Wednesday, December 29, 2010

bukan cerita tahun baru tapi bukan rancangan masa depan(kata sambungan yang tak tepat bukan?hehe)

huih,lama tak update blog.oh tidak,aku tak pernah lupakan kamu blogy.aku salu jugak bukak tapi tak tau mau bilang apa apa jadi aku tenung je blog aku sampai aku bosan atau rasa puas.baru aku tahu blog juga mampu klimaks kan kepuasan seksual.ye,sudah jauh merepek.

semua orang buat review tahun 2010 dan ada yang dah planning untuk tahun 2011.meleretkan kisah 2010 yang penuh dengan ONG atau celaka atau mengharapkan 2011 penuh dengan kejayaan.semua orang mahu semua itu kan.terbaca dari salah satu blog yang aku sangat sangat setuju.tidak perlu menyimpan azam setiap saban tahun sebenarnya,masa untuk berubah ialah sekarang.bukan tahun baru atau niat sebelum tahun baru.tidak kira tengah tahun ke atau bila bila yang terbaiknya ialah sekarang.

kesimpulan beliau dah menjatuhkan nilai nafsu aku untuk bercerita tentang 2011,sebab ada betulnya kata kata beliau.tapi beliau takde la sampai nak terajang kepala kau kalau kau nak cite jugak.takde masalah.

setiap orang cuma ingin lebih baik dari masa sebelum.ukuran nilai kebaikan atau keburukan bukan boleh kira pakai point atau mata ganjaran.jadi kita sendiri tak tau setakat mana kita berubah.kalau nak jadi baik,baik yang macam mana kau mahu?sekarang tidak cukup baik?tepuk dada mesti sakit.tanya hati sudah!

sempena tahun 2011 ini,aku niat nak habiskan belajar.walau payah macam mana sekalipun dan walau seperit mana sekalipun keadaan yang aku lalui.sebab tu lah satu satu nya benda yang buat aku rasa sesak nafas hari hari.aku akan grad jugak satu hari nanti.insyaAllah amiin...

Monday, December 20, 2010

apa ni keje orang dah bagi upah nak lagi laser laser .sesah pale lu!

baru kembali normal.4 hari dah aku jadi separa gila.buat keje tak tentu hala lagi sampai nak update blog pon takde masa.dah aku balik sambil letih letih macam mana aku nak ada buah pikiran untuk update.bijak sangat la pulak kepala otak aku boleh buat benda benda hebat macam tu.

kalau kerja dengan orang macam macam boleh jadi.lagi kalau kena jadi ketua group tak rasmi.bukan aku lah.orang lain.nak kontrol orang bawah lagi.kena tadah telinga dari orang atas lagi.aku bagitau ni sebab aku rasa bukan senang nak jaga hati dua dua belah pihak.hati kawan nak kena jaga,hati bos nak kena jaga juga.

sebab aku perati,dan aku pikir.kena konsider sebab buat keje ni letih ataupun banyak sangat yang nak jadi bos suruh itu ini.padahal takde kena mengena pon.tetiba je kena buat.oh gila.korang pegawai besar memang tahik.

apa yang aku rasa.asal ade gaji tak kisah lah kan.kepala bana kau nak buat keje free.cuma bila nak belagak suruh itu ini try tengok la dulu.aku baru nak lepak baca paper sebaris sebab baru lepas angkat puluh puluh mineral water ngan air tin ko dah rejam aku buat keje lain.letih la yo!

korang nya budak praktikal sama pemalas macam korang.reti bukak mulut je.baru praktikal diploma kot.dah bajet macam bos besar.opah lu!





Tuesday, December 14, 2010

"CONTEST GAMBAR PALING CHILL !!"


1st time aku masuk contest.dan aku tak nak cakap banyak.nanti jadi bukan contest malah aku akan mencarut tak henti henti nanti.

ade hadiah weh(katanya tuan punya contest)..dapat PS3 sebijik atau blackberry versi robokop(haha,aku tipu)


klu korang rasa korang happening ke gila gila remaja ke join la,tak rugi pon.dapat hadiah lagi kot.

nak tau lebih lanjut,korang ketik je link(gambar) kat atas tu






DSC01857
kami tak happening sebab pale otak kami masuk air..

chill ke tak bukan aku yang tentukan ye

tag 3 blogger

apex
diloz o' blog de
budakpensel


kaler aku paling suka is biru

abih dah?

leg note : amek masa sejam untuk paham dan siapkan kontes.lemah sungguh sel otak aku!



aku tulis supaya aku sedikit lega

minggu ni aku banyak habiskan masa dengan sahabat sahabat.buat kerja macam macam untuk hidup masa cuti semester ni.tu la,ada rumah taknak balik.tak pasal pasal aku kejang otot buat keje itu ini.

sangat gembira sebenarnya.aku masih ada peluang untuk mempunyai sahabat semua.tapi aku tak terelak dari rasa sunyi dan kosong.mula mula dulu semua rasa itu jadi satu bebanan dan tekanan buat aku.masa kemudiannya merubah dan mencuci semua rasa itu.cuma kadang kadang aku rasa perasaan itu wujud kerana dosa lalai daripadaNya.

Tuhan tidak akan menguji hambanya dengan dugaan yang tidak bisa di tanggungnya.berkali kali aku telan keindahan ayat itu untuk ketenangan aku sendiri.bermakna aku masih kuat dan mampu untuk semua ini.mana mungkin aku memanggil kembali waktu yang sudah berlalu,tapi aku yakin aku punya kekuatan dan keyakinan untuk melukis masa depan,biarpun mungkin lukisanku tidak seperti yang aku gambar kan.

semua orang tahu,kita hanya mampu merancang,Allah jua lah yang menentukan.




leg note : aku cuma mahu hidup dengan gembira!


Sunday, December 12, 2010

resume tiptop untuk pasaran masa depan!

nanti aku dah abis belaja mesti nak keje nak kawen dapat anak kumpul harta ape sume.jadi sudah belajar macam mana mahu buat resume yang lengkap untuk dua dua tujuan.keje dan kawen.aku agak agak kompem lepas punya.



BIODATA

mempunyai sosok tubuh yang montok dan menarik.one pack dan dua dada yang bidang.

janggut yang serabut dikala malas dan bertrim dikala rajin.

sedikit tahi lalat di muka untuk nampak manis.

sedikit jerawat untuk kaver usia tua.

bibir yang mungil dan agak seksi untuk bakal isteri(mmmmuahh untuk U)

mempunyai suara karaoke yang sedap dan boleh diubah untuk pembelajaran muqaddam anak anak(anak ramai)

rambut yang agak kuat luruh dan boleh diubati jika calon isteri terlalu kaya dan tidak kedekut.

TAHAP PENDIDIKAN/KOKURI KULOM

sijil tadika/upsr/pmru/pmr/smu/spm/diploma/degree(belum pasti)

pemain bola sepak super-sub sekolah rendah

pemain bola tampar wakil negeri

pemain guli profesional dan gelek para sepenuh masa(tiada sijil)

selalu watak perompak dalam permainan polis entri (tiada sijil)

penerjun aktif jambatan kampung salor dalam acara mandi sungai.



PENGALAMAN

pernah jatuh basikal masa darjah satu kerana berlagak willy di depan rakan rakan.mendapat faedah luka dan demam.

pernah menjadi peserta dalam aktiviti mencuri karipap dan nasi lemak anjuran pengawas pengawas keji sekolah rendah.

pernah dihina dan dicaci oleh rakan sekelas dan menangis kerana kalah di dalam pertandingan bodoh anjuran sekolah.

berjaya mendapatkan cinta hati sampai mati yang super cantik dan gojes dikala kumbang kumbang lain ternganga dan meleleh air liur kerana frust di rijek.

sangat setia walaupun sudah clash dan masih menunggu nya yang sekarang tak tahu dah kawen ke belum.dengar kata dah betunang.wallahua'lam.


sila call/mesej untuk calon menantu!

Friday, December 10, 2010

orang lain pon penat bizi gila babi juga

............................................
















