Saturday, September 26, 2009

perjalanan jauh tak kurasa.kerna hati menyumpah saja

salam syawal.belum panas bontot sampai kat kolej aku dah bukak laptop semata2 nak tulis menatang ni.tangan ketar2 lagi sebab dekat 10 jam aku berumah dalam keta paeh.ini pagi tadi punya angkara,ingatkan gerak pukol 10 pagi jalan raya akan kosong dan sepi.amek kau.baru kuar simpang umah dah jem.lahanat sunggoh.raya ke 7 tahun ni penuh dengan sumpahan dan kata2 kesat penghuni kereta kancil dari warga kelantan.memang best

bukan sebab kemalangan.bukan sebab roadblock.bukan jugak sebab kete rosak.dari mana datang mahkluk bernama kereta seramai2 mungkin dalam jajahan negeri kelantan hari ni aku taktau.yang aku tau sume pemandu bawak keta selaju 50 km/sejam sahaja.bodoh,keta BMW mahal2 speed 50.baik kau naik basikal macam mat salleh ngan bini dia ikut tepi jalan kat Bentong tadi.rilek semacam dengan beg besar kiri kanan.tapi tu pon bodoh jugak,Malaysia ni panas la mangkok.mati2 aku ingat kau naik unta tadi.cehh

malam raya aritu aku gerak pukol 5 pagi dari kl.tutop kedai da pukol 2.kelam kabut kemas2 barang terus gerak balik kampong.naseb tak jem.jalan kosong sampai kat korner pon boleh tibai speed 100.macam naik keta api.tu kazen aku yang bawak.bekas pelumba haram bentong-lipis.bawak keta macam haram jadah.semata2 nak kejar supaya sempat solat raya kat kampong.sedihnya tak sempat jugak.terpaksalah aku ngan dia bertakbir raya dalam keta di gua musang.sebak gila babi

10.30 pagi di hari raya baru sampai kampong halaman.aku da terlepas takbir raya,solat raya,beraya umah tok imam dan berdoa di kubur.selalu macam tu la rutin raya cucu cicit Wan Minah.masa aku sampai tu pun ngam2 giliran umah atuk aku menerima tetamu,sedara mara jugak yang datang pon.maka habislah aku kena tiau ngan makcik,pakcik dan atuk2 sedara yang lain.kepala hotak nak kelentong dan menjawab pertanyaan pon dah terlalu letih sangat.jadi diam sudah.yang tak bestnya duit raya di tangguh ke tahun depan sebab kononnya aku dah kaya jual baju melayu kat kl.hampeh.alasan tak konkrit langsung nak pakai.pokai lagi la aku bulan depan gamaknya.uhuk

sekarang sangat letih.baik aku tido.aku berniat nak puasa 6 insyaAllah.taktau la boleh ke tidak






leg note : ade sape2 buat open house?












No comments: