Sunday, July 29, 2012

iftar dan sahur

gua tongkat motor gua perlahan. pandangan gua tertumpu tepat ke deretan gerai-gerai yang penuh dengan lautan manusia yang sama sahaja matlamat dan tujuannya.apa bangsat matlamat dan tujuan gua pergi sebut dalam satu ayat?salah satu sebab gua malas nak berblogging sebab ni lah, gua akan merosakkan bahasa.

jadi gua kompem ramai ramai yang datang ke sini bukan nak tengok bola macam wadi boy.kalau wadi boy dia akan turun scene sini dengan jersi dan seluar bola sambil pakai selipar.lalu gua start memulakan tawaf dari gerai yang pertama sama macam mula-mula gua datang sini petang puasa yang pertama juga.

mula mula gua akan cari air. gua akan sekali lalu terlebih dahulu.atau dalam bahasa shoppingnya SURVEY.air yang biasa/selalu/hari hari gua akan beli adalah air tebu.dekat tempat gua air tebu dah melebihi harga paras siling yaitu 4 ringgit sebungkus dan sedikit nak mampus.oleh kerana gua memang kurang pergi air lain malah gua peminat tebu tegar sejak kecil maka mahal dan sedikit nak mampus pun pergi mampus lah.

sesudah menuruti hawa nafsu tebu baru lah gua akan memandang dan menjuih bibir kepada air air lain seperti sirap,bandung,coconut shake dan air air yang sekufu dengannya.dengan berat badan yang semakin ke obesiti gua dah tak makan nasi waktu berbuka.jadi alternatif lain untuk gua tidak pengsan dan berbuih mulut semasa terawikh adalah dengan pekena kueh dalam dua tiga das.kueh samosa,murtabak,roti Jong,bubur kacang hijau atau kacang merah adalah feberet sama sekali.

tahun ini gua akan round bazar ramadhan sebanyak tiga kali atau lebih. sekali untuk survey.kali kedua untuk tak tahu nak beli apa, kali ketiga untuk membeli betul betul dan selebihnya mencari wadi boy,luki atau adam untuk pinjam duit sebab benda yang gua beli semua mahal dan biasa tidak cukup duit.

''murah adalah tidak sedap sekali'' luah lidah gua yang biasa mengecap makanan terlebih dahulu sebelum membeli.

manakala sahur pula gua makan kat kedai banyak nyamuk atau maulana(juga banyak nyamuk).

3 comments:

blog-tips-kurus said...

wahai saudara,
saya tetap baca walaupun banyak tatabahasa kurang sesuai digunakan, yang boleh menaikkan kemarahan DBP & cikgu B.Melayu..

*makan kurma je, sangat berkhasiat & takkan obes! (>.<)

Waqheh said...

bazar ramadan adalah perkara wajib bagi lu setiap tahun walupun dah tahu benda sama jer..tapi paling gua takut kueh hidup, lauk hidup yg sedang mencari lauk mati...perhhhh segar2 bugar belaka...itu buat pahala posa gua turun tinggal 35%..

karatz said...

kurus-wahai sedari.gua tak pakai tatabahasa.gua pakai babaibahasa.

ye,gua percaya kehebatan kurma.nak nak yang yusuf taiyub punya.


qheh-lu beli brg basah ke?cehh..tak true langsung lu punya bukak puasa.