Saturday, July 21, 2012

1st Ramadhan

Salam Ramadhan

first time gua buat solat terawih sampai 21 rakaat, start dari isyak sampai jam 11.30 malam tadi. mula-mula gelabah gak gua nak perabih.abih je 8 rakaat ada sedikit tazkirah. masa tu memang rasa nak balik makan nasik je. tapi iman gua yang senipis kulit bawang ni bermonolog dengan hati gua. bila lagi?bila lagi gua nak buat semua ni?tahun depan?idup lagi ke gua tahun depan?ntah ntah esok lusa dah padam. malam esok gua taktau lagi nasib terawih gua macam mana.brrrrrrrrrrrrrrrrr

dan sepanjang Ramadhan ni gua agak kita akan dihidangkan dengan berita yang hampir sama dengan berita puasa yang lepas lepas. pasal bubur lambuk, polis trafik berbuka sambil buat roadblock,artis buat qiamullail,budak hilang kepala main mercun bom dan bak bagai lagi. maklumlah bulan Ramadhan cuma ada sekali je dalam setahun dan pengulangan catatan tersebut langsung tak menimbulkan perasaan bosan kerana benda tu tidak berlaku dalam 11 bulan yang lain.

semoga lu sumer bangun sahur dan baca niat nak puasa.



p/s : esok pagi lu orang jangan nak berdrive thru sangat lah..harharharharhar


2 comments:

Waqheh said...

huhuu...salam ramadan..1st teraweh gua jumpa sahabat lama. gua kata ke dia..setahun sekali kita jumpa yer..hari lain ke masjid ni solat jumaat jer haha

karatz said...

nampak sangat lu kaki masjid qheh..kah kah kah kah