Friday, September 11, 2009

pilihan terakhir kita

9 november 2009

timing tidur ku makin kelam kabut.berterabur dan semakin kronik.bila2 masa sahaja aku boleh tertidur.tapi simptom tidak dapat tidur malam belum dapat aku nyah jauh2 dari hidup.sungguh tahik rasanya berbanding rumet aku.dia hebat.bagai orang mengantuk diberi bantal.tak payah pakai bantal,atas lantai pon dia boleh tido semahunya.itu dia.bukan aku.aku semakin hilang kawalan untuk pegi kelas sesi pagi.menjadikan aku saspek utama dan bakal di highlight kuningkan namaku dalam etenden kelas.pussy betol.

aku anggap ini kelemahan sistem tubuh badan.ataupun sejenis jangkitan dari golongan anarchy dari budak2 aras bawah.menjadi burung hantu pada waktu malam dan waktu siangnya bertukar menjadi ular sawa batik.aku cuba perbetulkan sistem perjalanan hidup setiap hari.hope tomorrow will be better than today.
konon.

jadi,untuk selesaikan isu bodoh ini aku cuba tidak tidur.sampai tiba masanya.bila aku tak tahu.cubaan pertama adalah pegi kelas jam 8 pagi tadi.sangat kagum.tidak rasa mengantuk walau tidak tidur semalaman.namun jangkaan aku meleset.waktu tengah hari adalah waktu paling bangsat untuk orang yang puasa.
kuliah habis jam 1.mata sudah balam2.cuma ada gap sejam untuk rehat pagi tadi.kebuluran mula buat kacau.perut merayu2 minta diisi nasik dan air tebu kalau boleh.cilaka.waktu berbuka lambat lagi la setan.

mata semakin layu.wajah ayu gadis disebelah aku makin kurang jelas.kadang2 nampak macam muka monyet.owh sedari,bukan salah aku.ini ifek yang berlaku hasil eksperimen pertama untuk hari ini.balik dari kelas aku sudah tidak ada jiwa.tidak ingat apa2.yang aku tahu aku tengah berbuka dengan nasik ayam dan air tebu sedap pakcik bazar SS.90 % success!








leg note : risau aku kalau kelas sampai ke petang




No comments: