Friday, September 18, 2009

cara terbaik gua mintak maaf.mungkin

esok petang 3 lagi ahli pasukan gelak terlampau akan pulang ke kampong halaman.shazel ke perak,anis ke bukit kayu hitam dan fudail ke johor.ahli paling awal balik kampong ialah the encik azim al biruni.beliau pulang bersama faiz ke kelantan.ye,dia paling awal balik.setelah peristiwa hitam semasa cuti sem lepas beliau ditipu oleh seorang rakan sekereta bernama syafiq.kerana masalah teknikal,rancangan beliau untuk pulang bercuti ketika itu telah berganjak seminggu lewat.kesian beliau.makan dan minum sebatang kara.jadi,cuti raya ini beliau nekad untuk pulang awal bersama rakan yang boleh dipercayai.lebih awal dari cuti yang diberikan oleh pihak universiti.beliau sungguh kurang ajar.


kassim baru gerak pagi semalam.meninggalkan kedainya dengan 100% kepercayaan kepada sekutunya safwan.bermakna esok tiada lagi penjual rokok tegar disini.tiada lagi keributan untuk berbuka ramai2 walaupun semuanya mungkin berpuasa sejam sahaja setiap hari.tidur jam 6 pagi dan bangun jam 6 petang.sangat hebat puasa tahun ini.syabas untuk semua ahli pasukan.dan takkan ada lagi segala jenis air tebu,roti john,karipap dan kuih lembik(ini safwan salah beli)yang lebih2 tak habis untuk dilahap waktu tengah malam.


puasa tahun ni memang first kelas.penuh dengan aktiviti tengok movie hari2.pegi karaoke lepas berbuka dan tidur sepanjang masa.kehadiran kelas yang tidak mencukupi ditipu helahkan dengan memfotostet kertas cuti klinik kawan2 kemudian diliquidkan tarikh dan nama dan difotostet sekali lagi untuk kegunaan sendiri.bijak macam haram jadah.


semoga kalian yang diluar sana memperolehi keberkatan ramadhan tahun ini.saya jeles dengan anda.saya menyusun 10 jari memohon kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang saya mengomen,membalas komen atau menulis entry yang membuatkan anda terasa.saya tidak berniat dan tidak menujukan kepada sesiapa sebenarnya.kalau saya salah jugak saya mintak maaf,kalau anda tak maafkan itu salah anda.bukan saya.haha




Selamat Balik Kampung

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

Kepada Semua Muslimin dan Muslimat





No comments: