Wednesday, November 9, 2011

kurban

gua susun daun daun pisang atas tanah secara penuhkan saf dan rapat rapat.tokwan gua pesan semalam kena susun elok elok.dan cari batang kayu besar satu depa buat bantal.terdetik jugak di hati gua kenapa daun pisang yang jadi pilihan dan bukan daun kelapa atau daun keladi.namun bila memikirkan tapak tangan tokwan yakni ustaz wan ahmad (imam tua kat kampung gua)sama besar dengan sarung glove goalkeeper peter schmeichel gua tak jadi nak bangkang.sekali kena tapak ngam ngam ukurlilit dia penuh satu muka.tak berani!tak berani!

hari ni bakal jadi sejarah.gua akan jadi ahli kariah sempena korban lembu.walaupun belum akil baligh tapi keadaan itu tidak menghalang gua untuk tunjuk power depan aishah,kakak kepada bukhari member sebaya gua.sama sama darjah satu.aishah memang lawa.gua bekenan dengan raut wajah aishah yang suci mulus takde jerawat walau sekutil pon.tak mekap pon lawa.ye lah,baru darjah 3 kot.tua dua tahun dari gua.kecik kecik dah lawa.sebab tu gua aim awal awal.gua dah target aishah dalam the dream of future planning wife gua.gua kalau bab management planning memang tiptop.action je yang takde.

saat ketibaan lembu lembu jemputan seramai 5 ekor.maka aksi sembelihan pertama bakal dimulakan.tok sedara gua mengambil tempat dif kehormat yaitu tukang sembelih.sorang amek bahagian kepala.2 3 orang tang perut.2 orang lagi tang kaki.gua dengan berani matinya amek port bahagian ekor.boleh pegang ekor pon jadi lah.budak budak lain mana berani,penakut nak mampus.setakat tengok je baik pegi balik la.tengah menyelit menyibuk dengan kariah korban gua nampak aishah dengan mak dia senyum senyum tunjuk kat gua.kagum amat dengan keberanian gua barangkali.oh Tuhan,kali ni kompem gua dapat aishah.mak dia pon nampak setuju sangat dah tu.







''eyh,kau budak kecik pegi main jauh jauh.kang tak pasal pasal kena tunjal dengan lembu ni''








gua tak kenal dan tak ingat sape pakcik misteri yang sound gua tu.yang jelasnya sebab pakcik tulah gua terpaksa balik rumah atok gua sambil nangis nangis.gua malu dengan orang kampong.dan paling perit dalam hidup gua,aishah nampak tangisan gua.dan sebab pakcik tu lah gua kehilangan aishah.bagero!

4 comments:

Waqheh said...

cilakak punya pakcik tu yer...kerana dia aisyah kau terlepas..aisyah nampak airmata lu...malu beb...kalo gua masa kompem gua beli tiket ke kolumpo...

karatz said...

mmg pakcik tu potong daun gua.gua nak berdendam sampai mati pon tak guna sebab gua tak kenal.aishah pun dah lama kawen.takpe lah,cinta darjah satu tak kemana selalunya.

Hantu Kak Limah said...

time ni ..
lu dah start dtg mimpi ke lom...keh..keh..keh...
mesti lu kempunan nk mandi hujan kan....keh..keh..keh..
ni lu cite aisyah mane..
izara aisyah ke....ainul aishah ke...x pun aishah waria rai....keh..keh..keh.....

karatz said...

mimpi basah ke kering limah?gua pon dah lupa.tp rasa masa drjah 1 tu klu gua tgk awek matured ada skit dah rasa2 nak kawen.aishah ni legend kat kampong gua.tp skunk dah anak 3 kot.tak legend sgt dah skunk..