Sunday, September 13, 2009

orang tua2 cakap kalau kena siku atas belakang boleh jadi bodoh

Razali Bin Idris memang kejam.jahatnya bukan main.body type jaguh angkat berat dan kasar.tinggi dan agak tegap.aku kadang2 jadi heran apesal dia jadi cikgu.bukan polis ataupun bonzer club.tangan dia sangat besar.kalau tampar lembu,agaknya mati lembu tu kena langgar lori.jari2 dia pon sangat keras.kau bayangkan kalau sekelopak buah tangannya melekat atas belakang kau gara2 tak siapkan kerja sekolah.sekali libas kena terus ke tulang sumsum.nasib tak lumpuh je murid2 darjah 5 kuning.tengok rambut tepacak ngan misai dia pon budak2 dah mengigil.kalau dari jauh kau dengar dia berdehem memang ketar lutut.walaupun kau tak buat salah.sebab kau akan kena tomoi jugak atas belakang dengan kesalahan yang cikgu razali reka sendiri khas untuk kau.padan muka.

kenapa aku cite pasal dia?Tuhan je yang tau.sebab bila diingat sangat kelakar.setakut manapun aku dengan dia.keje sekolah tetap jugak aku tak siapkan.pernah menitis air mata kena tinju atas belakang.dan aku tak penah rasa nak saman cikgu tu sebab masa tu takde undang2 yang cakap boleh saman cikgu.adela rasa nak pancitkan tayar kete.itu je la benda paling jahanam aku dapat pikir.

sekarang.aku agak mungkin akibat kena debik tu antara muslihat cikgu tu untuk melihat aku berjaya.dan perasaan takut itulah yang membuatkan murid2 yang sezaman dengan aku untuk lebih rajin dan bersungguh.
agaknya la!





leg note : seminggu lagi nak raya dah.best kan?

1 comment:

~nAbieyLa yuSoF~ said...

btol2...generasi kite ramai bijak skang