Monday, September 28, 2009

persoalan perubahan:entry ilmiah

ubah,perubahan dan berubah.klise yang selalu aku dengar dari mulut sesiapa yang aku kenali dengan nama kawan.seseorang yang ingin berubah,semestinya dari tak baik kepada baik.dan daripada baik kepada lebih baik.kalau ade orang dari baik mahu berubah kepada jahat sila jumpa aku.mungkin aku dan kawan2 aku boleh sepak kau secara borong.free of cas.mahu?

asalnya manusia itu sudah molek benar.suci luhur.jadi tugas ibu bapak kau main peranan untuk kasi corak2 kau itu supaya jadi macam apa bila besar nanti.yang penting masa kecil kau sudah power akhlak dan bicaranya.aku doakan semua anak2 masa akan datang begitu.ubah itu maksudnya tukar atau pun baiki,lebih kuranglah.itu apa yang aku fikir.kau fikir cara lain mungkin lain sedikit maksudnya.ada lagi maksud yang lain?perubahan itu sesuatu yang asal dan sudah tidak sama lagi macam dulu.berubah pula sesuatu yang sama sekali lain kerana perubahan yang berlaku.

ubah satu kerja yang senang.membuat perubahan senang.berubah juga pasti berlaku dengan senang kerana kau sudah ubah,membuat perubahan dan seterusnya dikira sudah berubah.tapi untuk mengekalkan perubahan itu untuk satu jangka masa yang lama sampai kau mati kalau boleh sangat susah kan.contoh kalau kau fikir kau mungkin seorang yang tidak baik.dan kau ingin berubah kepada baik.kau rasa senang bila sudah berubah menjadi baik dan kau ingin berubah lagi kepada lebih baik.kau berubah lagi.kali ini lebih baik.sampai satu tahap kau rasa sudah cukup baik.(konon).tapi hidup kau masih lagi panjang.Tuhan masih belum ambil nyawa.dan kau ingin berubah lagi menjadi lebih baik dari situasi lebih baik edisi pertama.bagaimana?rata2 aku lihat ramai yang tewas.mereka akan menjadi tidak baik semula.perubahan yang mereka tidak sedari kerana merasakan diri masih lagi baik,sebenarnya dari kaca mata orang lain rupanya tidak baik.ataupun perubahan kepada baik yang kau buat cuma sesetengah hal saja,dan sesetangah hal lagi kau semakin menuju ke arah tidak baik.satu lagi perubahan yang tidak kau sedari telah berlaku semasa sesetengah hal lain itu telah kau ubah jadi baik.mistik kan?aku pun hairan.

kau ingin ikhlas dalam belajar.jadi kau berusaha lebih keras supaya lebih pandai dan lebih bijak menjawab soalan.itu juga perubahan untuk lebih baik.tapi kerana sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan kau terpaksa masuk exam dengan sekeping toyol atau kau jawab exam dengan meniru semata2 kerana tidak mahu gagal.atas dasar kau sudah menjadi baik kau bagi tiru orang lain pulak.dengan alasan pahala kau akan berlori2 masuk akaun pahala.sudah berubah kepada baikkah begitu?

atau kau sejenis kasanova+buaya yang suka mainkan kaum hawa.mengkaji punggung gadis dan meneka dara atau tidak saja kerja kau.untung nasib kau dapat.dan kemudian kau telah berubah kepada menjadi setia kepada yang satu atau memilih untuk solo sahaja.itu satu perubahan dari tidak baik kepada baik.tapi kau masih beraksi romen sakan setiap hujung minggu dengan gadis pilihan kau itu.tangan pegang tetek dan konek masuk lubang.gadis kau stim semacam,suka sebab kau setia padanya.apa yang kau ubah sebenarnya?


kau minum arak.dan kau rasa kau dah terpesong jauh sebab dah sah2 kau tau arak itu haram.ada dalam Al-Quran pun.jadi kau berubah dan berhenti minum.itu sudah sangat baik.tapi kau tukar plak isap ganja,kena syabu dan telan ekstesi sebab rasa2 kau sume tu takde pun tulis dalam Kalamullah.dulu kecik2 bodoh sangat kot.perubahan jenis afrit mana kau buat ni?

kau suka free hair.kau rasa cantik berfree hair sebab kau salu pakai rejoice 8 dalam 1.konon rambut kau lurus bersinar macam iklan dalam tv.satu masa kau ubah pakai tudung plak.nampak lagi cantik dan ayu.sopan dan manis seri muka.kau punya saham naik melonjak2.ramai kumbang datang usha kau.puji kau cantik gila babi.tapi orang taktau kau pakai tudung sebab pakwe kau yang suruh.ikutkan bukan kau nak pakai sangat pun.saja amek hati jantan kau.walaupun kau tau menutup aurat tu wajib untuk perempuan sejak dari azali dan bukan ikut suka hati perut kau je nak pakai bila2.bila kau tukar pakwe tudung kau campak dalam kotak pandora.simpan buat kenangan.konon jantan kau edisi kedua,ketiga atau seterusnya lebih sporting,tak memaksa dan open minded.bodoh,ini perubahan jembalang tanah namanya.



kau......pikir la sendiri!




No comments: