Tuesday, December 14, 2010

aku tulis supaya aku sedikit lega

minggu ni aku banyak habiskan masa dengan sahabat sahabat.buat kerja macam macam untuk hidup masa cuti semester ni.tu la,ada rumah taknak balik.tak pasal pasal aku kejang otot buat keje itu ini.

sangat gembira sebenarnya.aku masih ada peluang untuk mempunyai sahabat semua.tapi aku tak terelak dari rasa sunyi dan kosong.mula mula dulu semua rasa itu jadi satu bebanan dan tekanan buat aku.masa kemudiannya merubah dan mencuci semua rasa itu.cuma kadang kadang aku rasa perasaan itu wujud kerana dosa lalai daripadaNya.

Tuhan tidak akan menguji hambanya dengan dugaan yang tidak bisa di tanggungnya.berkali kali aku telan keindahan ayat itu untuk ketenangan aku sendiri.bermakna aku masih kuat dan mampu untuk semua ini.mana mungkin aku memanggil kembali waktu yang sudah berlalu,tapi aku yakin aku punya kekuatan dan keyakinan untuk melukis masa depan,biarpun mungkin lukisanku tidak seperti yang aku gambar kan.

semua orang tahu,kita hanya mampu merancang,Allah jua lah yang menentukan.




leg note : aku cuma mahu hidup dengan gembira!


3 comments:

Pistachio said...

sabarlah duhai anak.. ucapan untuk gua juga..

ehh ehh, lu apply nak jadi menantu kan?

karatz said...

terima ksh.
gua syak lu ni bukan mentua yang baik..

kucing gemok said...

........