.............................






leg note : tak nampak apa aku taip kan?tanda aku penat

Tuesday, December 7, 2010

TV3-tempatkan dia di Syurga

merenjis renjis air mata gua keluar tak berenti.gua tak tau sape buat cerita pelik tak tahu hape benda dia bikin.sampai gua teresak esak tekup bantal ke muka.habis basah baju gua lap hingus mencurah curah dari hidung kiut gua.terbatuk batuk gua tahan kahak hingus yang gua sedut lebih lebih dari hidung.

gua dah ketar tangan nak belasah mamat bodoh pemalas nak keje.nasib baik lu dalam kotak animasi.kalau tak dah rojak muka lu gua kerjakan.puiiii!!

arghhhh,mak gua kat kampong plak cuba main mesej dengan gua tanya gua tengah layan tv3 ke tak.gua tau mak gua dah pancing baik nak hentam gua dengan skrip sebijik dalam tivi masa tu.naseb gua reply cakap gua tengah tengok bola.gua syak mak gua pegi mesej anak no 2 dengan no 3 plak lepas tu.

gua tak penah rasa hiba dan sesak nafas tahan air mata selama 2 jam tanpa henti.sampai part anak ibu yang cacat tu meninggal,gua menjerit melolong turut menangisi berkongsi kesedihan ibu tua itu.ahhhh,perasaan ini sangat tak selesa,gua kena basuh muka sebelum napi balik!

gua bagi 100,0000 point kat lu Mr. Jamal Khan.gua sokong cite melayu lu yang satu ni dengan seikhlas hati.




p/s : kalau gua pompuan,gua upload gambar gua tengah nangis!

Monday, December 6, 2010

kecundang di hujung pelayaran

ni bukan cakap pasal malam pertama ye.bukan seks atau cara nak beromen ke hapa.aku akan beritahu pasal benda tu bila aku dah kawen nanti.tu pun kalau aku nak sangat kaya dengan publish buku cuma nak cerita macam mana nak main best.haha.lol.(ape benda lol?fak!)

malam semalam pukul 4 pagi aku gerak pegi semenyih nak panjat bukit broga amek gambar sunrise.da sampai parking keta sume maka berjalan lah kami berteman lampu picit panjang yang agak berat.

perjalanan 1.7km memang perit.dengan gelap dan makin lama makin curam dan sejuk.

ada 4 puncak(mengikut cite iqbal jailan),puncak kedua aku dah mengah.semput.pancit.rasa nak mati tanpa sempat mengucap.dahaga dan pening bagai.kaki rasa kejang macam stim masa orgasme berkali kali.

last last aku termuntah!



p/s : dan kena gelak se abad.sampai hari ni masih berbaki.aku akan ingat time tu sampai mati.


Friday, December 3, 2010

mintak maaf kalau sakitkan hati orang.bukan susah!

gua da sakitkan hati kawan gua secara tak sengaja.betul gua tak sengaja(nampak ni gua tabik 3 jari).baru je lepas makan ketawa sama sama tup tup masa nak balik gua da terbuat salah.bukan la gua pegang tetek dia ke apa.takdela gua desperate gila babi ke syok lebih kat kawan baik gua tu.baik gua pegang tetek sendiri.tak bedosa.stim pon lebih.

gua da risau tak tentu hala macam mana gua nak mintak maaf secara halus dan berbudi.mana tau kang tak pasal pasal gua terhiris hati sekali lagi.mahu 2 tahun gua makan maulana sorang sorang.

gua pikir nak pegi rumah dia bagi salam ketuk pintu rumah pastu terus cium tangan mintak ampun macam hari raya raya punya maap.gua bab teriak babak air mata ni memang gua handal.sia sia bakat raja lawak dalam diri gua tak expose dalam keadaan kritikal macam ni.

tak pun esok gua buat buat ajak pegi putarajaya ambik gambar tepi kolam.pastu gua upah mat bangla sekupang dua suruh tolak dia masuk dalam kolam.gua tau dia bodoh sikit bab berenang.kompem dia lemas punya.pastu gua yang tengah buat buat cemas ni terus tolong kawan gua yang dalam separa mati tadi.nak nak masa ni ade plak mat keta tengah layan speaker lagu Mohabbatein.gua dah agak dah ending dia mesti gua diampunkan punya.

gua dah taktau nak pikir macam mana.senang senang gua pos kad sudah.gua nak lukis love kecik kat ujung poskad.baru nampak gay!




p/s : kawan baik gua seorang jantan!