak bekira,kalau sepuluh ribu?kalau kau ada harta spare satu milion mungkin boleh kalau nak buat bodo je.situasi buat bodo ni kau tak boleh nak beli nasik lemak telor mata kalau simpanan kau pun cukup2 makan.jadi jangan la bersikap bodoh.


akujanji - ini aku pun kurang paham sangat.cuma aku terfikir aku penah sain akujanji masa mula2 masuk U 2 tahun lepas.1 benda pon aku tak paham.lebih kurang macam undang2 macam mana nak hidup dalam U kot.
lupa.yang pasti,satu pun aku tak tunaikan.





leg note : aku janji ni last aku tulis pasal janji!!








No comments: