Saturday, April 2, 2011

pencinta haiwan

gua dah mengah mengah satu badan dengan peluh menitik nitik.panas benar hari ni.selalu hujan je.satu hari gua kat dalam hutan rasa macam takde pape.suku ekar tanah kebun gua kerjakan.boleh buat padang futsal 5 sebelah.apa sangat lah setakat main mesin rumput macam ni.gua penah angkat kayu balak pakai dua jari.tak kecoh pon.

gua menyandar dekat beranda pondok usang dalam kebun.biar urat urat gua kendur balik.sehari pegang batang mesin dengan tangki minyak kat belakang bukan keje mudah.gua bukan pemesin rumput tegar.gua buat keje ni sekali setahun je.

baru gua nak terlelap,pundi kencing gua buat hal.membengkak tak tentu pasal.baru gua sedar masa keje tadi gua banyak sangat berenti minum air.lantas gua berdiri dan melangkah ke semak samun.gua target dekat akar batang pokok manggis.gua perasan kat situ ada sarang semut api yang selalu ketik gua malam malam time tido.ni hari gua mau balas dendam.tengah amek feel nak shoot gua terperasan ada lembaga yang gua tak senangi kat belakang gua.

''syuh..syuh..pegi kau dari sini.dah bape kali aku cakap jangan sekodeng aku.pegi main kat sana nuh''marah gua kat jericho.pantang benar kalau gua nak buang hajat ade je yang nak mengintai keayuan gua.


jericho tunduk sayu kena marah ngan gua..''mbekkk..mbekk..mbek...''luah jericho tanda tak puas hati sambil berlalu pergi entah kemana.gua nampak ada lelehan air mata kat pipi jericho.

sampai ke malam gua tunggu jericho balik.tak jugak muncul.nasik ayam yang gua tadi beli pon jericho tak sentuh langsung.kalau hari biasa sampai dua bungkus dia sebat.merajuk benar dia hari ni.menyesal pulak gua sound dia keras keras!




moral : jangan marahkan ternakan anda.nanti dia kecik ati,macam jericho!

No comments: